Nota Guru Ini
Memberi Gambaran Yang Lebih Terperinci Lagi Mengenai Golongan Kata
GOLONGAN KATA
F perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu boleh digolongkan kepada 4 golongan
1. Kata Kerja
F perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja
F frasa kerja: terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan
Contoh: Kemalangan itu disaksikan oleh pelajar itu.
Kata Kerja
1.1 Golongan Kata Kerja
Kata Kerja
þ Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri
daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya Contoh: 1)
Fadly sedang menjawab soalan peperiksaan itu. 2)
Rozana sedang menendang bola. þ Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau
objek sesudahnya. þ Kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh
unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan Contoh: 1)
Moli dan Analiza asyik berbual. 2)
Sharifah tersenyum apabila bapa memujinya. þ
Apabila
bapa memujinya: maklumat tambahan
1.1.1 Kata Kerja Transitif
Kata Kerja
Transitif
þ Kata kerja yang menerima awalan meN-
dengan atau tanpa akhiran –kan atau –i. Contoh: 1)
Dia menjalankan
tugas dengan baik. 2)
Lori najis
melanggar pensyarah itu. 3)
Awalan ter-
juga boleh hadir. Contoh: 1) Faezah tertelan biji buah
longan. þ Kata kerja hasil daripada proses transformasi
atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contoh: 1)
Tugas itu dijalankan
dengan baik olehnya. 2)
Pensyarah
itu dilanggar oleh lori najis. 3)
Awalan ter-
juga boleh hadir. Contoh: 1) Istana Raja
Melaka terbina dalam masa dua bulan.
1.1.2 Kata Kerja Tak Transitif
Kata Kerja Tak
Transitif
þ Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa
objek atau penyambut Contoh: 1) Lin dan Faizul
masih bergurau. 2) Aishah sedang bersikat. þ Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap
untuk menyempurnakan maksud ayat þ Pelengkap: unsur yang hadir selepas kata kerja
tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat þ Ayat ini tidak boleh dipasifkan Contoh: 1) Hubungan mereka bertambah
renggang. 2) Peminta sedekah itu bertilamkan
rumput. Tanpa pelengkap (ayat tidak sempurna) 1) Hubungan mereka bertambah. 2) Peminta sedekah itu bertilamkan.
1.1.2.1 Kata Kerja Tak
Transitif Berpelengkap
þ boleh digunakan
sebagai pelengkap Contoh: 1)
Adik tinggal jauh. 2)
Elmi menjadi marah. þ boleh diikuti oleh
frasa sendi nama yang membawa pengertian tempat Contoh: 1)
Aidil pergi ke kampung. 2)
Kereta api bertolak dari Stesen Bukit Merah. þ boleh menjadi
pelengkap pada kata kerja tak transitif yang berbentuk ber-...-kan
dan kata kerja menjadi dan ada Contoh: 0)
Kila duduk beralaskan tikar. 1)
Hikmah menjadi ketua kumpulan. 2)
Saya ada seekor kucing.
2. Kata Sifat (Adjektif)
F bertugas untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama
Jenis |
Contoh |
Contoh Ayat |
Sifat/ Keadaan |
tinggi,
berani, gelap, pandai |
|
Warna |
hitam,
jingga, kelabu, merah |
|
Bentuk |
bulat,
lonjong, lurus, bengkok, buncit |
|
Ukuran |
pendek,
tebal, berat, kerdil, labuh |
|
Waktu |
lampau, awal, suntuk, lama, segera |
|
Jarak |
jauh, dekat, hampir, nyaris |
|
Cara |
jarang, gopoh, laju, deras, jelas |
|
Perasaan |
rindu,
sayang, benci, malu |
|
Pancaindera ( pandang ) |
kacak,comel,
hodoh, cantik |
|
Pancaindera ( rasa ) |
manis,
sedap, masam, pahit, lazat |
|
Pancaindera ( dengar ) |
bising,
merdu, garau,
nyaring, sumbang |
|
Pancaindera ( bau ) |
wangi,
busuk, hancing, hapak |
|
Pancaindera ( sentuh ) |
halus,
licin, lembut, kasar, keras |
|
3. Kata Tugas
F perkataan yang hadir untuk mendukung sesuatu tugas
Contoh:
1. penghubung
2. penerang
3. penentu
4. pembantu
5. tugas-tugas lain.
F ia tidak boleh berdiri sendiri kerana tidak mempunyai makna tersendiri.
Jenis-jenis Kata Tugas
1) Kata Penyambung Ayat - i) Kata Hubung
2) Kata Praklausa - i) Kata Seru
ii) Kata Tanya
iii) Kata Perintah
iv) Kata Pangkal Ayat
v) Kata Pembenar
3) Kata Prafrasa - i) Kata Bantu
ii) Kata Penguat
iii) Kata Penegas
iv) Kata Nafi
v) Kata Pemeri
vi) Kata Sendi Nama
vii) Kata Arah
viii) Kata Bilangan
4) Kata Pascakata - i) Kata Penekan
ii) Kata Pembenda
3.1 Kata Penyambung Ayat
3.1.1 Kata Hubung
F perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih binaan kata, klausa, frasa dan ayat
3.1.1.1 Kata Hubung Gabungan
F menghubungkan kata, klausa, frasa dan ayat yang sama tara sifatnya
Contoh:
1) Dia membeli ayam, sayur dan ikan.
2) Anda boleh pilih yang itu atau yang ini.
3.1.1.2 Kata Hubung Pancangan
F menyambungkan klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan
i) Kata Hubung Pancangan Relatif
F menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil
F dikenali juga sebagai Kata Relatif
F menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama
Contoh:
1) Rahman yang rajin itu kurang sopan.
2) Kamisah menangis mendengar cerita yang sedih itu.
ii) Kata Hubung Pancangan Komplemen
F menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama
Contoh:
1) Dia bersumpah bahawa laporannya benar.
2) Adik menangis untuk menunjukkan dia lapar
iii) Kata Hubung Pancangan Keterangan
F menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama dikenali juga sebagai Kata Keterangan
Contoh: kerana , supaya dsb.
1) Kerana hari hujan, dia sampai lewat.
2) Basrah bersenam supaya berat badannya turun.
3.2 Kata Praklausa
F sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa
F tugasnya adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan atau sebagai penerang pangkal kepada klausa
3.2.1 Kata Seru
F berfungsi untuk melahirkan pelbagai perasaan seperti gembira, sedih, geram dan benci
Contoh:
1) Aduh (menunjukkan perasaan sakit)
Aduh, sakitnya perutku ini!
2) Aduhai (menunjukkan perasaan sedih)
Aduhai, malangnya nasibku ini!
3.2.2 Kata Tanya
F perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu
Contoh:
1) Apa (untuk menanyakan benda/haiwan/hal)
Apakah mata pelajaran yang kamu minati?
2) Mana (untuk menanyakan tempat)
Di manakah baju kurung saya?
3.2.3 Kata Perintah
F digunakan untuk memberi sesuatu perintah, larangan atau permintaan
Contoh:
1) Jangan (melarang)
Jangan buang sampah di merata tempat.
2) Sila (pelawaan)
Sila masuk ke rumah.
3.2.4 Kata Pangkal Ayat
F perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat
F ia memberi persambungan makna antara ayat-ayat dalam karangan
Contoh: alkisah , syahadan , hatta dsb.
1) David bohong maka ayah memarihnya.
2) Syahadan, tersebutlah hikayat Malim Deman.
3) Alkisah, si Duyung Jelita.
3.2.5 Kata Pembenar
F mengesahkan apa yang dimaksudkan dalam ayat
Contoh: ya, betul, sungguh dsb.
1) Betul, buku itu telah koyak.
2) Sungguh, saya tidak bohong.
3) Ya, itu adalah cadangan yang baik
3.3 Kata Prafrasa
F sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa (frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif)
F ia mendukung tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang
3.3.1 Kata Bantu
F untuk menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam.
3.3.2 Kata Penguat
F memberi tekanan maksud pada kata sifat
3.3.3 Kata Penegas
F beri penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat
F menekankan bahagian ayat seperti predikat atau subjek
F dikenali juga sebagai partikel
3.3.4 Kata Nafi
F untuk menidakkan sesuatu pernyataan.
Contoh:
1) tidak - untuk menafikan kata adjektif dan kata kerja
Nasi goreng yang dijual di warung itu tidak sedap.
2) bukan - untuk menafikan kata nama dan kata sendi nama
Hadiah ini bukan untuk Arlinah
3.3.5 Kata Pemeri
F menghubungkan subjek dengan predikat yang mempunyai sama makna
3.3.6 Kata Sendi Nama
F perkataan yang terletak di hadapan frasa nama atau kata nama untuk menghubungkan frasa nama dengan frasa nama yang lain
F ia mempunyai tugas-tugas tertentu
Contoh:
1) di - untuk menunjukkan tempat
Cikgu Hazlin mengajar di Sekolah Rendah Lakeside.
2) pada - untuk menunjukkan waktu/masa
Kami sekeluarga akan bertolak pada malam ini.
3) dari – untuk menunjukkan tempat/arah atau waktu/masa
Mereka datang dari seberang tambak.
3.3.7 Kata Arah
F untuk menunjukkan arah, jurusan dan hala
Contoh: atas, bawah, tepi, hadapan dsb.
1) Beg itu ada di atas meja.
2) Durrah dan Sofian berkelah di tepi pantai Pulau Bukom.
3.3.8 Kata Bilangan
F menyatakan jumlah sesuatu frasa nama
F boleh berpasang dengan penjodoh bilangan untuk menjadi penerang kata nama
3.4 Kata Pascakata
F hadir selepas perkataan
F berfungsi sebagai penekan dan pembenda
3.4.1 Kata Penekan
F perkataan “–nya” memberi penegasan kepada perkataan yang bergabung dengannya
Contoh:
1) Menagih dadah sesungguhnya membahayakan kesihatan kita.
2) Dia akan bertolak ke Itali keesokan harinya.
3.4.2 Kata Pembenda
F perkataan “–nya” menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama
Contoh:
1) Adik Rila berteriak dengan kuatnya.
2) Dr Norhaidah bersyarah dengan lantangnya.
3) Beratnya ialah 50 kilogram.
Ayat
Klausa
Frasa
Perkataan
Morfem
Apa itu ayat?
1. Unit paling tinggi dalam tatabahasa.
(i)
terdapat unsur-unsur seperti
klausa, frasa, perkataan dan morfem – penggabungan ini yang membentuk
konstruksi yang dikata ayat.
[ Abdullah Hassan, 1981:179 ]
2. Unit yang paling tinggi dalam skala
tatatingkat nahu.
(i) tidak ada unit yang lebih tinggi yang
mempunyai ayat sebagai unsurnya
(ii) terdiri dari
klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, yakni dimulai dengan
kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa
ayat itu sempurna dan selesai.
[ Asmah Hj Omar,
1986:359 ]
3. Unit pengucapan yang
paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
(i) boleh
terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya
dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.
(ii) mengandungi intonasi yang sempurna
[
Tatabahasa Dewan, 2002: 414 ]
Jenis-jenis Ayat
1.1 Ayat Penyata
1.2 Ayat Tanya
1.3 Ayat Perintah
1.4 Ayat Seruan
Ayat boleh
dibahagikan berdasarkan:
1. intonasi ucapan serta tujuan pertuturan
2. jumlah klausa
1. Ayat berdasarkan
intonasi
Definisi intonasi dalam ayat:
F ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap
F nada suara kita jarang-jarang mendatar tetapi sebaliknya berbeza-beza
F adakalanya meninggi & adakalanya merendah
F ia amat penting oleh sebab peranannya
dalam membezakan subjek dan predikat dalam ayat
1.1 Ayat Penyata
& ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan
& mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal
& ayat berita atau ayat keterangan
Contoh: Murid-murid sedang membaca buku.
Pekerja itu mati digilis lori.
Masuri S.N. telah dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Pendidikan.
1.2 Ayat Tanya
& ialah yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal
& berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya
dapat digolongkan kepada 2 jenis
iaitu:
.
1.2.1 Ayat Tanya
tanpa Kata Tanya
1.2.2 Ayat Tanya dengan Kata
Tanya
1.2.1 Ayat Tanya tanpa Kata Tanya
þ
lazimnya diucapkan dengan nada
suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat
þ
dalam tulisan, nada tanya ini
dilambangkan dengan tanda soal [?]
Contoh: Halim menunggang basikal?
Darwisyah masih menangis?
þ
ayat tanya jenis ini boleh
disertai partikel tanya –kah, yang
diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat
þ
dalam bahasa Melayu lisan partikel
–kah biasanya diletakkan pada hujung
ayat
Contoh: Halim menunggang basikalkah?
Darwisyah
masih menangiskah?
þ
tidak berlaku apa-apa perubahan
pada struktur ayat apabila partikel –kah
dimasukkan
þ dalam tulisan Bahasa Melayu pula, unsur fokus dalam sesuatu ayat mengalami proses ‘penjudulan’ iaitu pendepanan konstituen-konstituen yang menjadi fokus itu
þ
struktur ayat berubah iaitu
mempunyai susunan seperti berikut:
konstituen yang menjadi fokus + Subjek + Unsur predikat lain (jika ada)
diikuti oleh partikel -kah
Contoh:
konstituen yang menjadi
fokus diikuti oleh partikel -kah |
Subjek |
Unsur predikat lain (jika ada) |
1. Ke kampuskah 2. Sekarang jugakah |
Aishah? Amin |
- hendak mengulangkaji? |
þ ayat-ayat ini telah mengalami proses pendepanan konstituen predikat atau bahagian-bahagiannya
þ subjek tidak boleh sama sekali mengalami proses pendepanan dengan partikel –kah kecuali ayat yang telah disongsangkan hasil daripada proses pendepanan predikat seperti:
Contoh: Ayat Asal
a) Guru itu Encik Ahmad.
b)
Pengurusnya orang muda itu.
Contoh: Ayat yang telah disongsangkan predikat & ditambah –kah pada subjek
a) Encik Ahmadkah guru itu?
b) Orang muda itukah pengurusnya?
þ ayat yang mengandungi perkataan “yang” seolah-olahnya mengalami pendepanan dengan partikel -kah
Contoh: Diakah yang ke sekolah?
Merekakah yang berlepas pagi tadi?
þ sebenarnya ayat di atas ialah ayat songsang hasil daripada proses pendepanan predikatnya, iaitu berasal daripada ayat-ayat berikut
Contoh: Yang ke sekolah dia.
Yang berlepas pagi tadi mereka.
þ kesemua ayat di atas merupakan ‘Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya’ yang boleh dijawab dengan jawapan ya, tidak atau bukan
Contoh : Encik Zaini pengurusnya?
Ya, Encik Zaini pengurusnya.
1.2.2 Ayat Tanya dengan Kata Tanya
þ ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa , mengapa, bagaimana dan selainnya
þ ayat-ayat jenis ini terdiri daripada 2 golongan :
1.2.2.1 Ayat Tanya Dengan Kata Ganti Nama Tanya
1.2.2.2 Ayat Tanya Dengan Frasa Sendi Nama Tanya
1.2.2.1 Ayat Tanya Dengan Kata Ganti Nama Tanya
þ ayat-ayat ini terdiri daripada ayat-ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa dan mana
þ dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki unsur predikat seperti:
Contoh : Benda itu apa ?
Ibunya siapa ?
Isteri awak mana ?
þ bentuk ini boleh mengalami proses pendepanan predikat, menghasilkan ayat-ayat berikut:
Contoh: Apa benda itu ?
Siapa ibunya ?
Mana isteri awak ?
þ ayat-ayat ini merupakan bentuk bahasa lisan
þ bagi bentuk bahasa tulisan ayat-ayat tersebut perlu menerima partikel -kah pada unsur yang dikedepankan seperti:
Contoh: Apakah benda itu ?
Siapakah gurunya ?
Manakah adik awak ?
þ Ayat Tanya Dengan Kata Ganti Nama Tanya boleh wujud dalam ayat-ayat pasif
Contoh: Apakah yang kamu buat ?
Siapakah yang patut saya temui ?
Manakah tempat yang dipilihnya?
1.2.2.2 Ayat Tanya Dengan Frasa Sendi Nama Tanya
þ ayat–ayat jenis ini terdiri daripada ayat-ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, bagaimana, dengan siapa, daripada siapa dan sebagainya
þ dalam susunan biasa, kata tanya hadir dalam predikat
Contoh : Tuan tinggal di mana ?
Mereka datang dari mana ?
þ seperti biasa, ayat-ayat ini boleh mengalami proses pendepanan predikat untuk menghasilkan ayat-ayat berikut
Contoh: Di manakah tuan tinggal ?
Dari manakah mereka datang ?
þ ayat tanya boleh juga dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki, iaitu sama ada ayat tanya tertutup ataupun ayat tanya terbuka
Ayat Tanya Tertutup |
Ayat Tanya Terbuka |
Ayat tanya yang memerlukan jawapan Ya atau Tidak/Bukan |
Ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada perkataan Ya atau Tidak/Bukan tetapi sebaliknya bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut. |
Soalan : Encik Mohd pengurusnya ? Jawapan : Ya. |
Soalan : Apakah benda itu ? Jawapan : Benda itu alat komputer. |
1.3 Ayat Perintah
& ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan
& ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dsb yang biasanya digugurkan
& berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis:
1.3.1 Ayat Suruhan
1.3.2 Ayat Larangan
1.3.3 Ayat Silaan
1.3.4 Ayat Permintaan
1.3.1 Ayat Suruhan
þ ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan
þ dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan selainnya yang biasanya digugurkan
þ walaubagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek boleh juga diucapkan
Contoh: Keluar dari rumah ini !
Penipu !
Minum kopi ini dahulu.
þ ayat suruhan boleh menggunakan partikel –kah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat
þ seperti dengan konstituen yang menerima –kah , konstituen yang menerima –lah pun mengalami proses pendepanan
Contoh: Keluarlah dari rumah ini.
Pergilah dari sini.
Minumlah kopi ini dahulu.
þ bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN- , awalan itu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini
Contoh: Minum kopi ini dahulu.
Tembak harimau itu.
þ dalam konstruksi ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan
Contoh: Mengucaplah banyak-banyak.
Bersiaplah untuk bertolak sebentar lagi.
1.3.2 Ayat
Larangan
þ ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan , usah, atau tak usah sebelum kata kerja
þ bertujuan menegah seseorang melakukan sesuatu
Contoh: Jangan buat bising di sini.
Usah dikenang kisah yang lalu.
Tak usah datang lagi ke rumah aku.
þ ayat–ayat ini dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel –lah
Contoh: Janganlah buat bising di sini.
Usahlah dikenang kisah yang lalu.
Tak usahlah datang lagi ke rumah aku.
þ ada sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima –lah
Contoh: Dilarang membuang sampah di sini.
Ditegah berludah di sini.
1.3.3 Ayat
Silaan
þ ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang
þ lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat
Contoh: Sila datang ke rumah saya.
Jemput masuk.
þ Seperti ayat–ayat lain juga, ayat-ayat ini boleh dilembutkan dengan penggunaan partikel penegas –lah
Contoh: Silalah datang ke rumah saya.
Jemputlah naik.
1.3.4 Ayat Permintaan
þ ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan
Contoh: Minta kamu semua diam.
Tolong bukakan pintu itu.
þ bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan
Contoh–contoh ayat yang
dianggap tidak betul. |
Bentuk ayat–ayat larangan
yang sebetulnya. |
Sila jangan merokok. |
Jangan merokok. |
Minta jangan berludah. |
Jangan berludah. |
þ ayat–ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya
Contoh: Harap jangan merokok.
Harap jangan berludah.
1.4 Ayat Seruan
& ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya
& intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (! )
& biasanya diletakkan di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak
& Kata Seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya
Contoh: Ayah dah balik !
Oh, anakku !
Amboi, cantiknya !
2. Ayat berdasarkan jumlah klausa
& ayat berdasarkan jumlah klausa boleh dibahagikan kepada 2 jenis:
2.1
Ayat Tunggal (Ayat Selapis)
2.2
Ayat Majmuk (Ayat Berlapis)
2.1 Ayat Tunggal
2.1.1 (i) ia juga disebut ayat mudah kerana bentuk ayat tunggal memang mudah
(ii) ia hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat atau satu benda dan satu cerita
(iii) subjek mesti terdiri daripada nama, orang, benda atau perkara (frasa nama)
(iv) predikat mungkin terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa sifat ataupun frasa sendi
Contoh: Dia doktor.
Subjek : Dia (Frasa Nama)
Predikat : doktor(Frasa Nama)
[ Abdullah Hassan, 2003:297 ]
2.1.2 (i) ayat yang paling kecil yang dibentuk oleh pola ayat dasar
(ii) ia dikenali sebagai ayat inti
(iii) “kekecilan” ayat inti terletak pada “kekecilan” pengisi gatra subjek dan predikatnya
(iv) dalam perkataan lain, tiap-tiap gatra itu diisi oleh satuan nahu dalam bentuk yang paling minimal, yakni kata
Contoh: Dia menjual roti.
Sarah petah.
Ali tidur.
[ Asmah Hj Omar, 1986:368 ]
2.1.3 (i) ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek atau stau predikat
(ii) subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek
[ Tatabahasa Dewan, 2002: 443 ]
Contoh : Emak rajin ke pasar.
& emak ialah subjek kerana menjadi bahagian ayat yang diterangkan, manakala
rajin ke pasar pula merupakan predikat kerana menjadi bahagian
ayat yang menerangkan subjek tersebut
& di bawah ini diberi lagi contoh ayat-ayat
tunggal bahasa Melayu yang terdiri daripada subjek dan predikat
Subjek |
Predikat |
Sazali |
guru pelatih |
Mereka |
sedang berada dalam ketakutan |
Pasukan bolasepak negara kita |
sedang bermain bersungguh-sungguh |
2.1.3.1 Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang
berikut :
a) Kata nama
b) Kata ganti nama
c) Kata kerja yang berfungsi sebagai kata
nama
d) Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata
nama
a) Subjek
kata nama
þ Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat
boleh terbentuk daripada kata nama
am, kata nama khas,
atau kata nama terbitan.
Contoh : Subjek kata nama am
Adiknya jurutera.
Rumah itu cantik.
Contoh :
Subjek kata nama khas
Jefrydin penyanyi terkenal.
Si Tompok sedang makan.
Contoh :
Subjek kata nama terbitan
Masakan ini sungguh sedap.
Senaman menyihatkan badan.
b) Subjek
Kata Ganti Nama
þ Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat
boleh terbentuk daripada kata ganti
nama orang atau kata
ganti nama tunjuk.
Contoh :
Subjek kata ganti nama orang
Saya pelajar.
Kami penuntut NIE.
Beliau akan berangkat ke Malaysia.
Contoh :
Subjek kata ganti nama tunjuk
Ini kawasan ladang saya.
Itu tuduhan yang melulu.
c) Subjek
Kata kerja
þ
Ada
sejenis kata kerja yang mengambil tugas kata nama yang penggunaannya dalam ayat
berfungsi sebagai subjek.
Contoh : Bersenam
menyihatkan badan.
Mengarang adalah kegemaran Elmi.
Bercakap memang senang.
d) Subjek
Kata Adjektif
þ
Ada
sejenis kata adjektif yang mengambil tugas kata nama yang penggunaannya dalam
ayat yang berfungsi sebagai subjek.
Contoh : Besar
tidak bererti gagah.
Biru warna kegemaran Siti Aisyah.
Miskin jangan dipandang hina.
2.1.3.2 Predikat
dalam sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama yang berikut.
a) Frasa Nama
b) Frasa Kerja
c) Frasa Adjektif
d) Frasa Sendi Nama
2.1.3.2a) Predikat Frasa Nama
þ
Binaan
frasa nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi
sebagai subjek dalam sesuatu ayat.
þ Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan.
Contoh : Predikat Kata
Nama Khas
Beliau Perdana Menteri Singapura.
Bangunan itu Muzium Negara.
Contoh : Predikat kata
nama am
Ibrahim Sihat ahli bina badan.
Binatang itu kura-kura.
Contoh :
Predikat kata nama terbitan
Ceritanya hanya alasan.
Tindakannya itu suatu penganiayaan.
2.1.3.2b) Predikat
Frasa Kerja
þ
Frasa
kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur-unsur
berikut :
I.
Kata
kerja asal
II. Kata kerja terbitan
III. Kata Bantu
IV. Unsur-unsur keterangan
I. Kata
kerja asal terdiri daripada 2 jenis :
a)
Kata
kerja asal tidak berimbuhan
b)
Kata
kerja asal berimbuhan
Ia) Kata
kerja asal tidak berimbuhan
þ Kata kerja yang terdiri daripada satu kata
dasar sahaja.
þ Boleh berdiri daripada kata kerja tak
transitif dan kata kerja transitif.
þ Kata kerja tak transitif ialah kata kerja
yang tidak memerlukan objek.
þ Manakala kata kerja transitif ialah kata
kerja yang memerlukan objek.
Contoh :
Kata kerja tak transtif yang
tidak berimbuhan
pulang
tidur
masuk hilang
keluar terbang
ketawa datang
naik mandi
Contoh ayat
: Basir mandi di kolam
renang.
Jam Rolex saya hilang.
Kakak pulang pada lewat malam.
Contoh :
Kata kerja transitif yang tidak berimbuhan.
þ
Amat kecil bilangannya dalam bahasa Melayu.
Contoh
: makan, minum
Contoh ayat : Rahmat makan
nasi.
Azizah minum air sejuk.
Ib)
Kata kerja asal berimbuhan
þ Kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata
dasar dan imbuhan.
þ Boleh berdiri daripada kata kerja tak
transitif atau kata kerja transitif.
i) kata kerja berimbuhan yang tak transitif
Contoh :
menari berkumpul
menyanyi berbincang
berehat tertidur
bersenam terjatuh
Contoh ayat : Mereka
bersenam setiap hari.
Pemain bolasepak itu terjatuh.
ii) kata
kerja berimbuhan transitif
Contoh :
menjahit menggoreng
mengarang mendengar
menghantar memikirkan
Contoh ayat : Farid mengarang sajak.
Rohani menggoreng telur.
Murid itu mendengar nasihat
gurunya.
II. Kata
Kerja Terbitan
þ
Kata
kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi daripada golongan
kata yang lain.
þ
Contohnya
kata nama atau kata adjektif
þ
Untuk
menjadi kata kerja terbitan ( kata nama
atau kata adjektif ) memerlukan
imbuhan ( me-…..-kan , me-......-i atau memper-…..)
Contoh : menyekolahkan menemani
membuahkan menghalusi
menghasilkan memperluas
menjalani memperhangat
þ
kata
kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing
dalam ayat memerlukan objek.
Contoh : Ibu
Anisah menyekolahkan anaknya semalam.
Kerja Muhamad membuahkan kejayaan.
Dia sedang menghalusi laporan itu.
Hujah-hujah pembahas memperhangat
majlis itu.
III. Kata
Bantu
þ
Kata
Bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata
kerja.
þ
Terdapat
2 jenis kata Bantu dalam bahasa Melayu iaitu :
a) Kata
Bantu Aspek
b) Kata
Bantu Ragam.
IIIa) Kata
Bantu Aspek
þ Yang menyatakan atau menerangkan sesuatu
perbuatan dari segi
masa, sama ada belum, sedang atau sudah
dilakukan.
Contoh : akan,
belum , pernah, sedang, masih, sudah , telah.
akan dan belum Fmenunjukkan perbuatan yang belum dilakukan
Contoh :
Kakak akan menulis
surat kepada sahabatnya.
Penuntut-penuntut itu belum tiba
lagi.
sedang,
telah, pernah F menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu sudah selesai.
Contoh : Dia
sudah menunaikan fardu haji ke Mekah.
Aziz telah memenangi peraduan
bercerita.
Maria pernah ke negara itu.
IIIb) Kata Bantu Ragam
þ menyatakan atau menerangkan ragam perasaan
yang
berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.
þ Contoh : hendak , mesti, mahu, harus,
mesti, boleh, dapat.
þ Dalam bahasa Melayu, kata Bantu boleh
hadir secara berderetan
lebih daripada satu dalam ayat, iaitu
sebelum kata kerja.
Contoh : Noraini
belum hendak makan lagi.
Kumpulan dikir barat itu harus sudah
datang.
Bayi itu masih belum dapat tidur nyenyak.
IV. Unsur-unsur
keterangan
þ
Unsur-unsur
yang menerangkan kata kerja itu lebih lanjut lagi.
Contoh : Dia berjalan dengan cepat.
Kuliah ini tamat pada pukul 5.30
petang.
Siti berlagak macam orang kaya.
2.1.3.2c) Frasa Adjektif
þ
Berfungsi
sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif.
þ
Iaitu
kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda.
þ
Contoh
kata adjektif selapis : besar, tinggi, gemuk, rendah, putih, kecil
þ Kata-kata adjektif selapis boleh didahului
oleh kata penguat seperti : amat,
sangat,
sunggu , terlalu.
þ Kata penguat boleh juga hadir sesudah kata
adjektif : sungguh , sekali , betul,
benar.
þ Kata adjektif dalam bahasa Melayu boleh
hadir bersama-sama kata bandingan
( lebih
dan paling ).
þ Ia boleh juga disertai imbuhan ter- yang membawa maksud ‘ paling ’.
þ Kata adjektif ganda membawa erti banyak
dan berbagai rupa bentuk serta
sifatnya.
Contoh kata adjektif ganda : besar-besar,
bijak-bijak, tinggi-tinggi.
2.1.3.2d) Predikat
Frasa Sendi Nama
þ
FSN
yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh
frasa nama.
Contoh kata sendi nama : di, ke, dari, kepada , pada , dengan ,
oleh.
Contoh : di
rumah
kepada semua penduduk
untuk kakak
2.1.3.3 Susunan Ayat Tunggal
þ
Ayat
tunggal mempunyai 2 bentuk susunan susunan biasa & susunan
songsang
a) Susunan
biasa – Kedudukan
konstituen subjek adalah di hadapan
konstituen predikat.
Contoh : Beberapa
rumah kedai telah dirobohkan.
Kebanyakan pelajar tidak memahami soalan itu.
þ
Suasana
ucapan adalah biasa
þ
Tidak
ada penegasan atau penekanan yang khusus pada mana-mana unsur
þ
Tetapi
lazimnya, terdapat penegasan atau penekanan yang dilakukan pada
bahagian-bahagian
tertentu ayat
þ
Ini
dilakukan dengan 2 cara
þ
Cara menggunakan kata-kata ataupun dengan cara mengubah kedudukan
susunan konstituen-konstituen ayat
þ
Contoh
bagi kata penegas : -lah , -tah, -kah
þ
Dalam
penggunaannya, konstituen yang menerima kata penegas mengalami
proses
pendepanan
Contoh : Sahabat
saya dia.
Dialah sahabat
saya.
Sahabat pena saya tiba semalam.
Tibakah sahabat pena saya semalam?
b) Susunan
songsang
þ
Ayat
tunggal dalam bahasa Melayu, boleh juga wujud dalam susunan songsang
melalui
proses pendepanan atau penjudulan
þ
Unsur-unsur
dalam konstituen predikat yang biasanya hadir
dipindahkan ke
hadapan
subjek.
þ
Unsur-unsur
yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan, iaitu
melalui
proses pendepanan.
þ
Proses
pendepanan yang berlaku pada predikat adalah Pendepanan seluruh
predikat dan Pendepanan
sebahagian daripada predikat.
i) Pendepanan
seluruh predikat
þ
Seluruh
konstituen predikat dibawa kehadapan melalui subjek .
Contoh : Pemuda
itu sangat rajin.
Sangat rajin pemuda itu.
Perompak itu sudah mati agaknya.
Sudah mati agaknya perompak itu.
ii) Pendepanan
sebahagian daripada predikat
þ
Bahagian-bahagian
predikat boleh mengalami proses pendepanan secara
berasingan.
a. Pendepanan frasa kerja
b. Pendepanan frasa adjektif
c. Frasa sendi nama
|
Pendepanan frasa kerja |
Pendepanan frasa
adjektif |
Frasa sendi nama |
Boleh mengalami proses pendepanan |
Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa
kerja iaitu kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek, kata bantu dengan
kata kerja boleh mengalami proses pendepanan. |
Kata adjektif sahaja, kata Bantu dengan kata
adjektif |
Frasa sendi nama |
Contoh |
(i) Hati saya terkilan semalam Terkilan
hati saya semalam (ii) Dia membaca buku di rumah Membaca
buku dia di rumah. (iii) Guru itu sedang mengajar Sedang
mengajar guru itu. |
(i) Orang itu pandai. Pandai
orang itu. (ii) Bangunan itu masih kuat
lagi. Masih
kuat lagi
bangunan itu. |
(i)Bunga itu untuk saya. Untuk
saya bunga itu. |
2.1.3.4a Ayat aktif
þ Dari segi ragam,
ayat-ayat tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada
ayat aktif dan
ayat pasif.
þ Ayat yang
mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai
judul atau unsur yang
diterangkan.
þ Ayat aktif
terbahagi kepada transitif dan tak transitif
Contoh : Ahmad menendang bola. ( Ayat transitif
)
Penuntut-penuntut
NIE sedang belajar. ( Ayat tak transitif )
þ Ada segolongan ayat
aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang boleh
menerima dua
objek sebagai penyambut iaitu objek tepat dan objek sepi.
Contoh : Ajai membelikan Nurul sebuah rumah.
Ibu menjahitkan saya sehelai baju kurung.
þ Di sini, objek
yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja
transitifnya
disebut objek tepat.
þ Dan objek yang
menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja itu
disebut objek
sepi.
þ Ayat-ayat
transitif yang mempunyai dua objek boleh diubah binaannya.
þ Di mana objek
tepat mendapat kata sendi nama di hadapannya ( terbentuk
frasa sendi nama
) yang bertugas sebagai keterangan.
þ Manakala objek
sepi asal menjadi objek tepat baru.
Contoh : Ajai membelikan sebuah rumah untuk Nurul.
Ibu menjahitkan sehelai baju kurung untuk saya.
þ Ada lagi
segolongan ayat aktif transitif yang boleh digugurkan objeknya.
þ Ayat yang
demikian, mengandungi kata kerja transitif yang memperoleh
ciri adjektif.
þ Kata kerja itu
boleh menerima kata penguat.
þ Kata dasar bagi
kata kerja ini ialah kata adjektif.
Contoh : Kegagalannya amat menyedihkan saya.
Peristiwa itu
sungguh memalukan kami.
i) Ayat
aktif tak transitif
þ Ayat yang
mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh
objek sebagai
penyambutnya.
þ Ada 2 jenis ayat
aktif tak transitif .
þ Ayat aktif tak
transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
þ Ayat aktif tak
transitif dengan keterangan yang tidak
boleh digugurkan.
þ Ayat aktif tak
transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
þ Ayat yang
mengandungi kata kerja tak transitif yang boleh mengandungi frasa
keterangan
secara pilihan.
a) Ayat aktif tak
transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan
Contoh : Kamariah menangis sepanjang hari.
Kamariah
menangis.
Pokok
itu membesar dengan cepatnya.
Pokok itu
membesar.
b) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang
tidak boleh digugurkan.
þ Ayat yang boleh
mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur
pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.
þ Unsur pelengkap
ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh
digugurkan.
Contoh : Kereta itu menuju ke utara.
Kereta itu
menuju.
Saya berasa sungguh yakin.
Saya berasa.
2.1.3.4b Ayat
Pasif
þ Terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif
þ Dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul
atau unsur yang diterangkan
Contoh: Bola ditendang David.
Buku itu saya baca.
þ Ayat Pasif boleh dibahagikan kepada:
i) Ayat Pasif Dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif
ii) Ayat Pasif Dengan Kata Ganti Diri Pertama dan Kedua
iii) Ayat Pasif Dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja
i) Ayat Pasif Dengan Imbuhan
Kata Kerja Pasif
þ Ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- & ter-
Contoh: Sampah
sarap dibakar oleh ayah pagi tadi.
Tembok
itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya.
þ Kata Sendi oleh boleh digugurkan pada binaan (oleh + FN) yang letaknya
selepas kata kerja tanpa menjejaskan makna atau strukur ayat
þ Keadaan ini berlaku apabila unsur subjeknya hendak diberi tekanan
Contoh: Sampah sarap dibakar ayah pagi tadi
Tembok itu terlanggar lori lori pada bahagian bawahnya.
ii) Ayat Pasif Dengan Kata Ganti
Diri Pertama dan Kedua
þ Kata Ganti Nama Diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar
þ Tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-
þ Boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas
Contoh: Minuman itu belum aku rasai lagi.
Minuman itu belum kurasai lagi.
iii) Ayat Pasif Dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja
þ Mengandungi perkataan ‘kena’ di hadapan kata kerja dasar yang tidak
menerima awalan
þ Binaan (oleh+FN) boleh digugurkan secara pilihan
Contoh: Budak-budak itu kena kejar oleh anjing.
2.1.3.5a Kata
Nafi
þ Unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur dalam predikat
itu
þ Ada 2 bentuk kata nafi iaitu bukan atau tidak
Contoh: Itu bukan beg saya.
Dia tidak menjemput saya.
2.1.3.5b Kata Pemeri
þ Unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa-
frasa utama predikat
Contoh: ialah (hadir
di hadapan FN)
adalah (hadir di hadapa FA)
Warna
merah putih ialah warna bendera
negara kita.
Keputusan
panel temuduga bagi jawatan itu adalah
tidak adil.
2.2 Ayat Majmuk
2.2.1 (i) terdiri daripada banyak ayat-ayat kecil
(ii) ayat-ayat kecil ini disambung menjadi ayat yang lebih panjang
(iii) ia boleh
dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Ayat Majmuk Gabungan (Ayat Berlapis) dan
Ayat Majmuk Pancangan (Ayat Berkait)
Contoh:
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat 1 : Rohana suka membaca.
Ayat 2 : Rohana suka bersukan.
Gabungan : Rohana suka membaca dan bersukan.
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Utama : Durrah membeli baju.
Ayat Kecil : Baju itu berwarna merah.
Gabungan : Durrah membeli baju yang berwarna merah.
[ Abdullah Hassan, 1994:307 ]
2.2.2 (i) lawan kepada ayat inti ialah ayat luas
(ii) ia tidak lagi dalam bentuk minimal kerana gatra-gatranya sudah mengalami peluasan
(iii) pada amnya ada tiga proses peluasan ayat, iaitu penjodohan, pelapisan dan penggabungan
Contoh: Dia hendak menjual roti itu.
Ali tidur di atas katil.
Sarah petah apabila berbicara.
[ Asmah Hj Omar, 1986: 369]
2.2.3 (i) ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan 2 ayat tunggal atau lebih
(ii) pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara-cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baru
[ Tatabahasa Dewan, 2002:477 ]
2.2.3.1 Ayat
Majmuk
& Terdapat empat jenis utama ayat majmuk:
I) Ayat Majmuk Gabungan
II) Ayat Majmuk
Pancangan
III) Ayat Majmuk Campuran
IV) Ayat Majmuk Pasif
I) Ayat Majmuk
Gabungan
þ Ialah ayat-ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu
dengan cara mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung. Ayat-ayat
yang disambung itu setara sifatnya dan mampu berdiri sendiri.
þ Ia juga boleh disambung tanpa kata hubung. Dalam bentuk tulisan, ayat boleh
digabungkan dan dipisahkan olah tanda koma.
Contoh: Dia
yang tidak tahu duduk diam, berjalan ke hujung bilik, berjalan semula ke tempat
duduknya.
a) Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan
þ Kata hubung ditugaskan untuk menghubungkan ayat-ayat dan menjadikannya satu
ayat yang lebih besar.
Contoh:
(i) Perompak itu meragut rantai wanita tua itu.
Perompak itu lari.
Perompak itu meragut rantai wanita tua itu lalu lari.
(ii) Dia suka membawa anaknya
ke Taman Haiwan.
Isterinya
suka membawa anaknya ke sarkis.
Dia
suka membawa anaknya ke Taman Haiwan tetapi
isterinya suka membawa anaknya ke sarkis.
þ Ayat-ayat yang telah dihubungkan di atas, adalah dari jenis yang sama yang boleh
terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah.
þ Ayat yang tidak gramatis akan dihasilkan jika jenis-jenis ayat itu
dicampuradukkan.
Contoh: (i) Ali pulang dari sekolah dan rumahnya besar.
(ii) Mampukah awak bekerja lebih masa tetapi ayam itu tua.
Ayat di atas tidak mempunyai hubungan makna untuk menjadikannya ayat yang gramatis.
b) Jenis Gabungan
þ Ayat-ayat gabungan dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung.
Penggunaan kata hubung yang berbeza ini menghasilkan dua jenis gabungan
utama, iaitu:
i) Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan (satu demi satu)
Contoh: (i) Aku menatap wajah arwahnya sambil mendoakan akan rohnya.
(ii) Setibanya aku di sana, tanganku diikat, kemudian lubang hidungku disumbat, akhirnya aku dicampakkan ke dalam sebuah bilik air.
ii) Gabungan yang susunannya memberikan maksud
pertentangan
Contoh: (i) Dia yang mencuri, sebaliknya aku yang dituduh.
(ii) Diharamkan engkau menyentuh Azizah, melainkan engkau sudah bernikah dengannya.
II) Ayat Majmuk
Pancangan
þ Terdiri daripada beberapa kedudukan antara ayat-ayat itu tidak sama. Terdapat
satu ayat utama (ayat induk) dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk and menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
þ Tiga jenis ayat majmuk pancangan yang ditentukan oleh cara pembentukannya,
iaitu:
a) Ayat relatif
b) Ayat komplemen
c) Ayat keterangan
IIa) Ayat Relatif
þ Ayat yang dikenal dengan penggunaan perkataan yang.
Contoh: (i) Aku menatap wajahnya.
Wajahnya ayu.
Aku menatap wajahnya yang ayu.
(ii) Basikalnya baru dibeli.
Basikalnya dicuri orang.
Basikalnya yang baru dibeli telah dicuri orang.
Dalam ayat (i), ayat wajahnya ayu dipancangkan ke dalam ayat induk Aku menatap wajahnya. Wajah yang kedua digugurkan kerana ia diulang dan diganti pula dengan kata relatif yang.
IIb) Ayat Komplemen
þ Pembentukan ayat-ayat majmuk komplemen biasanya disertai penggunaan
beberapa perkataan tertentu untuk digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan hubungan ini.
þ Terdapat dua kata komplemen, iaitu bahawa dan untuk.
Contoh: Dia tahu bahawa suaminya telah diculik.
Untuk merealisasikan impian anda tidak mustahil.
Jenis-jenis ayat komplemen
Terdapat 3 jenis:
a) Ayat komplemen frasa nama
b) Ayat komplemen frasa kerja
c) Ayat komplemen frasa adjektif
a) Ayat komplemen frasa nama
þ Frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek,
predikat, objek tepat dan objek sipi. Tetapi, ayat-ayat komplemen jenis frasa nama
hanya dapat menduduki dua tempat, iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama
subjek dan ayat komplemen frasa nama objek tepat.
i) Ayat komplemen frasa nama subjek
þ Bahawa George.W.Bush akan dipenjarakan esok sudah ditetapkan.
þ Adalah sukar untuk kita mengecap kemenangan kali ini. (ayat songsang)
ii) Ayat komplemen frasa nama objek tepat
þ Objek dalam ayat komplemen boleh wujud sebagai ayat objek tepat sahaja.
Contoh: Beliau mengumumkan bahawa anaknya akan dikahwinkan dengan pemuda lain.
Azura menyedari bahawa
ibu-bapanya telah ditipu.
Melalui contoh-contoh di atas, ayat komplemen merupakan ayat yang berfungsi sebagai objek tepat kata kerja transitif pada ayat induknya.
b) Ayat komplemen frasa kerja
þ Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang
diikuti bukan oleh frasa nama tetapi oleh keterangan-keterangan lain anggotanya
bertujuan melengkapkan frasa tersebut. Ayat komplemen yang berfungsi sebagai
pelengkap kepada kata kerja ini digolongkan ke dalam jenis ayat komplemen
frasa kerja.
Contoh: Aku berpendapat bahawa Pak Lee tidak akan hidup lama.
Kami semua berfahaman bahawa syarikat ini tidak akan dapat bertahan.
c) Ayat komplemen frasa adjektif
þ Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat pada sesuatu ayat. Ayat komplemen
boleh berdiri daripada ayat komplemen adjektif, iaitu merupakan ayat kecil yang
dipancangkan ke dalam ayat induk.
Contoh: Aku sangat percaya bahawa dia masih mentah lagi.
Sharifah sangat yakin bahawa lawannya akan kecundang.
þ Ayat jenis ini terhad jumlahnya.
IIc) Ayat
keterangan
þ Ayat majmuk keterangan terdiri dari datu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih
yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat-ayat kecil ini disebut
ayat keterangan. Kehadiran kata hubung untuk menjalinkan ayat induk dengan
ayat kecil.
þ Hubungan antara ayat-ayat ini:
Ayat Induk + Kata Hubung + Ayat Keterangan
Contoh: Bayi itu menangis kerana ia lapar.
Dia pernah menjaga saya ketika saya masih kecil dahulu.
Jenis-jenis ayat
keterangan
þ Ayat-ayat keterangan befungsi memberikan huraian lanjut pada kata kerja ayat induk. Terdapat berbagai-bagai keterangan yang disampaikan oleh ayat-ayat kecil jenis ini, bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan.
a) Keterangan musabab
b) Keterangan akibat
c) Keterangan syarat
d) Keterangan waktu
e) Keterangan pertentangan
f) Keterangan harapan
g) Keterangan cara
h) Keterangan tujuan
i) Keterangan perbandingan
a) Keterangan musabab
þ Ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan.
þ Kata hubung seperti lantaran, kerana & oleh sebab digunakan dalam unsur ini.
Contoh: Aku diceraikan kerana bermain kayu-tiga.
Dia dinaikkan pangkat lantaran usahanya memajukan syarikat.
b) Keterangan akibat
þ Ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil satu perbuatan. Kata hubung
seperti hingga & sehingga digunakan dalam unsur ini.
Contoh: Dia menelan berpuluh-puluh biji ubat hingga maut.
Aku akan menikamnya sehingga mati.
c) Keterangan syarat
þ Ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung seperti sekiranya, andai kata, jika & kalau digunakan dalam unsur ini.
Contoh: Saya
akan berkahwin sekiranya saya ketemu
wanita impian saya.
Jika
kamu jadi bunga aku pula jadi tangkainya.
d) Keterangan waktu
þ Ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung seperti sejak, setelah, semenjak, tatkala & ketika digunakan dalam unsur ini.
Contoh: Beliau melarikan diri setelah waran tangkap ke atasnya dikeluarkan.
Aku sering bergembira ketika bersama dengannya dahulu.
e) Keterangan pertentangan
þ Ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan.
Kata hubung seperti walau bagaimanapun, namun, sekalipun & sedangkan digunakan dalam unsur ini.
Contoh: Sekalipun aku dipenjara, aku akan terus berkarya.
Dia terus berjudi sedangkan anak-anaknya kebuluran.
f) Keterangan harapan
þ Ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati.
Kata hubung keterangan seperti supaya, agar, semoga & kalau-kalau digunakan dalam unsur ini.
Contoh: Kita akan terus berikhtiar agar penyakitnya cepat sembuh.
Ibu mengingatkannya supaya berhati-hati ketika bertugas.
g) Keterangan cara
þ Ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian
berlaku. Kata hubung dengan digunakan dalam unsur ini.
Contoh: Dia menikam musuhnya dengan sebilah keris.
Dengan menggunakan khidmat dukun Rozi melariskan perniagaannya.
h) Keterangan tujuan
þ Ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata
hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi & bagi.
Contoh: Dia bekerja keras untuk memenuhi cita-rasa mewah isterinya.
Demi cintanya, dia sanggup melakukan apa sahaja.
i) Keterangan perbandingan
þ Ialah unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung
keterangan adalah seperti, macam,
seolah-olah, ibarat, bagaikan & bak.
Contoh: Dia duduk termenung seperti dilanda jutaan masalah.
Bagaikan motosikal dan topi keledar, kedua-dua sahabat itu sukar dipisahkan.
III) Ayat majmuk campuran
þ Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada
campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis
ayat majmuk.
þ Ayat sedemikian biasanya panjang.
Contoh: Sarah sedang menjahit baju, tetapi adiknya yang sudah merayap sehari suntuk telah masuk tidur.
Ayat pertama : Sarah sedang menjahit baju.
Ayat kedua : Adiknya yang sudah merayap sehari suntuk telah masuk tidur.
Dalam ayat kedua ayat relatif, yang sudah merayap sehari suntuk dipancangkan ke dalamnya.
Contoh: Saya akur bahawa pendapat anda itu munasabah dan sepatutnya diketengahkan sewaktu sidang parlimen yang akan diadakan esok.
Terdiri dari dua ayat yang digabungkan dengan kata hubung dan.
Ayat pertama : Saya akur bahawa pendapat anda itu munasabah.
Ayat kedua : Pendapat
anda sepatutnya diketengahkan sewaktu sidang
parlimen yang akan diadakan esok.
Kedua-dua ayat (ayat pertama dan kedua) juga merupakan ayat majmuk
Ayat pertama terdiri dari ayat induk (saya akur) dan ayat komplemen objek tepat (pendapat anda itu munasabah) .
Ayat kedua pula terdiri dari ayat induk (sepatutnya diketengahkan) dengan ayat keterangan waktu (sewaktu sidang parlimen) dan ayat relatif (yang akan diadakan esok).
þ Boleh dirumuskan di sini bahawa sesuatu ayat boleh terdiri daripada satu ayat
tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui proses-proses gabungan, relatif,
komplemen atau keterangan.
IV) Ayat
majmuk pasif
& Jika sesuatu ayat mempunyai kata kerja transitif maka ia mampu dipasifkan.
(i) Ayat majmuk gabungan
Bentuk aktif: Aku menendang bola dan Wahid menangkap bola.
Bentuk pasif: Bola ditendang aku dan bola ditangkap Wahid.
(ii) Ayat majmuk relatif
Bentuk aktif: Pemuda yang menolak aku menolak orang di sebelahku pula.
Bentuk pasif: Orang disebelahku
ditolak pula oleh pemuda yang menolakku.
(iii) Ayat majmuk komplemen
Bentuk aktif: Aku yang mengatakan bahawa dia bukan wanita tulen.
Bentuk pasih: Bahawa dia bukan wanita tulen dikatakan oleh aku.
(iv) Ayat majmuk keterangan
Bentuk aktif: Saya akan menikahi Mawar kalau ayahnya mengizinkan.
Bentuk pasif: Mawar akan dinikahi saya kalau diizikan ayahnya.
APPENDIX
Frasa
nama Frasa
kerja Frasa
adjektif Ayat
Keterangan Ayat
Komplemen Ayat
Relatif Gabungan
yang susunannya memberikan maksud pertentangan Gabungan
yang susunan fakta-faktanya berurutan Ayat Majmuk Pasif Campuran Pancangan Gabungan