Setiap item, dari
SOALAN 1 hingga SOALAN 45 , diberi empat
pilihan. Hanya satu daripada empat
pilihan itu yang betul. Pilih jawapan yang betul dan tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan ( ) yang disediakan.
SOALAN 1 – SOALAN
5 (5 markah)
Arahan: Pilih perkataan yang seerti/seiras dengan
perkataan yang bergaris bawah dalam setiap item di bawah ini. Kemudian,
tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan (
) yang disediakan.
1. Daud
mengembala kambing-kambing kepunyaan Tuan Said.
(a) menyembelih (b)
menjaga
(c) menyusu (d)
menjinak ( )
2. Pihak
polis ingin mencegah anak-anak muda dari jenayah.
(a)
membanteras (b) menghukum
(c)
menghalang (d) membantah ( )
3. Amir
berduka setelah ibunya meninggal dunia.
(a) berkerut (b)
bersedih
(c) berdiam (d)
bercelaru ( )
4. Hutan
Temburong di Brunei dipenuhi dengan tumbuhan liar.
(a) Taman (b) Rimba
(c) Gunung (d) Pantai ( )
5. Dia
sedang membikin sebuah alat permainan.
(a) mendirikan (b)
melahirkan
(c) membuat (d)
menjahit ( )
SOALAN 6 – SOALAN 10 (5 markah)
Arahan: Pilih perkataan yang berlawan dengan
perkataan yang bergaris bawah dalam setiap item di bawah ini. Kemudian,
tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan (
) yang disediakan.
6. Encik
Lee yang dahulunya kurus, kini telah menjadi ___________.
(a)
buncit (b) sihat
(c)
besar (d) gemuk ( )
7. Fiona
adalah anak yang sulung manakala Fiza pula anak yang ____________.
(a)
kecil (b) comel
(c)
bungsu (d) manja ( )
8. Saya membelikan ibu
ikan dari pegerai yang _________ hasil tangkapan laut.
(a)
melelongkan (b) menjualkan
(c)
mempromosikan (d) melariskan ( )
9. Diana menyimpan
kesemua diari-diarinya sementara adiknya, Diani __________ kesemuanya itu.
(a)
menghumban (b) membuang
(c)
melontar (d) mencampak ( )
10. Bilik darjah itu sungguh kemas
berbanding dengan bilik darjah di sebelahnya yang _________ sekali.
(a)
berkeladak (b) berdebu
(c)
bertabur (d)
berselerak ( )
SOALAN 11 – SOALAN 15 (5 markah)
Arahan: Pilih perkataan yang sesuai bagi menggantikan
frasa/klausa yang bergaris bawah dalam setiap item di bawah ini. Kemudian,
tuliskan angka jawapan kamu di dalam ruangan (
) yang telah disediakan.
11. Sesuatu yang berbentuk
bulat yang dipakai di jarinya telah dihadiahkan oleh suaminya.
(a)
Gelang (b) Cincin
(c)
Rantai (d) Anting-anting ( )
12. Rumah
Encik Karim menjadi binasa dimakan api semalam.
(a)
hangat (b) masak
(c)
hangus (d) roboh ( )
13. Bintang
filem Shariff Dol merupakan seorang yang amat disegani.
(a)
Seniman (b) Karyawan
(c)
Usahawan (d)
Sasterawan ( )
14. Perompak
laut tersebut telah dapat melarikan diri dengan sebuah bot laju.
(a)
Kelasi (b) Lanun
(c)
Pramugari (d)
Pengganas ( )
15. Mereka
telah beralih tempat dan kini menetap di Tampines.
(a)
belayar (b) berpindah
(c)
berhijrah (d) bergerak ( )
SOALAN 16 – SOALAN 20 (5 markah)
Arahan: Pilih kata gandaan yang paling
sesuai bagi setiap item di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan
kamu di ruangan ( ) yang disediakan.
16. ________________
yang telah digorengnya dimasukkan ke dalam bakul.
(a)
Ondeh-ondeh (b) Kek-kek
(c)
Epok-epok (d) Abuk-abuk ( )
17. Setelah kematian suami dan
anak lelaki Puan Normah, keluarganya menjadi _______________ .
(a)
simpang-siur (b) kucar-kacir
(c)
riuh-rendah (d) tunggang-langgang ( )
18. _______________ hendak
melindungi kawan-kawannya, Rahmat pula yang dipenjara.
(a)
Pandai-pandai (b) Gara-gara
(c)
Suka-suka (d) Baik-baik ( )
19. Pengemis
itu berpakaian ______________ kerana kemiskinan.
(a)
segak-segak (b) hancur-berkecai
(c)
kusut-masai (d) compang-camping ( )
20. Lorong yang
______________ itu sering menjadi
tumpuan perompak mencari mangsa.
(a)
sunyi-sepi (b) bengkang-bengkok
(c)
simpang-siur (d)
tunggang-langgang ( )
SOALAN 21 – SOALAN 25 (5 markah)
Arahan: Pilih perkataan berimbuhan yang
paling sesuai bagi setiap item di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan
pilihan kamu di ruangan ( ) yang
disediakan.
21. Nahas
jalan raya kelmarin __________ sebuah
motosikal dan sebuah van.
(a)
terlibat (b)
melibatkan
(c)
terlibatkan (d) penglibatan ( )
22. Encik Salleh merupakan
seorang pegawai keselamatan di sebuah tapak __________ kondominium.
(a)
binaan (b)
membina
(b)
pembinaan (d) terbina ( )
23. Dia sering runsing kerana
mendapat terlalu banyak __________ di
tempat kerjanya.
(a)
tertekan (b)
menekankan
(c)
ditekankan (d)
tekanan ( )
24. Kawalan
di Lapangan Terbang Changi telah __________ baru-baru ini.
(a)
terketat (b)
diperketatkan
(c)
mengetatkan (d)
pengetat ( )
25. Zafirah __________
rakan-rakannya kerana sifatnya yang suka merendahkan dirinya.
(a)
disukai (b) menyukai
(c)
kesukaan (d)
sukakan ( )
SOALAN 26 – SOALAN 30 (5 markah)
Arahan: Pilih peribahasa yang paling sesuai
maksudnya dengan makna frasa/klausa yang bergaris bawah dalam setiap item
di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan ( ) yang disediakan.
26. Sahril
sering ditertawakan rakan-rakannya kerana dia tidak tahu menendang bola.
(a)
kaki bangku (b) kaki
botol
(c)
kaki ayam (d) kaki
bantai ( )
27. Pegawai
bank itu diberkas oleh pihak berkuasa kerana disyaki menerima rasuah.
(a)
makan angin (b) makan
angkat
(c)
makan suap (d) makan
hati ( )
28. Dia sudah melupakan
segala jasa ibu-bapanya sehinggakan dia sanggup menghalau mereka keluar
dari rumah.
(a)
seperti kacang
lupakan kulit
(b)
seperti rusa masuk
kampung
(c)
seperti katak
bawah tempurung
(d)
seperti bertepuk
sebelah tangan ( )
29. Dari pagi sehinggalah malam,
Kamal dan adiknya tidak pernah berhenti bertengkar.
(a)
bagai aur dengan
tebing
(b)
sedangkan lidah
lagi tergigit
(c)
seperti anjing
dengan kucing
(d)
buang yang keruh,
ambil yang jernih ( )
30. Amir mampu menghabiskan
kerjanya dalam jangka waktu yang singkat kerana dia telah membuat dua
pekerjaan dalam satu masa.
(a)
seperti perigi
mencari timba
(b)
sambil menyelam
minum air
(c)
seperti mencurah
air ke daun keladi
(d)
genggam bara api
biar sampai jadi arang ( )
SOALAN 31 – SOALAN 38 (8 markah)
Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai digunakan
di setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis
angka jawapan pilihan kamu di ruangan (
) yang disediakan.
SOALAN 39 – SOALAN 45 (7 markah)
Kefahaman Objektif
Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Rakesh ialah seorang pengembala kambing. Dia mengembala kambing sebagai
mata pencariannya. Hidupnya sebatang kara. Setelah sehari suntuk mengembala,
dia akan pergi ke sebatang sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Di situ,
dia akan memancing ikan untuk dijadikan makan malamnya.
Rakesh tinggal bersebelahan dengan seorang pemuda. Jiran Rakesh ialah
Ramesh. Mereka berdua sangat rapat walaupun Rakesh miskin manakala Ramesh seorang
yang kaya raya. Rakesh pernah dahulunya bekerja dengan ayah Ramesh sebagai
pekebun. Ayah Ramesh seorang saudagar yang berharta. Rakesh berhenti bekerja
setelah ayah Ramesh meninggal dunia.
Ramesh pernah bercita-cita menjadi seorang doktor. Namun, cita-citanya
tidak tercapai kerana Ramesh tidak lulus dan akhirnya disingkirkan. Ramesh kini
menjadi seorang pemburu. Dia gemar mengembara di dalam hutan dan memburu
binatang-binatang liar seperti harimau dan monyet. Antara binatang yang pernah
dia buru adalah kancil, babi hutan dan serigala. Dia tidak gemar memburu arnab
kerana arnab adalah binatang kesayangannya.
Binatang-binatang tersebut akan diawetkan dan digantung di dalam biliknya
sebagai hiasan dinding. Dia tidak pernah menjadikan binatang buruan itu sebagai
hidangan makannya. Ada juga beberapa kali dia menjual hasil buruannya kepada
beberapa orang saudagar yang singgah di perlabuhan pekannya. Dia tidak langsung
mengendahkan peraturan pemerintah. Pihak berkuasa menegah pekerjaan memburu
binatang liar lebih-lebih lagi yang sedang dilanda masalah kepupusan.
Pernah pada suatu ketika Ramesh
tertembak Rakesh. Kemalangan itu berlaku ketika Rakesh sedang mencari akar-akar
kayu di hutan. Ketika dia berada di belakang semak-semak, Ramesh melepaskan
tembakan ke arah semak-semak tersebut kerana disangkanya ada seekor kancil di
belakang semak-semak. Rakesh terselamat dari maut kerana peluru itu hanya
terkena kakinya sahaja. Rakesh kemudiannya dikejarkan ke hospital yang
berdekatan. Sehingga sekarang, Rakesh tidak mampu berjalan seperti biasa.
Arahan: Berdasarkan petikan karangan yang telah dibaca, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item berikut. Kemudian,
tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan (
) yang disediakan.
39. Ikan yang ditangkap Rakesh akan
_______________.
(a) diawetkan (b)
diburu
(c) digantung (d)
dimasak (
)
40. Sebelum ini, Rakesh pernah bekerja
sebagai seorang _______________.
(a) pengembala kambing (b)
saudagar
(c) pemburu (d)
pekebun ( )
41. Ramesh pula adalah seorang
_______________ .
(a) doktor (b)
hartawan
(c) pemburu (d)
saudagar ( )
42. Binatang yang menjadi buruan Ramesh adalah
_______________.
(a) arnab (b)
ikan
(c) babi hutan (d) kambing ( )
43. Rakesh
berada di dalam hutan ketika kemalangan itu berlaku untuk _______________ .
(a) ditembak Ramesh
(b) mencari seekor kancil
(c) mencari akar-akar kayu
(d) berada di belakang semak-semak ( )
44. Pekerjaan Ramesh salah kerana
_______________.
(a) dia telah mengawetkan hasil buruannya
(b) dia sanggup menembak kawannya sendiri
(c) dia melanggar undang-undang pemerintah
(d) arnab dikecualikan dari matlamat buruannya ( )
45. Tajuk yang
paling sesuai untuk petikan karangan ini ialah _______________.
(a) Pengembala dan pemburu
(b) Saudagar dan anaknya
(c) Rakesh si pemburu
(d) Ikan di sungai. ( )