|
|
|
[ Sejarah | Lagu MRSM | Sepintas Lalu ]
Peta Taiping menunjukkan lokasi MRSM Taiping
Klik imej untuk gambar lebih besar Pembinaan maktab ini sudahpun dirancangkan sejak tahun 1977-1978. Dahulunya tempat tapak maktab ini ialah kawasan hutan simpanan. Di sini juga ialah tempat askar-askar berlatih. Kerajaan negeri memberi tanah ini kepada Ibu Pejabat MARA untuk membina maktab ini. Masalah utama yang dihadapi ialah hujan. Tanah yang diberi ialah seluas 50 ekar dan tanah yang telah digunakan sehingga 1986 ialah 25 ekar. Perbelanjaan untuk membina maktab ini memakan belanja sebanyak RM 14 juta. Kedudukan maktab ini agak istimewa kerana dikelilingi oleh bukit-bukau, di tepi sungai dan berdekatan dengan Taman Tasik Taiping. Tujuan kerajaan negeri membina maktab ini di daerah Taiping antara lain adalah untuk memajukannya. Pada 1 Julai 1983 kakitangan dan guru mendaftar di MRSM Taiping yang hanya dibuka secara rasmi pada 18 Julai 1983. Sehari kemudian iaitu pada 19 Julai 1983 pelajar yang berada pada Tingkatan 2 iaitu kemasukan 1982, pelajar perintis (xMRSMTaiping8286), mendaftar. xMRSMTaiping8286 sebelum itu ditempatkan sementara di MRSM Muar selama setahun. Pada 23 Julai 1983 pendaftaran pelajar Tingkatan 1 berlangsung. xMRSMTaiping8286 dan bekas pelajar MRSM Taiping 1983-87 dianggap sebagai perintis Generasi Pertama MRSM Taiping. [ Sejarah | Lagu MRSM | Sepintas Lalu ]
[ Sejarah | Lagu MRSM | Sepintas Lalu ] LAMAN xMRSMTaiping8286 SEPINTAS LALU Laman xMRSMTaiping8286 adalah laman web tidak rasmi bagi bekas pelajar MRSM Taiping (Pioneer Batch - Tahun Kemasukan 1982) dan antara lain bertujuan mengerat Silaturrahim ahli. Laman ini juga bertindak sebagai penyalur maklumat antara ahli selain Yahoo!Groups. Dalam ruangan Homeroom, ditempatkan senarai Homeroom dan pelajar dalam setiap Homeroom bersama e-mail dan kerjaya masing-masing. Tujuan ruangan tersebut adalah bagi menjejak kasih antara ahli, selain dapat bertukar pendapat dan berutus khabar berita serta mengadakan perbincangan berkenaan kerjaya. Dalam ruangan Aktiviti, ditempatkan sebarang aktiviti yang sedang dan akan dilangsungkan oleh penganjur beserta agenda, yang bertujuan untuk memaklumkan kepada ahli. Laporan kegiatan, berita bergambar, minit mesyuarat dan sebagainya dimuatkan di ruangan ini untuk tatapan dan makluman semua. Dalam ruangan Memori pula diselitkan cerita-cerita pengalaman ahli sepanjang tahun pengajian 1982 hingga 1986 di MRSM Taiping. Dalam tapak ini disediakan borang khas untuk sumbangan cerita dari ahli. Sumbangan bekas pelajar amat digalakkan bagi menghidupkan suasana laman web. Di ruangan Forum, ahli-ahli xMRSMTaiping8286 boleh berbincang berkenaan isu semasa atau sebarang masalah terkini. Semua ahli digalakkan untuk mengadakan sebarang bentuk perbincangan sebagai alternatif saluran Yahoo!Groups. [ Sejarah | Lagu MRSM | Sepintas Lalu ]
|
|
|
|