Malaysian Album in Okinawa


Kemudahan Asas
Halaman ini bertujuan memberi panduan bagi bakal pengunjung OIC. Seperti juga saya sebelum sampai di OIC, anda mungkin tertanya-tanya apa agaknya kemudahan yang ada di OIC ini. Apa yang perlu dibawa dan yang tak perlu dibawa. Semoga panduan berikut memudahkan anda 'packing' barang keperluan, dan juga 'set'kan minda anda terhadap apa yang akan ditemui dan dihadapi semasa menginap di OIC.

Bilik - Setiap orang diberi sebuah bilik berhawa dingin, lengkap dengan katil dengan satu biji bantal, meja tulis, rak buku, peti televisyen dan perakam video, almari 2 pintu, bilik air. Cadar ditukar 2 kali seminggu. Rating saya untuk bilik 4 star.
Komen tambahan - bilik air agak sempit bagi yang berbadan besar, tapi setakat nak mandi 5 - 10 minit memadai saiznya.

Laundry room - No problem nak cuci baju kotor. Mesin basuh dan mesin pengering disediakan. Semua automatik. So tak perlu bawa banyak baju. Kalau setakat jeans 2 helai memadai...kurangkan berat beg. Biar ringan masa pergi.... Iron boleh pinjam dari Front B. Gosok menggosok hanya dibenarkan di laundry room. Rating 5 star.
Komen: Kalau sayangkan baju, cuci tangan saje... sebab 3 kali pakai mesin basuh dan dryer boleh hilang 'seri' warna baju.

Bilik PC di Domitory - Dibuka 24 jam dan yang paling penting ada kemudahan Internet. Tak ada masalah untuk hubungi keluarga dan rakan taulan. Peak hours during weekend and after dinner every day. Rating 4 star
     Tambahan, pada masa ini (2003/2004) PC Room dibuka ditutup dari 12:00 tengah malam samapai 5:00 pagi .:siti:.
Komen: Agak sempit, sering berlanggar kerusi, tapi tetap bersyukur....

Scanner Machine - Disediakan semasa office hours di administration building. Bila dah ada Internet dan email, sudah pasti nak hantar gambar-gambar pada yang tersayang. Rating 5 star
     Tambahan, pada masa ini (2003/2004) scanner disediakan di PC Room dan bilik seminar. .:siti:.
Komen : No komen sebab dah cukup bagus tu...

Massage Chair - Yang ini pun ada disediakan percuma. Bagi menghilangkan rasa letih dan sengal-sengal badan bolehlah relax sambil menonton TV gergasi 28 inci. Letaknya di common room setiap floor. Rating 4 star
Komen :

Kemudahan aktiviti rekreasi dan sukan - Meja pingpong, snooker, bilik karaoke, bilik piano dan organ, gymnasium, padang tennis, padang bola, kolam renang boleh digunakan bagi yang berminat. Rating 4 star

-Norhayati

Telefon - terdapat disetiap bilik, jika ingin membuat panggilan bilik ke bilik tambah angka 4 di depan lepas tu diikuti nombor bilik. Kalau nak call Malaysia pun boleh beli ajer Lovecard dari vending machine tu lepas tu ikut ajer arahan dia...

Kad Phone - Masa sampai kita akan diberikan sekeping card phone KDDI, boleh lah call keluarga dekat Malaysia bagi tau dah selamat samapai...
Selain dari tu boleh juga dapatkan kad phone jenis top up

  • viva card - 54 minit untuk 2000 yen
  • brastel - 45 minit untuk 2000 yen

    Mobile Phone - tak perlu bawa buat berat beg ajer... teknologi celular phone di Malaysia agak ketinggalan jadi tak dapat ler nak digunakan di sini walaupun mempunyai kemudahan roaming.
    Tapi kalau nak jimat dan keluarga di Malaysia ada kemudahan internet boleh juga voice chat... bawa ajer headphone with mic, tak pun typing chat ajerlah...

    Fax machine - terdapat di public phone dekat Front B.

    CD & Video - boleh pinjam dari Font B.

    .:siti:.

  •  
    Bilik
    [Saiz sebenar...]
    bilik air
    [Saiz sebenar...]
    Laundry room
    [Saiz sebenar...]
    Meja pingpong
    [Saiz sebenar...]
    snooker
    [Saiz sebenar...]
    "ICHARIBA CHOUDEI"
    Once we met, we are as brothers
    update on