TESTIMONI KEJAYAAN

Salam sejahtera,
Saya Khairul Aza merupakan pengasas SMART Success Team pada bulan Mei 2005.
Saya menyertai Smart Naco pada bulan April 2005 setelah 2 orang penaja saya datang
ke rumah pada awal April. Hanya selepas 2 minggu mendaftar saya mula melihat perniagaan
Smart Naco dari perspektif "boleh buat".
Saya mula menaja pada hari pertama saya aktif dan "tool" utama saya adalah sekeping
VCD testimoni IGG Plus. Pada peringkat awal saya tak banyak bercakap tetapi hanya
menyerahkan VCD tersebut kepada bakal prospek untuk di tontoni. Lebih daripada 80%
prospek yang melihat VCD tersebut menjadi pelanggan ataupun pengedar.
Pada bulan Mei 2005, saya mula menggunakan internet untuk mendapatkan prospek
dan pelanggan. Hasilnya hingga kini saya masih mendapat prospek untuk di hubungi dan
perniagaan Smart Naco telah membolehkan saya untuk berhenti kerja dan melakukannya
secara sepenuh masa.
Selepas 3 bulan di dalam Smart Naco, bonus saya mencecah 5 angka. Syukur Alhamdullilah
semoga kejayaan akan berterusan.
Khairul Aza
Presiden Direktor

Bonus Bulan Ogos 2005 - Mula sertai Bulan April 2005

Bonus Bulan September 2005

Nama: Nik Nasrul 'Azan Nik Mohamad
Pada mulanya saya amat ragu-ragu apabila susu IgG-Plus diperkenalkan kepada saya…
apakah yang hebatnya tentang susu ini?
Syukur kepada Tuhan… hati saya terbuka untuk mencuba susu ini setelah menonton VCD
testimoni yang diberikan, untuk mengubati sakit saraf di bahagian kaki yang telah saya
alami selama 10 tahun akibat kemalangan jalanraya.
Saya rasakan bagai bermimpi apabila sakit saraf telah berkurangan dengan begitu ketara
sekali setelah saya meminumnya beberapa hari. Saya juga berasa bertenaga sekali.
Pada masa yang sama saya juga berbincang dengan kawan-kawan tentang susu ini dan
mereka juga menunjukkan minat yang sama. Memandangkan susu ini berpotensi tinggi
dan pelan pemasarannya yang tidak kurang juga hebatnya, saya mengambil keputusan
untuk membina perniagaan MLM dengan Smart Naco bermula pada bulan April 2005.
Saya bagaikan tidak percaya yang rangkaian saya berkembang dengan pesat dalam
hanya beberapa bulan sahaja... mulai pada bulan kedua pendapatan saya sudah
menjangkau 5 angka iaitu sudah 3 kali ganda melebihi gaji bulanan saya. Ramai
rakan-rakan saya yang turut serta juga mendapat pendapatan yang sama.
Ini adalah kerana keberkesanan produk yang hebat hanya dalam jangkamasa yang
singkat (1 hingga 4 minggu) di mana kadar kejayaan pesakit-pesakit kronik itu adalah
dalam lingkungan 50%-70% serta pelan pemasaran yang sungguh adil.
Jadi untuk anda mencipta pendapatan bulanan 4 atau 5 angka dalam masa beberapa
bulan adalah bukan satu perkara yang senang BUKAN lagi mustahil!!!
Nik Nasrul
Presiden Direktor

Bonus Bulan Ogos 2005

Saya bermula dengan seorang member yang selalu buat biz bersama menunjukan peluang
ini pada bulan May 05. Saya kalau beri peluang saya ambil saja. Dia kata susu Igg ni sangat
berkesan dan saya di suruh tengok VCD. Saya pun bersetuju dan balik saya tengok VCD
dan bagi kat wife saya yang sudah menderita sakit asma hampir lima tahun minum susu
igg plus.
Wife saya sudah mencuba pelbagai produk direct selling seperti Gamat, Gano, dan entah
apa lagi produk yang lain-lain... tapi kesan dia tak ketara, Wife saya akan diserang asma
seminggu dalam 2-3 kali juga. Bila kena asma saya terpaksa bawa pergi klinik dan kalau
teruk akan di masukkan gas (pam).
Kami pun dah lali, namun selepas wife saya minium susu ini, hari ke hari dan minggu
ke minggu serta bulan ke bulan, penyakitnya belum menyerang lagi dan ini telah memberikan
keyakinan pada saya akan kehebatan susu igg ini. Saya sangat bersyukur di atas nikmat
yang tuhan berikan ini.
Selepas itu member saya yang perkenalkan susu Igg ini menunjukkan cek dia untuk bulan
pertama sudah menjangkau 4 angka. Saya pun teruja dan terus buat walaupun tak faham
marketing plan sangat.
Bulan pertama saya dapat RM20. Selepas itu saya telah menduplikasikan SMART Success
Sistem dan bergerak secara online. Saya terus dan terus bergerak tanpa menoleh ke belakang
lagi, dan akhirnya bulan September saya menjadi PD dengan pendapatan hampir mencecah
5 angka. Sungguh tak di sangka ianya begitu cepat sekali.
Zulkifli Hassan
Presiden Direktor

Bonus Bulan September 2005

Bonus Bulan November 2005
Kita juga akan dapat mencapai pendapatan seperti mereka di atas sekiranya kita
mempunyai komitment yang kuat dan sanggup melakukannya seperti mana yang
mereka lakukan.
Apakah kita mahu seperti mereka atau sudah cukup selesa dengan apa yang ada
masa kini ? Pilihan ditangan anda !
PERINGATAN:
Pendapatan di atas adalah bukti kejayaan kepada ahli rangkaian yang aktif
dalam menjalankan perniagaan ini. Jika anda semata-mata inginkan pendapatan
tanpa bekerja ke arahnya ia bukan untuk anda. Kami tidak memberi sebarang
JAMINAN anda akan memperolehi pendapatan seperti di atas. Namun, jika anda
berusaha kearahnya ia adalah bukan satu perkara yang MUSTAHIL.
|