![]() |
![]() |
Berapakah jumlah bayaran untuk memperbaharui permit kerja pembantu rumah warga Indonesia ? Bilakah permit kerja perlu diperbaharui ? |
RM445.00
untuk memperbaharui permit kerja. Sebaik-baiknya permit hendaklah diperbaharui
sebulan sebelum tempoh permit berakhir.
|
|
|
|
![]() |
Bolehkah
majikan mendapat gantirugi sekiranya pembantu rumah lari / tidak mahu bekerja
sebelum tamat tempoh kontrak pekerjaan ?
|
Sekiranya
pembantu rumah tersebut lari / tidak mahu bekerja dalam tempoh 3 bulan
selepas pembantu rumah sampai di Malaysia atau dalam tempoh 3 bulan tersebut
majikan mendapati pembantu rumah tersebut gagal menjalankan tugas dengan
cekap atau majikan mendapati pembantu rumah tersebut tidak seuai bekerja
dengannya (majikan), maka Yayasan akan menggantikan pembantu rumah tersebut
dengan pembantu rumah lain tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.
|
|
|
|
![]() |
Sekiranya
isteri majikan tidak bekerja, bolehkah majikan (suami) mengambil pembantu
rumah ?
|
Tidak
boleh! Majikan yang isterinya tidak bekerja / suri rumah tangga tidak boleh
mengambil pembantu rumah untuk bekerja di rumahnya (majikan)
|
|
|
|
![]() |
Berapakah
pendapatan / gaji minimum majikan sekiranya beliau ingin menggaji seorang
pembantu rumah warga Indonesia?
|
Kombinasi
pendapatan majikan suami dan isteri hendaklah sekurang-kurangnya berjumlah
RM3000.00 sebulan untuk menggaji seorang pembantu rumah warga Indonesia
|
|
|
|
![]() |
Apakah
tanggungjawab asas majikan kepada pembantu rumahnya ?
|
Seorang
majikan hendaklah menyediakan tempat tinggal yang yang sesuai kepada pembantu
rumahnya. Sekiranya pembantu rumah tersebut berhenti, mohon berhenti, tamat
tempoh pas atau dibatalkan pasnya maka majikan bertanggungjawab untuk menghantar
pulang pembantu rumah tersebut. Majikan juga bertanggungjawab untuk
melaporkan kepada Jabatan Imegresen sekiranya pembantu rumah tersebut berhenti
/ diberhentikan kerja ataupun hilang dari tempat di mana pembantu rumah
sepatutnya bekerja. Sebarang tindakan majikan yang di luar belas kemanusiaan
terhadap pembantu rumah adalah dilarang sama sekali.
|
|
|
|
![]() |
Bolekah
majikan mengambil pembantu rumah untuk menjaga ibubapanya (majikan) yang
sakit walaupun majikan mempunyai isteri yang tidak bekerja?
|
Majikan
yang ingin mengambil pembantu rumah perlu mempunyai anak yang perlukan
perhatian ataupun ibubapa yang sakit. Sekiranya pembantu rumah diperlukan
untuk menjaga ibubapa yang sakit / uzur, surat sokongan dari doktor perubatan
yang bertauliah hendaklah dikemukakan semasa majikan menyerahkan permohonan
kepada Jabatan Imegresen.
|
|
|
|
![]() |
Di manakah
saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan pekerja asing ini?
|
Anda
dipersilakan untuk melawat laman web rasmi Jabatan Imegresen di alamat
http://imi.gov.my atau datang terus ke
Ibu Pejabat Jabatan Imegresen Malaysia di Aras 1-7, Blok I, Pusat Bandar
Damansara, 50550 Kuala Lumpur atau TEL: 03-2539181, 2545096, 2545108. No
Fax: 03-2562340
|
|
|
![]() |