Assalamualaikum w.r.b.,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah S.W.T. telah berfirman dalam Kitab-Nya, Al-Quran yang bermaksud; "Mereka tiadalah diperintahkan, melainkan supaya beribadah kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepada-Nya dan berkeadaan lurus serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, yang demikian itu adalah agama yang betul. "(Surah Al-Bayinah: 5)
"Melainkan orang-orang yang bertaubat, berbuat baik dan berpegang tegah kepada Allah serta mengikhlaskan agamanya kerana Allah. "(Surah An-Nisa': 146)
Saudara sekelian, Islam menyuruh umatnya supaya ikhlas dalam mengerjakan ibadah, sama ada ibadah umum ataupun ibadah khusus. Sifat ikhlas merupakan sifat yang terpuji dan wajib ada pada setiap muslim dan muslimah.
Ikhias bererti mengqasadkan (meniatkan) segala amal ibadah dan ketaatan serta semua perbuatan semata-mata kepada Allah Ta'ala, ditujukan kepada-Nya untuk mendekatkan diri dan memperolehi keredhaan. Niat itu bukan kerana tujuan-tujuan yang lain, seperti mengerjakan ketaatan kerana berpura-pura, menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, mengharapkan orang memuji-muji ataupun tamak untuk mendapat sesuatu pemberian.
Begitulah juga keadaan orang yang mukhlis, dia melakukan sesuatu itu hanya kepada Ailah jua. Dia tidak meminta pujian atau melakukan ibadah kerana disuruh. Dia hanya mengharapkan keredhaan dan keampunan dariNya. Orang yang benar-benar ikhlas itu suka menyembunyikan amal ibadah dan kebajikannya sehinggakan pada pandangan manusia biasa dia hanyalah seorang yang biasa sahaja, tetapi dia dipandang tinggi di sisi Ailah S.W.T dan makhluk yang lain.
Allah S.W.T. telah menetapkan syarat bagi sesiapa yang ingin menemuiNya di hari akhirat nanti menerusi firman-Nya berbunyi;
"Maka barang siapa yang menginginkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amalan soleh dan janganlah dla mensyirikkan (menyekutakan) sesuatu yang lain dalam beribadah kepada Allah S. W. T." (Surah Al-Kahf: 110)
Penyekutuan yang dimaksudkan dalam ayat tadi ialah mencampuradukkan niat itu dengan yang selain daripada Allah, sama ada niatnya itu dilihat seperti perkara biasa pada kebanyakan orang, misalannya seseorang itu berpuasa agar dapat menyihatkan tubuh badannya atau menjimatkan perbelanjaan dsb. di samping niatnya untuk mendekatkan diri (bertaqarrub) kepada Allah, ataupun dia berniat semata-mata untuk pujian orang (riya')
Ingatlah, sesuatu amal itu boleh dikeruhkan oleh yang lain. Apabila pengaruh yang menggalakkan kita berbuat sesuatu amalan itu adalah untuk bertaqarrub kepada Allah tetapi dicampur dengan dorongan hawa nafsu sehinga amalannya itu menjadi ringan dan mudah dikerjakan. Maka jelaslah amalan itu telah terkeluar dari had dan batasan ikhlas. Jika demikian maka orang yang mengerjakan amalan itu juga dikira sebagai tidak ikhlas terhadap Allah Ta'la dalam amalannya, kerana amalan itu disekutui oleh yang lain.
Dan bahaya yang paling besar ialah riya'. Sesungguhnya Rasululah S.AW. telah bersabda yang bermak sud "Sesunggahnya yang amat aku takuti dari segala perkara yang harus aku takuti ialah syirik kecil. para sahabat bertanya Apakah dia syirik kecil itu, wahai Rasulullah? Baginda menyawab: Iaitu riya '. Berfirman Allah S. W. T. di hari kiamat setelah sekelian hambaNya menerima laporan amalannya: Pergilah kamu sekelian kepada orang-orang yang kamu agung-agungkan mereka di dunia secara nya ' lihatlah adakah mereka menyimpan apa-apa balasan untuk kamu sekelian?! (Bahkan tidak sama sekali) ."
"Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan yang dilakukan dengan riya, meskipun riya'nya itu sekadar debu (sedikit) sahaya."
Allah juga telah memberi amaran kepada mereka yang riya' . FirmanNya;
"Maka celakalah bagi orang-orang bersembahyang, yang sentiasa lalai kepada sembahyangnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan minta dilihat orang." (Surah Al-Ma'un 4-6)
Oleh yang demikian, maka hendaklah seseorang hamba itu memeriksa dan memerhatikan dirinya dengan seteliti-telitinya agar amalan-amalan yang diusahakan itu benar-benar untuk mencari keradhaan Allah S.W.T. Kalau tidak amalan-amalan tersebut akan tergolong ke dalam kancah pengikut-pengikut syaitan yang melakukan sesuatu tanpa menyedari akibat yang dibuatnya. Wana'uzubillah minzalik.
Saudara pembaca yang budiman, marilah sama-sama kita membersihkan jiwa dan hati kita serta menjauhkan diri dari sifat riya'. Seboleh-bolehnya kita ikhlaskan niat kita semata-mata kerana Allah meminta keredhaan dan keampunanNya, serta kita berdoa agar kita dijauhi daripada golongan yang rugi. Sabda Rasululah S.AW. kepada Mua'az bin Jabal: "Ikhlaskan amalan itu, cukuplah walaupun sedikit "
Begitu juga nasihat Saidina Ali bin Abu Talib R.A, Jangan susah hati kerana amal yang sedikit, tetapi usahakanlah agar amal yang sedikit itu diterima Allah S.W.T.
Semoga kita dapat mengambil iktibar pada apa yang kita peroleh pada hari ini. Sekian Wasalam.
Pesanan Nab s.a.w. kepada saidina All r.a.
"Wahai Ali, kau amalkanlah perkcara-perkara berikut setiap malarn sebelum tidur."
1. Bacalah Al-Qur'an sekali maksudnya, dengan membaca sepenuh surah Al-lkhlas (Qulhuwallahuahad) sekali menyamai 1/3 daripada isi Al-Qur'an, maka bacalah 3 kali .
2. Dermalah 4000 dirham, maksudnya, membaca sepenuh surah Al-Fatihah bersamaan dengan menderma 1000 dirham, maka bacalah 4 kali.
3. Lawatilah Ka'abah maksudnya, membaca "Laailaaha illallahu wahdahhu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu yuhyil wa yumiitu wahuwa alla kuIli syai in qadir" sebanyak 10 kali bersamaan kita telah sampai ke Kaabah.
4. Memohon ampun kepada musuh-musun maksudnya, dengan membaca 'La haula wala quwata illa bil laahil aliyil ad him" 10 kali umpama kita memohon ampunan Allah akan kesalahan kepada musuh-musuh kita.
5. Jagalah tempatmu di akhirat maknanya, dengan membaca "Astaqfirullah huladhiim allaadzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih" 10 kali memadai dengan menjaga kita di syurga.
(H.R Bukharl dan Muslim)