Visi

SMSL EXCEL

Misi

SM Excel sebagai wadah membina Insan Pelajar yang menjiwai dan menjana kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme untuk memenuhi aspirasi negara demi tuntutan agama dan bangsa.

Falsafah

SM Excel adalah sebuah institusi pendidikan yang berusaha memperkembangkan potensi dan keterampilan individu ke arah kecemerlangan melalui usaha yang berterusan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu demi melahirkan anggota masyarakat yang beriltizam dan sedia berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Matlamat

1. Memberi pendidikan berkualiti dan kemudahan yang sempurna serta iklim persekolahan yang kondusif terutamanya kepada pelajar-pelajar bumiputera yang berpotensi dari luar bandar.
2. Memberi keseimbangan kecemerlangan dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani.
3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan melalui pendedahan hidup bermasyarakat.
4. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai keterampilan dan kemampanan sahsiah.
5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam pembinaan masyarakat Madani.
6. Membina insan kamil dengan kesepaduan ilmu , iman dan amal.
7. Memupuk rasa bangga dan cintakan tanahair dan sedia berbakti untuk agama , bangsa dan negara.
8. Menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman guna menghadapi cabaran selepas alam persekolahan.
9. Menyediakan guna tenaga profesional dan berdaya saing untuk memenuhi matlamat pembangunan negara.
10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi memenuhi aspirasi Wawasan 2020.