Laman ini juga menyediakan peluang menjadi operator ataupun ahli secara percuma sebagai Operator Percubaan selama sebulan dan jika mereka berminat untuk meneruskan sebagai ahli ataupun Operator Tetap, yuran yang PALING MURAH di alam siber di kenakan iaitu cuma RM45.00 untuk 6 bulan ataupun RM85.00 untuk setahun ataupun RM160.00 untuk 2 tahun. Operator-Operator Tetap ini akan mendapat kelebihan maksimum serta pelbagai kuasa istimewa agar dapat mengawal suasana Laman Sembang MH sentiasa tenang dan terkawal dari sembang yang tidak bermoral. Mereka akan dapat menyingkirkan keluar seseorang penyembang jika terdapat kata-kata kesat ataupun lucah yang digunakan dan ini akan mengakibatkan orang itu tidak dapat membuat sebarang perbuatan yang tidak bermoral di MH. Didalam mewujudkan masyarakat siber yang beretika serta berakhlak mulia, MH jua menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sesama pengguna seperti perjumpaan jalinan ukhwah, perkhemahan, aktitiviti kembara serta penjualan cenderahati berbentuk t-shirt, topi serta barangan cenderahati yang lain dimana pada setiap barangan ini akan tertera alamat website MH. Memandangkan kepelbagian profession warga MH ini, maka ada jua di kalangan warganya yang sudi membuat homepage khas buat laman MH ini yang akan dilancarkan tidak beberapa lama lagi. Antara keunikan MH lagi ialah walaupun pengguna berada di server MH namum setiap pengguna Malaysia khasnya dapat melihat dan bersembang di laman induknya yang berlainan server iaitu HeartChat dan dengan ini jua dapatlah mereka berinteraksi serta berkomunikasi dengan masyarakat antaranbangsa. Dengan kelajuan server MH yang laju dan memuaskan, semua pengguna telah dapat berkomuniikasi dengan keadaan selesa, tenang lagi ceria. Jika anda semua berkesempatan untuk melawat MH, sudikanlah melawatnya kerana anda mungkin akan terpersona apabila setiap kali anda memasuki MH anda akan diberi layanan mesra serta bantuan oleh operator MH yang mesra. Jika ingin mencuba silalah ke www.MalaysiaHeart.com dan jika ada pertanyaan ataupun perlukan bantuan mengenai MH anda boleh menghubungi Agent MH iaitu di email berikut TemanBicara@hotmail.com |