“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” [ Al-Baqarah:153 ] “Seseorang mukmin itu bukanlah orang yang suka menikam kehormatan orang lain, bukan suka melaknati atau suka mengucap kata-kata keji atau suka mencarut” [ Hadith Nabi SAW Riwayat Termidzi ] Sabar adalah cara untuk gembira (bahagia).Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (QS. 2:155) YaAllah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu....hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Amin Ya rabbal Alamin Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. [A'li-Imran:8] |
![]() |
RUANGAN TAZKIRAH |
![]() |
12 Sifat SAHABAT {petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali} 1) Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu 2) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu 3) Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu 4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik 5) Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu 6) Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya 7) Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya 8) Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu 9) Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu) 10) Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu 11) Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu 12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan |
DOA UNTUK KEKASIH Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .. Ya Allah.... Seandainya telah Engkau catatkan.... Dia milikku tercipta buatku.... Satukanlah hatinya dengan hatiku.... Titipkanlah kebahagiaan antara kami... Agar kemesraan itu abadi.... Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi.... Seiringkanlah kami melayari hidup ini.... Ke tepian yang sejahtera dan abadi.... Maka jodohkanlah kami.... Tetapi ya Allah.... Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku.... Bawalah dia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah dia dari ingatanku.... Dan peliharalah aku dari kekecewaan... Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti.... Berikanlah aku kekuatan.... Menolak bayangannya jauh ke dada langit.... Hilang bersama senja yang merah.... Agarku sentiasa tenang.... Walaupun tanpa bersama dengannya... Ya Allah yang tercinta... Pasrahkanlah aku dengan takdirMu... Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan.... Adalah yang terbaik untuk ku... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.... Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.... Ya Allah..... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.... Di dunia dan di akhirat.... Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini... Janganlah Engkau biarkan aku sendirian.... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman.... Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai.... Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.... Ya Allah..... Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat... Dan peliharalah kami dari azab api neraka.... AMIN...AMIN...AMIN.... Ya rabbal 'aalamiin... |
Text by TemanBicara / Developed by wartawan ( trex_trax@hotmail.com ) |
AL - QURAN : TEMAN DI DALAM KUBUR ````````````````````````````````````````````````````````` Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!". Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat". "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga" Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikankita restu dan hidayahnya.....AMIN |
Kunci Kebahagian Rumahtangga ``````````````````````````````````` Syurga rumahtangga itu fitrah hati naluri yang pinta diisi, kerananya jejaka rela jadi suami, kerannya perawan rela jadi isteri, masing2 dgn harapan agar rumahtangga membawa kebahagian. Matlamat yang satu tapi jalan berliku, destinasi yang sama kaedah berbeza, lalu bermacam-macamlah jalan ke sana. Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta, diukir dari intan permata ( Gah, suaminya seorang jutawan) Tak kurang yang merasakan bahagia itu pada rupa .... ditempa oleh wajah rupawan ( Wah , isteriku seorang jelitawan) Sesetengahnya berkeyakinan bahagia itu pada nama ..dibaja gelar glamour (Aah..isteriku seorang celebrity) Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa..dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wow..suamiku seorang negarawan) Pelbagai jalan menimbul dilemma..mencari yang benar mempelai tersasar...kalaulah bahagia itu pada harta...kalaulah bahagia itu pada nama..kalaulah bahagia itu pada rupa.. kalaulah bahagia itu pada kuasa....Kenapa Charles dan Diana berpisah ? (seorang putera dan seorang puteri) Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah ? (seorang seniman dan seniwati) ..Kenapa Onasis dan Jackie bertelagah ? (seorang jutawan seorang celebrity) Bahagia itu dari dalam diri ..kesannya zahir rupanya maknawi ..terpendam bagai permata di dasar hati ..terbenam bagai mutiara di salut nurani... Bahagia itu pada HATI..bertahta di kerajaan diri..Bahagia itu pada JIWA ..mahkota di singgahsana rasa...Bahagia itu KESABARAN... bila susah tak gelisah...bila miskin tak pemarah..bila sakit tak gundah...bila gagal tak resah..Oh ..suamiku ..Innalillah. Bahagia itu KESYUKURAN ...bila kaya pemurah...bila berkuasa amanah..bila berjaya tak alpa..Oh isteriku ..Alhamdulillaah. Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN..bila hati mengingati Tuhan ..Mafhum Firman Allah SWT: "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati" Suami isteri sama2 mengerti maksud terseni takdir Ilahi ...itulah zikir yang hakiki ! Binalah rumahtangga atas tapak iman..tuluskanlah niat luruskan matlamat.."Suamiku..kaulah pemimpin menuju Ilahi"... "Isterku, kaulah permaisuri hati...penyeri Islamku nanti," Muktamadlah aqad sahlah nikah..dengan nama Allah ..gerbang perkahwinan pun terserlah.. Di atas tapak iman, dirikanlah hukum Tuhan..iman itu tujuan, syariat itu jalan...tempat mencari semua penyelesaian. "Isteriku, taatlah hukum Allah" .."Suamiku, patuhlah sunnah Rasulullah SAW Binalah hidup di neraca makruf...rumah jadi sambungan madrasah..serinya kerana solat..indahnya oleh munajat. Tapaknya..iman..jalannya syariat..natijahnya akhlak..tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga.. dan terciptalah "setia dan penyayang suami, cinta dah kasih isteri" ... Lalu berbuahlah ..'mahmudah demi mahmudah' yang melahirkan soleh dan solehah .. |
![]() |
HOME / INTRO / KELUARGA_MHDotCom / AKTIVITI / PENGHARGAAN |
Jika Anda Ingin Memberi Kisah @ Tazkirah Untuk Renungan Bersama Sila emailkan ke ( WARTAWAN di trex_trax@hotmail.com ) |