PENGHARGAAN/COMPLIMENTS

MalaysiaHeart ingin merakamkan ucapan penghargaan ribuan Terima Kasih buat semua pihak yang telah sama-sama turut serta dalam menjayakan, menghidupkan serta memeriahkan lagi keceriaan di room MalaysiaHeart. Semoga segala pengorbanan dan kerjasama serta inisiatif anda semua mendapat memberi manfaat buat semua keluarga MalaysiaHeart dan hanya Allah SWT sahaja yang layak membalas setiap kebaikan anda semua itu.

JACK

First of all,  our compliments is specially dedicated to our kind and generous Admin of
HeartChat who has been sacrificed to brings up all the system and script in our beloved MalaysiaHeart chatroom. Though we are sepereted in different country, yet we can always meet and communicate in this chat room of yours and for that WE SALUTE and APPRECIATED for what you has done to all of the MalaysiaHeart family members and all Malaysian chatters . Your special touch in making the chat script in MalaysiaHeart as the most advanced and fantastic with full animation is really marvelous and trumendous arts of highly skilled chatroom Programmer/Admin. Millions of thanks for your kindness and sacrificed in making the MalaysiaHeart alive though you are not getting any profit of doing this. May we can become a happy family within the chatters from Arabian in HeartChat and the Malaysian chatters in MalaysiaHeart.
“ WHO DARES WIN “

WARTAWAN
Penghargaan yang tidak terhingga jua khas buatmu sahabat dalam membantu membina homepage rasmi MH serta mempromosi MH dalam chat line lain amat dihargai dan disanjung tinggi. InsyaAllah akan dikenang dan diingati oleh seluruh keluarga MalaysiaHeart sepanjang hayat. Terima kasih khusus buatmu dan semoga kita masing-masing dapat bertemu di suatu hari nan berbahagia nanti dan disamping bertemu selalu di MalaysiaHeart.
“ BE YET WISER “

WARGA OPERATOR

Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan komitmen seluruh keluarga
operator MH dalam menjadikan chatroom MalaysiaHeart sebagai suatu wadah pertemuan para chatters di alam cyber yang indah dan harmoni dapat tercapai. InsyaAllah, hasil komitment anda semua untuk berkorban wang ringgit sebagai yuran operator untuk menampung pembayaran sewaan server dan sebagainya serta curahan tenaga, masa dan kesabaran dalam memastikan room MH sentiasa tenang dan harmoni amat dihargai sepenuhnya. Anda semua ibarat nadi kepada MalaysiaHeart,  jika tanpa sokongan dan pergorbanan tersebut, maka tiadalah dapat Admin MH dalam meneneruskan kesinambungan hayat server dan domain chatroom MalaysiaHeart milik kita bersama semua ini. Harap dapat terus bersama dan membantu dalam memastikan server/domain MH ke akhir hayat.
“ WE
DARES WE WIN

RAKAN-RAKAN LAMA MC
Tahniah dan syabas diucapkan khas buat rakan-rakan lama
Malaysian Chattters seperti ZaSaRa, pontos, Azrie , EryN , MissWiwin, DirtyFingers, 4KUJ4H4T, JaDe, KUtu, SueSayang, Lynnx, MissFiction serta semua rakan-rakan lama MC yang lain atas inisiatif dan dayausaha kalian dalam membawa kembali penyatuan chatters lama MC menjadi satu keluarga yang besar iaitu MalaysiaHeart. Semoga usaha nan murni ini dapat diteruskan lagi dan InsyaAllah, sama-samalah kita menjayakan MalaysiaHeart sebagai chat room amanah bersama kita sebagai yang terunggul di alam cyber Malaysia.
“ NO
GUTS NO GLORY

PARA CHATTERS MH
Dengan kehadiran anda semua maka bertambah seri dan ceria chatroom
MalaysiaHeart dengan celoteh gurauan. Terima kasih atas sokongan dan kesudian anda semua memilih room MalaysiaHeart sebagai saluran chat ceria anda. InsyaAllah, segala keceriaan dan kemeriahan hatta havoc sekalipun yang anda lakukan, MalaysiaHeart tetap terima anda seadanya. jika Admin ibarat mastermind, operator pula ibarat nadi maka anda semua chatters setia MH ibarat tulang belakang yang mendokong MalaysiaHeart supaya tetap berdiri tegap dan unggul seperti ini.
UNITED WE FLY
This page is purely developed by wartawan. ( trex_trax@hotmail.com )
HOME / INTRO / FAMILI_MHDotCom / TAZKIRAH