- Kata
Penguat
-
- 1. Kata Penguat ialah
perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
- 2. Kata penguat boleh
hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
- Contoh
Paling |
Agak |
Sungguh |
Amat |
Terlalu |
Nian |
Benar |
Paling |
- 3. Kata penguat seperti
agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
- 4. Kata penguat seperti
sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
- 5. Kata penguat seperti
sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
- Contoh
- 1. Murid yang paling
pintar di sekolah ialah Latipah.
- 2. Pemandangan di tepi
pantai itu sungguh indah.
- 3. Suhu di kawasan kutup
amat sejuk.
- 4. Kereta api itu sangat
laju.
- 5. Kereta itu laju
sangat.
- Kata Penegas
- Kata penegas ialah kata yang
digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam
ayat.
- Contoh
-kah |
-lah |
-tah |
jua |
Juga |
Sahaja |
Hanya |
Memang |
Lagi |
pun |
|
|
- Contoh
- 1. Itulah rumah saya.
- 2. Pernahkah awak makan
sup daging arnab.
- 3. Apatah dayaku untuk
menolongnya.
- 4. Kucing itu dibawa juga
ke rumah neneknya.
- 5. Hanya Kamal yang belum
membayar yuran.
- 6. Dia seorang sahaja
yang berbaju Melayu.
- Kata Nafi
- 1. Kata nafi ialah
perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
- 2. Terdapat dua kata
nafi, iaitu bukan dan tidak.
- 3. Kata nafi bukan
digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
- Contoh
- a) Lelaki yang berbaju
merah itu bukan ayah saya.
- b) Baju ini bukan untuk
Suzi, tetapi untuk adik saya.
- 4. Kata nafi tidak
digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
- Contoh
- a) Melepak di pusat
membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
- b) Sungai di belakang
rumah saya tidak dalam sangat.
- 5. Kata nafi bukan boleh
hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
- Contoh
- a) Budak itu bukan pandai
sangat tetapi dia rajin belajar.
- b) Anjing itu bukan
garang tetapi suka bermanja.
- Kata Pemeri
- 1. Kata Pemeri ialah
perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
- 2. Terdapat dua kata
pemeri, iaitu ialah dan adalah.
- 3. Kata pemeri ialah
diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
- 4. Kata pemeri adalah
diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
- Contoh
- a) Perempuan yang
berambut panjang itu ialah kakak saya.
- b) Hariza adalah antara
pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
- c) Tarikh tutup
peraduan itu adalah pada hari Isnin.
-
-