Isteri yang solehah itu
selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat
sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah
bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya. Pada dasarnya kewajipan isteri
solehah itu ialah:
1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh
Rumahtangga bahagia sebenarnya
terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul
serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah
yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta
memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana
Allah telah memelihara mereka…”
(Surah An-Nisa’:34)
Isteri yang solehah itu
di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam,
ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah
mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis
terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya
terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya
dikerjakan dengan patuh kerana Allah.
Isteri yang baik apabila
berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan
. Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan
suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan
isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami
boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.
Rasululllah bersabda, “Jika
diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita
sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas
wanita”
2. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh
oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana
sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam
diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah
Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik
anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri
dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun
ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian
keluarga.
3.Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran
wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias
diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan
tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam
menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika
di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja
dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta
pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan
dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya
terhadap isteri.
menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW:
“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di
dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk
ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah,
iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat
bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah
lama telah ditinggalkan suaminya.”
(HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi
menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada
di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk
suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan
berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
4. Melayani suami
Hubungan seks merupakan penawar
kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga.
Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami
dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak
kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan
tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit,
atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan
seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.
5. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya
merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang
berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja,
kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.
Allah SWT berfirman, ertinya:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk
menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa
itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda
kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(Surah Al-A’raar:26)
Jilbab merupakan satu fesyen
pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita
di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan
tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat
membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar
dari golongan munafik.
Firman Allah yang
bermaksud:
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka
ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk
dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi
Maha Penyayang.”
(Surah Al-Ahzab:59)
6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah
isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat
dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu
diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk
mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya
dan hiburkanlah hatinya .
Isteri teladan disamping
ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber
ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri
dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri
solehah yang lain ialah:
-
Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar
perintah Allah.
-
Bersikap malu terhadap suami.
-
Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia
selesai berbicara.
-
Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
-
Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
-
Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
-
Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
-
Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
-
Sentiasa menghormati keluarga suami .
-
Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
-
Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
-
Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.