T i p s Mutiara Kata.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat." "Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong." "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan." "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu." "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun bila-bila masa ia akan pecah." "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan." "Memberi sedikit dengan ikhlas lebih mulia daripada memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak." "Harta akan habis digunakan tanpa ilmu sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan." "Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran, jikalaupun kamu tidak terkena jelaganya, sudah pasti akan terkena asapnya." "Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah." "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-sinar, tetapi tidak dapat melihat apa-apa." "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan, teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup." "Hadiah terbaik: kepada kawan - kesetiaan kepada musuh - kemaafan kepada ketua - khidmat kepada yang muda - contoh terbaik kepada yang tua - hargai budi dan kesetiaan kepada pasangan - cinta & ketaatan kepada manusia - kebebasan." "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan." "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, jamganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain." "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita seringkali ingat apa yang orang lain ada." "Rahsia kajayaan hidup adalah persediaan manusia menyambut kesempatan yang menjelma." "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul." "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecermerlangan."
t o p
h o m e
|
| | |