1. 2 & 3 mac 1996 -- menulis dan membentangkan kertas kerja SASTERAWAN NEGARA: Cabaran terhadap Penulis Wanita di Seminar Perdana anjuran Persatuan Bahasa Melayu Universiti Sains Malaysia.
2. 8 & 9 Jun 1996 -- menulis dan membetangkan kertas kerja PENGALAMAN MENGANGKAT TOKOH SEJARAH KE DALAM BENTUK KREATIF di Simposium Penulisan Novel Sejarah Islam, Peraduan Anugerah Sastera Darul Iman IV (ASDI IV) Anjuran Persatuan Penulis Terengganu (PELITA)/GAPENA dan Kerajaan Negeri Terenganu.
3. Pada 17 Oktober 1998 -- menulis dan membentang kertas kerja dalam majlis bicara karya kumpulan cerpen Pagar Bukan Penjara karya Hamzah Husin, anjuran Bahagian Kritikan DBP. Judul kertas kerja Pemikiran Tajam/Humor Hamzah Husin dalam PAGAR BUKAN PENJARA
4. 23 - 25 November 1998 -- di Hotel Seri Malaysia Genting Highland, Pahang menulis/membentang kertas kerja berjudul Kritikan Sastera: Penumpulan dan Penajaman Bakat dalam Perhimpunan Penulis Generasi Baru,
5. 17 - 21 April 1999 -- menulis/membentangkan kertas kerja di Perhimpunan Sasterawan Nusantara 10 + Perhimpunan Sasterawan Malaysia 1 di hotel Hyatt Regency Johor Bahru dengan judul Menyisip Ilmu Bantu Dalam Cerpen Suatu Pengalaman Peribadi.
6. 18 April 2000 -- memberi
ceramah sastera di Institut National des Langues et Civilisation Orientales
(INALCO) ATAU Institut Bahasa dan Kebudayaan Timur bertempat di Universite
Paris Dauphine dengan kertas kerja berjudul : Pengarang Wanita, Perkembangan,
Tema dan Pencapaian.