WebQuest Learning as Percieved by Higher-Education Learners

 

Oleh Robert Zhang, Bradd Stucky, Matt Mc Alack, Mike Menchana and Sue Stoddart

Tech Trends: Linking Research and Practicing to Improve Learning

July/ August 2005, Vol 49 Issue 4, p41-49

 

            WebQuest  merupakan satu pendekatan inkuiri yang kini mendapat tempat di hati pendidik. WebQuest juga telah diintegrasikan ke dalam kurikulum K-12 dan pendidikan tinggi (Dutt-Doner, Wilmer, Stevens, & Hartmann, 2000; Pohan & Mathison, 1998). Ia dianggap satu pendekatan yang efektif untuk mengorganisasikan limpahan maklumat pelbagai di internet dan membantu pelajar untuk mendapatkan pengetahuan baru dalam situasi pembelajaran yang dibimbing.

            Walau pun WebQuest telah digunapakai di sekolah dan universiti, fungsi dan prinsip di sebaliknya seringkali disalahanggap. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan konstruk WebQuest diikuti oleh laporan kajian dengan meneliti isu-isu yang telah wujud berkaitan dengan pembelajaran WebQuest. Implikasi penggunaan WebQuest ke atas pengajaran dan pembelajaran akan dibuat di samping cadangan untuk kajian masa hadapan.

            Konstruk WebQuest terdiri daripada empat perkara iaitu pemikiran kritis (critical thinking), penggunaan pengetahuan (knowledge application), kemahiran sosial (social skills) dan pembelajaran berbantu (scaffolded learning). Jantina turut merupakan satu isu dalam persepsi pelajar terhadap WebQuest selain daripada pengalaman.

            Kajian ini menggunakan empat soalan sebagai asas iaitu apakah faktor kritikal yang perlu ada dalam pembelajaran menggunakan WebQuest menurut persepsi pelajar, adakah terdapat sebarang perbezaan di antara konstruk teori dan faktor yang dikenalpasti dalam kajian ini, adakah terdapat perbezaan jantina dalam persepsi pelajar terhadap pembelajaran WebQuest dan soalan terakhir adakah terdapat hubungan di antara pengalaman dan persepsi dalam konteks pembelajaran WebQuest.

            Kajian ini dijalankan ke atas 122 pelajar perempuan dan 85 orang pelajar lelaki dari beberapa kolej dan universiti.

            Persoalan kajian pertama cuba mengenalpasti faktor-faktor penting dalam pembelajaran WebQuest mengikut persepsi pelajar. Persoalan kajian kedua pula cuba mengkaji jika terdapat perbezaan di antara kontruk sedia ada dengan konstruk dari factor analisis. Kajian ini mendapati bahawa konstruk dari faktor analisis adalah berbeza daripada konstruk yang dinyatakan dalam kajian kepustakaan. Dapatan pertama menunjukkan bahawa konstruk dari faktor analisis hanyalah terbahagi tiga iaitu penyelsesaian masalah secara konstruktivis (constructivist problem solving), interaksi sosial (social interaction) dan pembelajaran berbantu (scaffolded leraning).

            Dapatan kajian bagi persoalan kajian ketiga mendapati bahawa terdapat perbezaan dari segi jantina terhadap persepsi pembelajaran WebQuest. Dapatan kajian bagi persoalan keempat pula mendapati tiada hubungkait antara pengalaman dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran WebQuest.

            Kesimpulannya, kajian ini memberi ruang kepada pembangun-pembangun WebQuest untuk menilai konstruk yang sesuai ketika membangunkan sesuatu WebQuest yang bersesuaian dengan pelajar.       

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Web-Based Learning : How Task Sacffolding and Web Site Design Support Knowledge Acquisition

Oleh S.Kim Mac Gregor dan Yiping Lou (Louisiana State University)

Journal of Research on Technology in Education, Winter 2004, Volume 37 Issue 2 p 161-175

Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih tentang bagaimana keberkesanan pedagogi dalam WebQuests dapat dijana dan bagaimana pelajar berkomunikasi dengan kepelbagaian cirri-ciri dalam memberi informasi yang ditawarkan oleh laman web. Projek kajian ini memberi fokus kepada konsep ‘scaffold’ dalam bentuk templat peta konsep dalam membimbing pelajar dan cirri-ciri rekabentuk laman web yang digunakan oleh pelajar dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan untuk melengkapkan tugasan mereka dalam WebQuest.

 

Kajian dijalankan ke atas dua kelas gred lima iaitu seramai 26 pelajar di setiap kelas dan diajar oleh guru yang sama. Objektifnya adalah untuk mencari kesan-kesan melengkapkan pelajar dengan templat peta konsep  apabila pelajar menghasilkan persembahan multimedia, bagaimana persepsi pelajar terhadap kegunaan laman web yang diakses dan kaitan di antara prosedur tugasan, sumber-sumber dan pencapaian pelajar.

 

Data daripada kajian ini dianalisa menggunakan strategi kuantitatif dan kualitatif. Untuk melihat jika melengkapkan pelajar dengan peta konsep ‘scaffolding’ untuk mengorganisasikan pengetahuan baru mempengaruhi pembelajaran mereka, satu perbandingan di antara pelajar yang menggunakan ‘scaffold’ dan pelajar yang tidak menggunakan ‘scaffold’ telah dibuat. Setelah dibuat ujian t-test, didapati tiada perbezaan  yang signifikan

 

Dari segi ciri-ciri yang ditampilkan dalam rekabentuk laman web, ramai pelajar mendapati bahawa mereka mempunyai masalah dengan stail penulisan, bagaimana teks dipaparkan dan pemahaman tentang apa yang ditulis. Didapati bahawa pelajar tidak menyukai menu di laman web utama yang disertai dengan pautan. Ciri-ciri multimedia dan warna yang digunakan adalah digemari pelajar. Laman web yang mempunyai jumlah pelawat yang tinggi mempunyai skrin paparan di mana maklumat disusun dengan teratur dan mudah difahami, mempunyai menu yang ringkas, grafik dan cirri-ciri multimedia seperti video dan audio.

Rekabentuk laman web mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar dalam ujian mengingat semula apa yang dipelajari. Terdapat juga kolerasi yang signifikan di antara pembelajaran yang dibimbing dengan pencapaian dalam ujian yang dijalankan. Oleh itu, didapati bahawa pembelajaran yang dibimbing dan ciri-ciri visual menyokong pembelajaran pelajar dalam menggunakan laman web. Persembahan multimedia pelajar yang mempunyai kualiti yang tinggi mempunyai kolerasi dengan ciri-ciri multimedia sesuatu laman web dan kejelasan isi kandungan yang dilawat mereka.

Kesimpulannya, WebQuest merupakan pembelajaran inkuiri yang menawarkan penggunaan teknnologi yang lebih tinggi. Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa konsep ‘scaffold’ dalam bentuk pembelajaran yang dibimbing dan templat peta konsep membantu pelajar. Kajian ini juga mendapati bahawa adalah penting bagi guru-guru peka dengan ciri rekabentuk laman web dan memahami bagaimana ciri rekabentuk ini membantu pelajar dalam menacapai objektif pembelajaran.