Ustaz Haji Mohd Zainul Arifien b Mohd Jaid. Dilahirkan
di Daerah Hilir Perak pada hari Rabu jam 10.00 malam tanggal 17.03.1964.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian) dalam
bidang Pengajian Arab dan Tamaddun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bertugas sebagai Penolong Pengarah
di Bahagian
Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Putrajaya. Sekarang sedang bercuti melanjutkan pelajaran
di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Isteri beliau Hajjah Rashidah bt. Dato' Hj. Ambak. Beliau berasal dari Kuala
Terengganu. Berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Sains (Kepujian) dalam Bidang Dietetik
Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini beliau bertugas di Hospital Ampang sebagai Pegawai
Dietetik.
Dikurniakan enam orang cahaya mata. Syifa' Izzati, Mohd Zul Azam,
Adibah Huda, Anis Nabilah, Ameerul Adib dan Sofea Syahida.
Sekarang menetap di No. 8, Jalan
Damai Puspa 9, Alam Damai, Cheras, 56000 Kuala Lumpur. Tel : 012-4218590 /
03-91057011 |