TUGASAN 1
Pembangunan Perisian PPBK Mengenal Komponen Dan Penyambungan
Peranti Pada Papan Induk
Latar Belakang Kajian
Dalam kurikulum Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik selain daripada menitik beratkan topik-topik yang berkaitan dengan asas kejuruteraan, literasi komputer juga turut diberikan perhatian di mana topik ini akan dipelajari semasa pelajar berada di tingkatan empat.
Dalam konteks ini, literasi komputer yang dipelajari lebih menumpukan kepada pembelajaran tentang komputer. Pengetahuan yang didedahkan kepada pelajar adalah mengenai struktur dan fungsi komponen-komponen sistem komputer secara terperinci. Di antaranya adalah mengenali komponen-komponen dan bahagian-bahagian yang terdapat pada papan induk (mainboard/motherboard) seperti slot pengembangan, soket SIMM, soket DIMM, soket CPU, penyambung IDE, penyambung FDC, BIOS, penyambung bekalan voltan dan seterus menyambung peranti-peranti sokongan seperti pemacu cakera liut (FDD), cakera keras (HDD), pemacu CD-ROM, papan kekunci, tetikus, monitor dan unit bekalan kuasa kepada terminal atau soket yang terdapat pada papan induk supaya menghasilkan suatu sistem komputer yang lengkap.
Dalam menyampaikan topik ini, proses pengajaran dan pembelajaran yang biasa dilakukan oleh guru kepada pelajar adalah penyampaian secara kuliah yang bersifat teori sahaja disamping menggunakan buku teks Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan Empat yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rujukan. Selain dari itu bahan bantu mengajar juga digunakan semasa aktiviti pengajaran seperti gambar-gambar yang berkaitan dan bahan sebenar. Aktiviti praktik pemasangan perkakasan komputer tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan kelengkapan dan peruntukan waktu yang terbatas disamping bilangan pelajar yang ramai berjumlah 40 orang setiap kelas. Situasi ini menyebabkan pembelajaran topik ini kurang menarik, kemahiran dalam menyambung perkakasan tidak diperoleh dan mendatangkan kebosanan di kalangan kebanyakkan pelajar.
Penilaian terhadap keberkesanan topik ini dibuat oleh guru secara formatif pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran di mana soalan-soalan akan dikemukakan kepada pelajar atau kuiz ringkas akan diberi berdasarkan kandungan sesuatu pengajaran. Penilian secara sumatif juga turut dibuat pada ujian bulanan dan peperiksaan penggal. Walaupun usaha telah dijalankan, kefahaman pelajar terhadap topik ini masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.
Kekuatan Sistem Sekarang
Dalam pengajaran dan pembelajaran literasi komputer ini terdapat beberapa kelebihannya seperti berkut:
yang erdapat di dalam sesuatu sistem komputer seterusnya penjelasan yang disampaikan
oleh guru mengenai fungsi dan kendalian setiap perkakasan pelajar dapat memahami peranan
setiap perkakasan dalam sistem komputer.
cepat iaitu secara mengajukan soalan dari masa kesemasa dalam waktu pengajaran dan
sekiranya soalan yang dikemukakan tidak dapat dijawab menunjukkan pelajar tidak memahami
isi pengajaran maka guru boleh menukar kaedah dan strategi pengajaran.
memudahkan kefahaman pelajar dan penilaian boleh dibuat sepanjang penyampaian sub-sub
topik tersebut kerana ianya berkaitan antara satu sama lain.
mengemukakan sebarang pertanyaan secara langsung kepada guru yang mengajar. Ini
bermakna berlakunya interaksi di antara guru dengan pelajar secara langsung. Situasi ini
dapat merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar dan guru dapat membantu
pelajar dengan berkesan.
laksanakan. Di mana setiap kumpulan pelajar diberikan satu sub topik yang berkaitan dengan
isi pengajaran dan setiap kumpulan perlu mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai
sub topik yang diberikan dan seterusnya mempersembahkan secara lisan di dalam kelas.
Secara tidak langsung dapat memupuk semangat bekerja sama dan saling bantu membantu
di kalangan pelajar.
Kelemahan Sistem Sekarang
Selain dari kelebihan yang ada di dalam sistem sekarang terdapat juga beberapa kekurangan dan
kelemahannya di antaranya adalah:
yang disampaikan kerana masa pengajaran hanya dua waktu (80 min.) dan bilangan pelajar yang
ramai iaitu 40 orang setiap kelas. Setiap sub topik mempunyai skop yang luas sukar diperjelaskan
secara terperinci dalam masa yang diperuntukkan.
yang dibekalkan. Oleh itu guru hanya mengambil pendekatan menunjukkan sahaja perkasasan dari
komputer yang lama dan ini tidak mendedahkan kepada pelajar teknologi sistem komputer yang
terkini. Pengetahuan dalam pemasangan perkakasan tidak diperolehi oleh pelajar.
sebagai bahan bantu mengajar. Situasi ini menyebabkan pelajar kurang minat terhadap topik ini
kerana tiada daya tarikan.
dapat menjawab soalan yang dikemukakan kerana pelajar boleh menghafal teori-teori yang
berkaitan tetapi ia tidak menggambarkan penguasaan menyeluruh terhadap topik ini kerana ia
merangkumi kefahaman dari segi teori dan aktiviti praktik.
Persoalan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah yang terdapat dalam sistem sekarang seperti
berikut:
serta menarik minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan. Dapatkah perisian
PPBK membantu pelajar mengenal komponen-komponen dan jenis-jenis slot yang terdapat
pada papan induk.
dalam sistem sekarang terutamanya menyambung peranti sokongan kepada papan induk.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
sebagai bahan bantu mengajar kepada guru supaya apabila digunakan pembelajaran lebih
menarik dan menimbulkan minat di kalangan pelajar.
dapat digunakan oleh pelajar tanpa terikat dengan keterbatasan masa secara berkesan.
supaya dapat menjadi alternatif kepada aktiviti praktik.
dapat digunakan oleh pelajar sebagai bahan yang dapat membantu semasa ulangkaji topik ini
dibuat.
Ancaman Dan Batasan Kajian
Pembinaan perisian PPBK Mengenal Komponen Dan Penyambungan Peranti Pada Papan Induk ini ada
batasanya iaitu:
yang betul tetapi kemahiran yang sebenar tidak dapat kuasai oleh pelajar.
soket 7 sahaja.
Kesimpulan
Adalah diharapkan pembinaan perisian PPBK Mengenal Komponen Dan Penyambungan Peranti Pada
Papan Induk ini menjadi alternatif terhadap aktiviti praktik di kalangan pelajar yang dapat digunakan pada
bila-bila masa. Walaupun pelajar tidak terdedah kepada kemahiran sebenar sekurang-kurangnya pelajar
sudah ada gambaran dan pengetahuan yang berguna.