Tugasan 2 GE6663: Spesifikasi Keperluan Sistem

 

Pembangunan Perisian PPBK Mengenal Komponen Dan

Penyambungan Peranti Pada Papan Induk

 

Pengenalan

Penggunaan komputer bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu bidang yang baru juga dalam konteks di Malaysia. Pelbagai usaha dijalankan oleh banyak pihak ke arah merealisasikan program komputer dalam pendidikan. Budaya pembangunan perisian berbentuk pendidikan dalam konteks Malaysia masih lagi berada pada tahap yang agak rendah dibandingkan dengan perkembangan pesat teknologi perkakasannya.

PPBK adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimanfatkan bersama oleh guru dan pelajar. Untuk menghasilkan suatu perisian PPBK yang berkualiti dan bersesuaian dengan pendidikan beberapa fasa dalam proses pembangunannya perlulah dilalui terlebih dahulu.

 

Matlamat Perisian PPBK

Matlamat perisian PPBK ini adalah bagi membolehkan pelajar memahami penyambungan kabel dari peranti sokongan kepada soket yang berkaitan pada papan induk yang terdapat dalam sistem komputer mikro.

Objektif Perisian PPBK

Setelah perisian PPBK ini digunakan, pada akhir pembelajaran pelajar atau pengguna akan dapat:

a. Mengenal komponen-komponen yang terdapat pada papan induk.

b. Mengenal jenis-jenis slot dan soket yang terdapat pada papan induk.

c. Mengenal jenis-jenis kabel penyambung peranti sokongan kepada
     papan induk.

d. Kaedah menyambung kabel peranti sokongan kepada soket yang
    berkaitan di papan
induk.

 

Kumpulan Sasaran Perisian PPBK

Kumpulan sasaran utama perisian PPBK ini adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 4 aliran Kejuruteraan Elektrik di Sekolah Menengah Teknik yang akan mempelajari topik Pengenalan Kepada Komputer. Selain dari itu perisian PPBK ini juga boleh digunakan oleh pelajar tingkatan 5 aliran Kejuruteraan Elektrik untuk mengulangkaji pelajaran. Para guru juga boleh memunafaatkan perisian PPBK ini sebagai bahan bantu bagi menambahkan lagi variasi di dalam pengajaran di samping dapat menjadikan pengajaran guru lebih menarik.

 

Komponen Kemahiran Berfikir (KBKK)

Selain penyampaian isi pengajaran yang telah ditentukan unsur kemahiran berfikir (KBKK) adalah merupakan komponen penting yang perlu diterapkan kepada pelajar. Komponen kemahiran berfikir yang diterapkan dalam perisian PPBK ini adalah selari dengan komponen kemahiran berfikir yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Di antaranya adalah:

  1. Membanding dan membeza:
  2. Melibatkan keupayaan mengesan pelbagai bentuk persamaan dan perbezaan di antara dua atau lebih objek, perkara dan sebagainya.

  3. Menilai:
  4. Melibatkan membuat penilaian terhadap sesuatu perkara dari segi kesesuaiannya yang

    bakal diterima dan tindakan dibuat.

  5. Membuat klasifikasi/Pengelasan:
  6. Membantu untuk memilih sesuatu objek atau perkara yang diperlukan dan dapat

    mengelakkan sesuatu perkara itu dari mengalami kerosakan sebelum sesuatu tindakan

    dilaksanakan. Selain dari itu dapat mendorong supaya lebih bersikap praktikal dan

    bersifat realistik.

  7. Membina Kreativiti:

Apabila mengetahui komponen-komponen khusus sesuatu berkemungkinan mampu untuk menggabungkan komponen-komponen tersebut dengan cara yang berbeza-beza sehingga menghasilkan sesuatu yang berfungsi.

 

Nilai-Nilai Murni

Dalam perisian PPBK ini juga akan menerapkan nilai-nilai murni yang dapat membantu memupuknya kedalam diri pelajar. Di antara nilai-nilai murni yang akan diterapkan ialah mematuhi peraturan, teliti yakin dan tekun berusaha. Dalam konteks melaksanakan penyambungan peranti sokongan kepada papan induk semua nilai ini diperlukan di samping dapat mananamkan sifat menghargai sesuatu.

 

Kandungan Perisian

Perisian PPBK mengandungi beberapa bahagian di antaranya ialah:

  1. Bahagian permulaan memperkenalkan papan induk, komponen-komponen yang terdapat pada papan induk.
  2. Bahagian kedua memperkenalkan jenis-jenis slot dan soket yang terdapat pada papan induk serta menjelaskna kegunaannya
  3. Bahagian ketiga memperkenalkan jenis-jenis kabel peranti dan kegunaannya.
  4. Bahagian keempat menunjukkan sambungan kabel dari peranti sokongan kepada soket yang berkitan di papan induk.
  5. Bahagian kelima menguji kefahaman pelajar dengan mengemukakan soalan-soalan berkaitan yang telah disediakan.

 

Komponen Pedagogi

Dalam perisian PPBK yang dibina ini akan memasukkan tiga jenis komponen pedagogi iaitu:

  1. Tutorial
  2. Merupakan pengajaran individu melalui komputer. Komputer akan menyampaikan bahan pembelajaran secara urutan dan memberi soalan berstruktur. Komputer akan menyemak setiap jawapan yang diberi dan akan memberi maklum balas. Mod tutorial ini
    berdasarkan teori pembelajaran Gagne yang menyarankan bahawa pembelajaran harus di buat secara kecil-kecilan dan disampaikan dari peringkat mudah ke peringkat yang lebih kompleks.

  3. Ujian
  4. Komputer merupakan alat yang amat sesuai untuk memberikan ujian , khususnya ujian benar/salah, padanan dan anika pilihan. Komputer memberi soalan-soalan yang berkaitan dan pelajar memberi respon. Kemudian komputer akan memastikan jawapan yang diberikan itu betul atau tidak dan memberi maklum balas.

  5. Kuiz

Tidak banyak berbeza daripada ujian dari segi tujuan dan bentuknya. Kuiz digunakan untuk menilai sesuatu uniy yang kecil sahaja berbanding dengan ujian yang lebih meluas.

.

Tajuk Perisian

" Cara Mudah Mengenal Papan Induk Dan Menyambung Peranti Komputer"

 

Stategi Penggunaan Perisian

Dalam menggunakan perisian PPBK ini terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan iaitu:

  1. Perisian ini boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar untuk menunjukkan gambar sebenar semasa mengajar topik yang berkaitan.
  2. Sebagai panduan asas kepada pelajar semasa pelajaran pemasangan perkakasan komputer.
  3. Sebagai latihan untuk meningkatkan kefahaman atau sebagai latihan ulangkaji.

 

Sumber Sokongan

Sumber-sumber sokongan perisian PPBK yang akan di bina ini adalah:

  1. Buku-buku dan encyclopedia yang berkaitan dengan perkakasan komputer.
  2. Perisian PPBK yang sedia ada berkaitan denga pemasangan perkakasan komputer.
  3. Sumber internet dari laman web yang berkaitan.

 

Antaramuka Pengguna

Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam anataramuka pengguna yang bersifat mesra pengguna adalah:

  1. Permulaan dengan paparan pengenalan, menu pilihan yang di tulis dalam bahasa yang
  2. mudah di fahami. Kedudukan Ikon atau butang yang memudahkan pengguna.

  3. Spesifikasi warna menggunakan warna-warna yang bersesuaian tidak menyakitkan mata.
  4. Spesifikasi tulisan dan saiz menggunakan font tulisan yang bersesuaian tidak mengandungi animasi berlebihan dan saiz tulisan yang memudahkan pengguna membaca.
  5. Spesifikasi skrin saiz bersesuaian dengan kombinasi bahan-bahan yang hendak dipaparkan.

 

Komponen Pengkomputeran

  1. Pelantar
  2. Perisian ini boleh di gunakan pada komputer 'standalone' dengan menggunakan sistem Windows 95 atau Windows 98 yang luas penggunaannya.

  3. Perkakasan
  4. Minima AMD atau Pentium Celeron frekuensi 400MHZ ke atas.Ingatan 64MB dan Display Card mempunyai Ingatan 8MB minima. Sound Card dan CD-ROM Drive 40X.

  5. Perisian

          Perisian PPBK ini dibina menggunakan alat pengarangan
          Authorware ,3DFX Video
Renderer, Asymmetric DVP-Capture,
          Microsoft Sound Recorder ,Adobe Photoshop dan
Syntrillium Cool
          Edit.