Tugasan 3 GE6663 Pengajaran Dan Pembelajaran Bantuan Komputer
Penilaian Perisian PPBK:
" Cara Mudah Mengenal Papan Induk Dan Menyambung Peranti Komputer"
Pengenalan
Penilaian adalah proses mencungkil semua maklumat yang dikehendaki untuk membuat keputusan yang bermakna. Penilaian dilakukan kerana setiap perubahan atau perkara yang dilakukan mempunyai matlamatnya. Dengan menjalankan penilaian maka dapatlah satu anggaran di buat samada matlamat itu telah tercapai dan proses yang dilalui itu bersesuaian (Abu Bakar 1986).
Menurut Norhashim et al. (1996) menilai bukanlah bererti cuba memperkecilkan sesuatu yang telah siap atau sengaja mencari kesilapan. Dalam konteks perisian PPBK penilaian adalah bertujuan untuk mendapatkan sebarang kritik, pandangan dan maklum balas daripada pengguna mengenai keberkesanan sesuatu perisian PPBK itu. Hasil daripada maklum balas yang di terima boleh di gunakan untuk memperbaiki mutu perisian PPBK yang dibina dan juga membantu memenuhi kehendak dan citra rasa pengguna. Norhashim et al. (1996:184) menjelaskan lagi bahawa terdapat enam faktur yang menjadi tumpuan penilai semasa penilaian di buat terhadap sesuatu perisian PPBK iaitu:
Bagi memastikan perisian PPBK yang dibangunkan ini mencapai
kepada tahap pencapaian yang di kehendaki, aspek penilaian atau proses penilaian
terhadap perisian PPBK yang dibangunkan ini perlu dilakukan.
Rancangan Menjalankan Proses Penilaian
Bagi menolong pembinaan perisian PPBK ini dibentuk ke arah matlamat yang dirancangkan, penilaian yang memberi maklumat-maklumat yang dikehendaki adalah penting. Penilaian formatif dijalankan untuk menilai tiap-tiap peringkat reka bentuk perisian PPBK. Pada masa penilaian formatif dijalankan, beberapa percubaan dibuat mengenai bahan dan ubahsuaian dilakukan atau pembetulan dilaksanakan. Penilaian ini di gunakan bertujuan untuk memastikan perisian PPBK ini mencapai objektif yang dirancangkan.
Bagi memberikan gambaran yang menyeluruh tentang pencapaian terhadap objektif yang luas atau pencapaian keseluruhan sistem perisian PPBK yang dibangunkan penilaian sumatif di gunakan. Tujuan utama penilaian ini adalah untuk meninjau keberkesanan proses pembelajaran perisian PPBK ka atas pelajar. Menurut Norhashim et al. (1996) proses penilaian akan menjadi mudah dengan membuat semakan di sepanjang proses reka bentuk dan pembangunan perisian PPBK. Antara semakan yang diperlu di lakukan adalah:
Merangkumi semakan kandungan dan struktur skrip. Ini termasuk juga semakan objektif sistem yang telah ditentukan samada bersesuaian; semakan dari segi isi pelajaran samada mencukupi dan bersesuaian; semakan ke atas fakta dan konsep dan semakan lain yang mungkin perlu berkaitan dengan kandungan bidang dan pedagogi sistem pendidikan.
Merupakan semakan untuk melihat samada bentangan output yang dipersembahkan berkesan atau sebaliknya kepada pengguna sasaran. Semakan ini termasuk pemilihan warna, grafik dan bunyi yang berpadanan dengan subjek yang dibangunkan; pemilihan antaramuka pengguna- komputer bergrafik bersesuaian; keupayaan tindak balas komputer dan peralihan dari satu skrin ke skrin yang lain bersesuaian dan ciri-ciri yang berkaitan dengan penggunaan skrin yang berkesan.
Kaedah atau pendekatan serta instrumen untuk memperoleh maklum balas
Pendekatan atau kaedah yang di gunakan bagi memperoleh maklumat-maklumat yang diperlukan seterusnya analisis dapat dilakukan terhadap perisisan PPBK adalah kaedah tinjauan dan dua jenis intrumen di gunakan untuk mendapatkan maklum balas iaitu senarai semak (checklist) dan soal selidik.
a. Senarai Semak/Checklist
Senarai semak digunakan untuk merekodkan semua maklumat yang diperoleh dari pemerhatian yang di buat terhadap perisian PPBK yang di gunakan. Penilai yang dipilih akan bertindak sebagai penilai terhadap perisian PPBK yang telah digunakan dan satu set senarai semak diberikan kepada penilai-penilai tersebut.
Senarai semak yang dicadangkan seperti Lampiran I.b. Soal Selidik
Tujuan kaedah ini adalah untuk melihat atau menyemak semula keberkesanan perisian PPBK yang di bangunkan kepada pelajar atau pengguna. Instrumen yang digunakan bagi memperoleh maklumat yang di kehendaki adalah borang soal selidik. Sebilangan pelajar yang menggunakan perisian PPBK ini akan di jadikan kumpulan sasaran. Pemilihan di buat secara rawak dan set-set soalan akan diberikan kepada kumpulan sasaran tersebut setelah perisian PPBK ini digunakan. Contoh borang Soal Selidik yang dicadangkan seperti Lampiran II.
Lampiran I
Senarai Semak
Perisian PPBK Mengenal Komponen Papan Induk dan Menyambung
Peranti Komputer
______________________________________
Nama Penilai: ___________________________________________
Tempoh Berkhidmat Sebagai Pendidik: _______________________
Senarai Semak Pembelajaran
Sila berikan maklum balas dengan menyatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ pada tempat yang telah disediakan.
a. Keinginan (Motivasi):
Kebanyakkan pelajar yang mempunyai keinginan untuk belajar akan berjaya. Keinginan untuk belajar atau motivasi boleh diberikan kepada pelajar atau ia datang dari kehendak dalaman. Perisian PPBK ini seharusnya mendorong pelajar ke arah bermotivasi.
Kriteria
Maklum Balas
________________________________________________________
Ya Tidak
1. Adakah pelajar mengetahui kenapa sangat perlu dipelajari
setiap pelajaran. __
__
2. Adakah pelajar akan mempelajari sesuatu mengenai
objektifpembelajaran dalam menggunakan modul ini. __
__
4. Adakah setiap pelajaran mempunyai hubungan dengan
objektif pembelajaran dan ianya berkaitan.
__ __
5. Adakah perisian PPBK ini memberi suatu penambahan
6. Adakah anda memperoleh suatu rasa kepuasan kepada
Kesimpulan mengenai bagaimana perisian PPBK dapat memajukan motivasi pelajar.
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
b. Berbuat (berlatih, cuba dan ralat)
Pelajar belajar dengan berbuat sesuatu. Mereka memerlukan pengalaman untuk membolehkan mereka menguji samada idea mereka dapat diterima. Mereka juga perlu latihan kemahiran dan belajar dengan cuba dan ralat. Tugas atau perkara yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan kehendak pembelajaran dan pelajar pula perlu dalam keadaan aktif.
Kriteria Maklum Balas
________________________________________________________
Ya Tidak
1. Adakah banyak pelajaran untuk di buat. __ __
2. Adakah berbagai pelajaran untuk dibuat. __ __
3. Adakah pelajar mula melakukan sesuatu pada4. Apakah cuba dan ralat membantu (pelajar boleh berlatih). __ __
5. Adakah soalan-soalan dirancang membantu ingatan
pelajar.
__ __
6. Adakah objektif-objektif sentiasa mudah dapat dicapai __ __
7. Adakah pelajaran-pelajaran berkaitan dengan objektifKesimpulan mengenai bagaimana perisian PPBK dapat memajukan pembelajaran dengan berbuat sesuatu.
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
c. Maklum Balas
Ralat atau kesalahan adalah peluang yang berharga untuk menjelaskan salah faham pelajar. Pelajar seharusnya boleh merumuskan respon mereka sendiri dan kemudian memperoleh maklum balas yang akan membetulkan sebarang salah faham.
Kriteria Maklum Balas
_________________________________________________________
Ya Tidak
1. Adakah terdapat banyak aktiviti dan soalan-soalan
nilaian kendiri. __
__
2. Adakah disediakan maklumat maklum balas tentang
kesilapan pelajar, tidak sekadar menyatakan
sesuatu
jawapan itu salah sahaja. __
__
3. Bolehkah pelajar mencuba berinteraksi semula. __ __
4. Bolehkah pelajar melihat keputusan yang dikumpulkan.Kesimpulan mengenai bagaimana perisian PPBK dapat memajukan maklum balas yang berkesan.
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
d. Cerna
Apabila pelajar mencerna bahan pelajaran mereka adalah melakukannya sendiri. Mereka menyepadukan pembelajaran dengan konsep dan idea sedia ada mereka. Pencernaan itu dapat diperlihatkan apabila pembelajaran itu di keluarkan semula. Perisian PPBK mungkin mempunyai kesan terhad terhadap komponen pembelajaran. Apakah yang perisian PPBK lakukan untuk membantu.
Kriteria Komentar Maklum Balas
_________________________________________________________
Ya Tidak
1. Adakah setengah soalan menarik diskripsi pelajar. __ __
2. Bolehkah pelajar memilih dan mengambil apa-apa yang
mereka boleh gunakan, membaca atau lakukan di masa
yang akan datang.
__
__
3. Adakah maklum balas membantu pelajar mencerna apa
yang telah mereka buat.
__
__
4. Bolehkah pelajar mengawal ke atas pembelajaran mereka. __ __
5. Adakah ringkasan dan tinjauan kembali jelas dan berguna.
__
__
Rumusan mengenai bagaimana perisian PPBK memajukan pencernaan berkesan.
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
Terima kasih di atas kerjasama yang anda berikan.
________________________________
( Nama Pembangun Perisian PPBK )
Lampiran II
Borang Soal Selidik Perisian PPBK
" Cara Mudah Mengenal Papan Induk Dan Menyambung Borang Soal Selidik Pelajar: Nama pelajar
: _______________________________ Jantina
: Lelaki / Perempuan Umur sekarang
: bawah 18 / 19 ke atas Jurusan Pengajian
: _______________________________ Bidang Kursus Yang diikuti : _______________________________ Tahun Pengajian Sekarang : _______________________________ Sila berikan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan
berdasarkan pengalaman anda setelah menggunakan perisian Sila beri maklum balas anda kepada kenyataan-kenyataan
berikut: 1. Matlamat dan objektif perisian
Peranti Komputer"
________________________________________
PPBK ini yang bertujuan
untuk membantu memperbaiki perisian
PPBK ini.
Ya Tidak
1.1 Adakah dinyatakan matlamat perisian dengan jelas. ___ ___
1.2 Adakah setiap pelajaran dinyatakan objektifnya. ___ ___
1.3 Adakah objektif pelajaran yang dinyatakan dapat
difahami.
___ ___
1.4 Perlukah penjelasan selanjutnya dberikan oleh fasilitator
/guru mengenai objektif pelajaran yang
dinyatakan.
___ ___
2. Kesan Pembelajaran
Ya Tidak
2.1 Isi pelajaran yang dikemukakan mudah difahami. ___ ___
2.2 Isi pelajaran disusun mengikut keutamaan. ___ ___
2.3 Terdapat kepelbagaian teknik untuk menyampaikan
pelajaran.
___ ___
2.4 Bahasa yang di gunakan mudah difahami. ___ ___
2.5 Tahap bahasa yang di gunakan sesuai dengan pelajar. ___ ___
2.6 Arahan-arahan yang diberikan mudah diikuti. ___ ___
2.7 Latihan yang diberikan mencukupi. ___ ___
2.8 Latihan yang diberikan dapat menguji kefahaman. ___ ___
2.9 Pelajaran-pelajaran yang dipersembahkan dapat
menambah
pengetahuan.
___ ___
2.10 Pelajaran yang diberikan dapat menambah kemahiran. ___ ___
2.11 Pelajar boleh memilih pelajaran-pelajaran yang perlu. ___ ___
2.12 Maklumat yang penting di "highlight" kan.
___ ___
3. Rangsangan dan Motivasi
Ya Tidak
3.1 Pujian diberikan apabila soalan berjaya dijawab. ___ ___
3.2 Pujian yang diberikan bersesuaian dan memadai. ___ ___
3.3 Bentuk pujian yang diberikan adalah berbagai. ___ ___
3.4 Jika memberi jawapan yang salah teguran yang
diberikan adalah
membina.
___ ___
3.5 Teguran yang diberikan menggalakkan anda untuk
berusaha dan mencuba
lagi.
___ ___
4. Persembahan
Ya Tidak
4.1 Dimulakan dengan animasi/gambar berwarna dan
muzik latarbelakang.
___ ___
4.2 Animasi/gambar yang digunakan bersesuaian dengan
tajuk perisian
PPBK.
___ ___
4.3 Muzik latar yang digunakan bersesuaian. ___ ___
4.4 Saiz tulisan/teks yang digunakan bersesuaian. ___ ___
4.5 Saiz tulisan/teks yang digunakan konsisten. ___ ___
4.6 Warna yang digunakan pada teks bersesuaian. ___ ___
4.7 Jenis font yang digunakan bersesuaian. ___ ___
4.8 Susunan teks yang dipersembahkan bersesuian. ___ ___
4.9 Gambar atau animasi yang dipersembahkan jelas. ___ ___
4.10 Video yang dipersembahkan dapat dilihat dengan jelas. ___ ___
4.11 Video yang dipersembahkan sesuai dan berkaitan
dengan
pelajaran. ___ ___
4.12 Suara yang dipersembahkan dapat difahami. ___ ___
4.13 Intonasi suara yang dipersembahkan sesuai. ___ ___
4.14 Warna latar belakang bersesuaian. ___ ___
4.15 Saiz skrin yang digunakan untuk persembahan
pelajaran bersesuaian.
___ ___
4.16 Saiz skrin yang digunakan untuk persembahan
konsisten.
___ ___
5. Pandangan Pelajar Terhadap Keseluruhan Perisian PPBK
Ya Tidak
5.1 Perisian PPBK ini sangat menarik untuk digunakan. ___ ___
5.2 Perisian PPBK ini adalah mudah digunakan ___ ___
5.3 Kandungan Perisian PPBK ini ada kaitan dengan kursus ___ ___
5.4 Dengan menggunakan Perisian PPBK ini membantu
saya belajar
___ ___
5.5 Ianya adalah jelas semasa saya menggunakan perisian
PPBK ini. ___ ___
Apakah masalah yang anda hadapi semasa menggunakan Perisian PPBK ini ?
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
Terima kasih di atas masa dan kerjasama yang anda berikan
Senarai Rujukan
Abu Bakar Nordin. 1986. Asas Penilaian Pendidkan. Kuala Lumpur:
Heinemann.
Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp & Rose Alinda Alias.
1996.
KualaLumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka & UTM.