LAPORAN DASAR NEGARA, POLISI DAN AKTA BERKAITAN
Pendahuluan
Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan projek penting kerajaan yang bernilai RM 5 bilion adalah zon seluas 750km persegi sebagai tapak menguji penggunaan teknologi multimedia dalam kehidupan di era informasi bagi manfaat manusia sejagat dan juga sebagai pusat produk dan perkhidmatan multimedia serta teknologi maklumat.
Dunia sudah memasuki era teknologi informasi dan manusia mesti menyesuaikan diri dengan kehidupan baru menggunakan telekomunikasi dan komputer dalam kebanyakkan urusan. Perkembangan teknologi ini akan mengubah cara manusia bekerja, belajar, membeli dan bergaul dengan masyarakat.
Ledakan maklumat ini juga menjadikan dunia bukan lagi dipisahkan oleh sempadan fizika, geografi, politik, agama dan faham kebangsaan.
Objektif Industri Komunikasi Dan Multimedia
Kementerian Tenaga Komunikasi dan Multimedia (2000) menegaskan bahawa polisi objektif umum bagi industri komunikasi dan multimedia adalah untuk:
i. Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia;
ii. Menggalakkan perwujudan masyarakat bertamadun yang berasaskan maklumat;
Tempatan;
Sediakan;
Melalui infastruktur kebangsaan;
Objektif-objektif ini menyediakan fokus untuk pelan-pelan pembangunan industri komunikasi dan multimedia pada masa hadapan. Oleh yang demikian, pencapaian terhadap objektif-objektif ini amat penting.
Keperluan Kepada Undang-Undang
Undang-undang juga disebut hukum adalah peraturan yang mengawal perjalanan hidup
Masyarakat. Undang-undang bertujuan agar kehidupan masyarakat menjadi aman dan sejahtera. Undang-undang diperlukan untuk mengawal masyarakat dan memastikan setiap individu mendapat hak masing-masing yang sewajarnya.
Bagi memastikan kejayaan perlaksanaan MSC, kerajaan telah memperkenalkan satu rangka perundangan yang komprehensif untuk menggalakkan pelaburan dan perniagaan dalam industri multimedia dan pengguna aplikasi multimedia.
Dalam tahun 1997, tiga akta telah digubal di bawah peruntukan Akta Hakcipta 1997. Akta-akta tersebut ialah Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Teleberubahan 1997.
Akta Tandatangan Digital 1997 menyediakan satu sistem pengesahan di mana tandatangan digital boleh diterima sebagai bersamaan dengan tandatangan bertulis, cap jari atau pengenalan lain bagi sesuatu transaksi elektronik atau komunikasi.
Akta Jenayah Komputer 1997 pula menyediakan peruntukan mengenai kesalahan-keselahan yang dilakukan oleh rakyat atau penduduk tetap negara ini yang mana sungguhpun kesalahan tersebut dilakukan diluar negara, ia disifatkan sebagai dilakukan di Malaysia.
Dalam tahun 1998 dua lagi akta telah diluluskan iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( CMA 1998 ) dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1950 dan Akta Penyiaran 1998 CMA 1998 bertujuan menyediakan satu set peruntukan-peruntukan kawalan yang generik berasaskan kepada definisi generik mengenai perkhidmatan dan aktiviti berangkaian. Akta ini juga menyediakan beberapa peruntukan khas berkaitan dengan media tradisional yang mungkin memberi kesan produktif kepada pembangunan industri komunikasi dan multimedia.
Undang-Undang Siber
Kerajaan Malaysia telah meluluskan beberapa undang-undang siber semenjak 1997 untuk menyediakan rangkakerja komprehensif bagi membantu masyarakat dan perdagangan yang merangkumi aspek-aspek berkaitan dengan keselamatan, kejituan dan kebolehpercayaan maklumat dan rangkaian.
Akata Jenayah Komputer 1997 (Akta 593) – Kesannya Terhadap Pendidikan
Akta Jenayah Komputer 1997 adalah suatu akta untuk mengadakan peruntukkan bagi kesalahan berhubung dengan penyalahgunaan komputer (Undang-undang Siber Malaysia 1999).
Berdasarkan Undang-undang Siber Malaysia (1999) kesalahan yang ditafsirkan di bawah akta ini antaranya adalah:
Seseorang adalah melakukan kesalahan jika:
- menyebabkan suatu komputer melaksanakan apa-apa fungsi dengan niat
untuk mendapat capaian kepada mana-mana komputer.
- capaian yang dia berniat untuk di dapati adalah tanpa kuasa; dan
- dia tahu semasa dia menyebabkan komputer itu melaksanakan fungsi itu,
demikian berlakunya.
Niat seseorang itu untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini
tidak perlu ditujukan kepada:
Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-
duanya.
berlakunya kesalahan lanjut.
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila
di sabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau
dipenjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
seseorang adalah melakukan suatu kesalahan jika dia melakukan apa-apa
perbuatan yang dia tahu akan pengubahsuaian tanpa kuasa adakan
kandungan mana-mana komputer.
Seseorang yang melakukan kesalahan dalam seksyen ini apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjara selama
tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Seseorang adalah melakukan jika dia berkomunikasi secara langsung atau
Tak lansung suatu nombor, kod, kata laluan atau secara capaian yang lain
kepada suatu komputer kepada mana-mana orang selain daripada yang
diberikuasa kepadanya dengan sempurna untuk berkomunikasi.
Seseorang yang melakukan kesalahan dibawah seksyen ini apabila
sabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.
Seseorang yang bersubahat dalam perlakuan atau cuba untuk melakukan
mana-mana kesalahan dibawah Akta ini hendaklah apabila disabitkan
boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Perundangan dan peraturan dunia keseluruhannya mengutuk cetak rompak perisian. Ia adalah merupakan kesalahan yang serius dan jenayah yang sukar untuk dikesan (Mona Fairuz 2000:42). Dengan adanya penguatkuasaan akta jenayah komputer ini, kegiatan cetak rompak perisian di Malaysia akan dapat dikawal dengan lebih rapi lagi dan hakcipta intelektual akan dapat dilindungi.
Cetak rompak bukan sahaja dengan mudah memudaratkan pemilik atau pencipta tetapi ia juga menghancurkan inovasi dan insentif untuk membina program-program yang baru. Akhirnya cetak rompak juga akan menyebabkan kos perisian meningkat dan menyebabkan kehilangan cukai pendapatan, pekerjaan dan pertumbuhan industri (Mona Fairuz 2000:42).
Dari aspek pendidikan pula penguatkuasaan akta ini akan dapat menggalakkan para pendidik atau pembangun perisian untuk membina dan membangunkan perisian-perisian pendidikan yang dapat menambah variasi kepada pengajaran dan dapat membantu meningkatkan lagi mutu pembelajaran terutamanya di era teknologi maklumat yang berkembang pesat.
Penguatkuasaan akta ini memberi keyakinan pencerobohan dapat dielakkan terutamanya dalam penyimpanan data-data atau maklumat-maklumat yang penting dan sulit di dalam storan komputer. Markah-markah ujian, keputusan-keputusan peperiksaan, bank-bank soalan dan sebagainya boleh disimpan di dalam storan komputer bagi memudahkan pencapaian semula dan tujuan pengurusan. Kecekapan dalam penyediaan soalan dan pengurusan data-data dapat ditingkatkan dalam tempoh masa yang singkat.
Kesimpulan
Pembangunan perisian mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun untuk mencipta perisian yang mana membolehkan kehidupan menjadi lebih mudah dan senang. Oleh itu dengan terlaksananya Akta Jenayah Komputer ini masyarakat dapat dididik supaya menghargai perisian-perisian yang dibangunkan dan menjalani kehidupan yang lebih beretika serta bertanggungjawab.
Walaubagaimana pun penguatakuasaan Undang-undang Siber ini perlu dilakukan dengan tegas dan konsisten tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Sebaliknya jika hanya
sekadar mewujudkan pelbagai akta dan perundangan sedangkan penguatkuasaan tidak tegas, tiada gunanya. Pelbagai jenayah akan berleluasa dan akhirnya masyarakat tidak akan dapat menikmati kehidupan yang harmoni.
Rujukan