Fadhilat
dan khasiah Al-Ikhlas
Disebut
surah al -ikhlas (menyelamatkan) kerana surah ini menyelamatkan orang
yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakaratulmaut dan menyelamatkannya
dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.
Dari
Ubay ibn Ka'b r.a dari Nabi s.a.w.
"barangsiapa
membaca surah al-ikhlas satu kali maka Allah memberikan kepadanya dari
pahala seorang yang beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabnya dan
rasul-rasulNya, dan dia memberi kepadanya - dari - pahala seperti pahala
orang mati syahid".
Dari
Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. beliau bersabda yang bermakna:
"Barangsiapa
membaca Qulhuallah maka seakan-akan ia membaca seperti sepertiga al-Quran."
Bersabda
Rasulullah yang bermakna:
"Barangsiapa
membaca Qulhuallah 3x maka ia seperti membaca al-quran seluruhnya."
bersabda
rasulullah saw:
"Barangsiapa
yang membaca surah al-ikhlas dalam sembahyang-sembahyang fardunya maka
Allah SWT mengampun kepadanya dan kedua orang tuanya, dan menghapuskan
namanya dari buku induk orang-orang yang celaka dan menuliskannya didalam
buku orang-orang yang beruntung."
Sabda
Rasulullah yang bermakna:
"
barangsiapa yang membaca al-ikhlas 10x maka Allah membangunkan untuknya
rumah di dalam syurga."
Imam
al-Thabarani dari sahabat Jabir ibn Abdillah r.a. yang bermakna:
"Barangsiapa
membaca Al-ikhlas setiap hari 50x maka ia kelak di hari kiamat dipanggil
dari kuburnya,"Bangunlah kamu, hai orang yang memuji Allah SWT, maka masuklah
ke syurga."
Maka
janganlah lupa membaca al-ikhlas 10x setiap selesai sembahyang fardu.
Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda, bahawasanya:
"Barangsiapa
yang membaca al-ilklas 100x di dalam atau di luar sembahyang maka Allah
SWT menulis untuknya bebas dari neraka."
Diriwayatkan
oleh Imam Sahal ibn Sa'd r.a:
"Seorang
lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. diadukannya kefakirannya, lalu beliau
s.a.w.bersabda:
maksudnya"Apabila
kamu masuk rumahmu maka ucapkan salam jika di dalamnya ada seseorang dan
jika tidak ada seseorang di dalamnya, maka ucapkan salam atas dirimu, lalu
ucapkan salam keatas nabi s.a.w. dan bacalah al-ikhlas satu kali."
**************** wasalam ****************
|