Berikut merupakan mod Tengwar yang aku telah reka untuk menulis dalam bahasa Melayu. Tulisan Tengwar direka oleh pengarang terkenal buku siri Lord of the Rings, J.R.R. Tolkien, sebagai sistem tulisan untuk bahasa-bahasa Elvish ciptaannya dalam novel yang beliau tulis. Aku mendapat ilham untuk membuat mod ini selepas mendapati bahawa orang lain juga telah mereka mod Tengwar untuk bahasa lain (seperti bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, bahasa Jerman, bahasa Belanda, bahasa Esperanto, dll. malah juga bahasa Arab(!)).
Mod ini direka dengan memerhatikan mod lain yang direka untuk bahasa lain. Ini dilakukan supaya sistem mod ini dapat dikekalkan sebanyak mungkin dengan mod-mod lain dengan hanya sedikit perubahan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Cadangan untuk membaikkan lagi mod ini (jika ada) amat dialu-alukan. zanoma@tm.net.my
Oleh kerana fonologi bahasa Indonesia hampir seiras dengan bahasa Melayu, mod ini mungkin juga sesuai digunakan untuk menulis dalam bahasa Indonesia. Maka mod ini juga boleh dipanggil "mod bahasa Indonesia".
Font yang aku gunakan untuk kesemua contoh di bawah ialah "Tengwar Quenya" hasil rekaan Dan Smith. Aku memilih font ini kerana ada feeling "Times New Roman", sesuai dengan teks yang menggunakan Times New Roman.
Berikut ialah cadangan aku untuk setiap huruf tengwa:
Vokal dalam parantesis disimpan untuk kalaulah nanti mod Melayu juga boleh ditulis stail ala "tulisan penuh" (seperti "Mode of Beleriand"). Namun, penggunaan tanda vokal tehta lebih digemari:
Tanda tehta dalam mod bahasa Melayu dibaca stail ala Quenya: Vokal sentiasa dibaca selepas konsonan.
Perhatikan bahawa satu huruf tehta (dan satu tanda tehta) melambangkan kedua-dua E pepet "ə" dan E taling "é". Ini dilakukan untuk menyenangkan lagi kerja transliterasi antara Rumi dengan Tengwar. Maka mode bahasa Melayu lebih kepada ortografik daripada fonemik.
Diftong ditulis dalam mod bahasa Melayu seperti berikut:
Berhati-hati jika ingin menggunakan diftong dalam Tengwar.
Dalam suku kata tertutup seperti "daun", "baik" dan "air",
kombinasi vokal-vokal ini disebut sebagai dua vokal terpisah,
maka contoh-contoh tersebut perlu ditulis sebagai
"",
"
" dan
"
".
Penggunaan huruf-huruf tengwa untuk "r", "s" dan "z" mengikuti pengunaan bahasa Quenya:
Jika digunakan tanpa vokal berikutnya
(seperti di bahagian akhir perkataan),maka
,
dan
digunakan.
Jika digunakan sekali dengan vokal, maka
,
dan
digunakan.
Atas =
Sana =
Lafaz =
Zakat =
Luar =
Ruang =
Ada satu lagi peraturan yang perlu diingati dalam menulis bahasa Melayu menggunakan tulisan Tengwar. Kata-kata dasar dan afiks yang memodifikasikannya perlu dieja supaya ejaan kata dasar dengan afiksnya tidak tercampur. Ini bermakna ejaan kata dasar dikekalkan:
Ajar =
Pelajaran = (Salah)
Pelajaran = (Betul)
Kata dasar yang mengalami mutasi setelah ditambah afiks juga perlu dieja tidak tercampur daripada afiksnya:
Satu =
Penyatuan =
Namun, afiks sisipan boleh mengabaikan peraturan di atas:
Tunjuk =
Telunjuk =
Tambah lagi, kata-kata jamak stabil dan reduplikasi juga perlu dieja
supaya perkataan-perkataan yang tersambung bersama-sama
tidak tercampur ejaan setiap perkataan individu masing-masing.
Tiada tanda sempang dalam Tengwar,
maka "orang-orang" ditulis sebagai "".
Itulah penerangan aku mengenai penggunaan tulisan Tengwar untuk bahasa Melayu. Aku ingin mengakhiri esei ini dengan serangkap pantun berikut, ditulis menggunakan tulisan Tengwar:
Dan berikut ialah artikel pertama Universal Declaration of Human Rights dalam bahasa Melayu, juga menggunakan tulisan Tengwar: