BERITA ZAPIN
|
20-12-01:Laman Web diper'update'kan dan diseni-serikan
|
Http://zapin.cjb.net sekali mengalami perubahan kecil dimana terdapat sedikit per'edit'an terbaru dari webmaster setelah agak lama tidak di'update'kan. Antara 'barang' baru dalam laman web ini adalah berita tentang Festival Kesenian Melayu Sedunia 2001, LOGO baru Laman Web Zapin ini dan beberapa ruangan lain. |
24-03-01:Tarian Zapin Penyeri Majlis
|
HARIAN METRO, 24 Mac 2001, SABTU- Surat Khabar berkenaan menunjukkan artikel tentang beberapa penari Yayasan Warisan Johor sibuk berlatih tarian zapin bagi majlis naiktaraf Makjlis Perbandaran Johor Bahru Tengah pada 31 Mac ini yang melibatkab seramai 30 orang penari. Turut terlibat ialah Jabatan Kastam, PDRM, koir MPJBT dan UTM. Selain itu tarian akan diringi oleh iringan orkestra YWJ seramai 20 orang diketuai oleh Omar Taib dengan lagu zapin sambutan dan zapin pekajang.(Sumber:Harian Metro) |
06-03-01:Sertai Kelab Laman Web Zapin
|
Sertailah KELAB LAMAN WEB ZAPIN dan bawa rakan-rakan anda bersama untuk menyertai laman web ini. Kemungkinan besar anda akan dipilih bagi menjadi 'founder' bagi KELAB laman web kami . Selain itu rakan kita, ASMA' telah pun dipilih menjadi 'founder' kelab kami. Anda yang lain tak teringin...? |
06-03-01:Laman Zapin Melayu Johor siap lagi!
|
Tiga lagi ruangan terbaru berjaya disiapkan. Laman tersebut ialah Ruangan ZAPIN RIAU, ZAPIN JAMBI, DAN ZAPIN SINGAPURA. Teruskan melawati LAMAN WEB KAMI dan kami akan berusaha meningkatkan reputasi laman web ini. |
18-02-01:Latihan Zapin Sekolah Tinggi Kluang!
|
Latihan Zapin Sekolah Tinggi Kluang diadakan setiap hari Sabtu pada pukul 2.30ptg di Dewan Bestari,STK dan turut diadakan ialah Latihan Ghazal Sinar Emas STK pada waktu yang sama.
|
14-02-01:Kerjasama Anda amat diperlukan !
|
Laman web ini memang mengharapkan bantuan dari rakan pelawat untuk memberikan sebarang maklumat tentang zapin di Negeri Johor. Kerjasama boleh terus dikongsi melalui menyertai laman TETAMU kami... |