LAGU-LAGU PILIHAN.
Ya Salam : Manira : Cindai : Ya Maulai

MUZIK KATEGORI TERBUKA(DEWASA)
1. Bagi kategori terbuka, setiap kumpulan mesti diiringi oleh kumpulan muzik secara langsung(live music). Muzik iringan boleh bersifat intrumental atau iringan bersama vokalis.
2. Muzik iringan mesti terdiri daripada lagu-lagu berbentuk zapin yang dimainkan dalam bentuk zapin. Kesemua muzik iringan harus mempunyai Taksim, Kopak dan Wainab.
3. Alat-alat muzik terdiri daripada alat-alat yang biasa dimainkan oleh Ebsembel Tradisional Zapin Johor seperti harmonium, gambus, biola, akordion, dok dan marwas.
4. Sebarang bentuk muzik elektronik, sintisizer, sampler, muzik komputer tidak dibenarkan sama sekali dalam pertandingan zapin.

MUZIK KATEGORI JABATAN KERAJAAN, MUKIM, SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH.
1. Sebarang bentuk muzik elektronik, sintisizer, sampler, muzik komputer tidak dibenarkan sama sekali dalam pertandingan. Selain daripada lagu-lagu zapin yang dirakamkan oleh YAYASAN WARISAN JOHOR, muzik iringan persembahan zapin bagi kategori ini dibenarkan menngunakan rakaman lagu dari kaset dan cakera padat(CD) yang menggunakan peralatan muzik trdisional.
2. Muzik iringan mesti terdiri dari lagu-lagu tradisional yang dimainkan dalam bentuk zapin yang mempunyai taksim, kopak, dan wainab.
3. Iringan 'music life' adalah dibenarkan sekiranya kumpulan berkemampuan.
Lirik Lagu Zapin

:o)- Ya Salam -(o:

Dagang kemari zapin berkampung
Bersatu adat terbilang seni ( 2X )
Alun madali gema senandung
Sama sepakat membina janji ( 2X )
* :
Ya salam
Ya salam
Senandung ya salam

Mawas rebana satuan diri ( 2X )
Palu bersendi gambus semurna
Gegar bentala segenap negeri ( 2X )
Santunkan budi moilek bahasa

( Ulang Rangkap * )

Gerak sekata bertingkah adu ( 2X )
Sembah dan sisip dua berbeda
Satukan pulau sama berlagu ( 2X )
Gema gemersik menyusun nada

( Ulang Rangkap * )
Petiklah gambus taqasim laku ( 2X )
Tegap kekuda langkahnya sasa
Bukan bendalu kita teraju ( 2X )
Berkorban raga tegaklah bangsa

( Ulang Rangkap * )

( Lagu : Anak johor - Lirik : Ce'Kem )


:o)- Manira -(o:

Deru langkisau redup menutup alah sayang
Redup menutup
Langit membiru kelam berkabut alah sayang
Kelam berkabut
Rosaklah sudah lerahlah jiwa alah sayang
Lerahlah jiwa
Bagailah mana rungkai nasibnya alah sayang
Rungkai nasibnya

* :
Buana fitrah alam bersatu
Manira sujud seru kalimah kudus
Dia hanya Satu
( 2X )

Siapa bisa redah kesumat
Mungkinkah ada bukan hikayat
Laksana berapi ada bertepi
Tamatlah segala dendam amarah

Mengapa dalam damai diragut
Tandanya larik tak bertaup
Kiranya tika malam menyebut
Nyala padam berarak redup (manira)

Sinar mentari terbit meninggi alah sayang
Terbit meninggi
Matanya bundar kaca berkaca alah sayang
Kaca berkaca
Padukan satu buana indah alah sayang
Buana indah
Tentulah rahmat fitrah tercipta alah sayang
Fitrah tercipta

( Ulang Rangkap * )

( Ulang Semua Rangkap hingga akhir )

( Lagu : Pak Ngah / Fadhil Ahmad - Lirik : Ce'Kem )


:o)- Cindai -(o:

Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu

Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jalan berliku
Tilam ku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku

Hias cempaka kenangan tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga sibunga impian
Gugurnya sebelum berkembang

Hendaklah hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan

Janganlah jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan

Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi

Gurindam lagu bergema takbir
Tiong bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati

Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan di rintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali

( Lagu : Pak Ngah - Lirik : Hairul Anuar Harun )


:o)- Ya Maulai -(o:

Andai permata jadi hiasan
(Ya maulai ya maulai)
Jari ku mudah sembuh lukanya
(Ya maulai ya maulai)
Bagai sutera dalam lukisan
Hidup ku indah warnanya
(Ya maulai ya maulai)

Baru menguntum kemboja rimbun
(Ya maulai ya maulai)
Mekar harumnya seri halaman
Hendak ku minum mustika embun
Agar tersua idaman
(Ya maulai ya maulai)

Kata bagai pendita
Bukan racun berbisa
Besar hajat di hati
Semogakan diberkati

Kau dipayungi awan
Begitulah impian
Bersungguhlah harapan
Selagi nyawa di badan
(Ya maulai)

* :
Pinta ku pada mu bintang
Kirimkan aku sinar mu
Moga jadi kencana
Hiasan kasih di jiwa ku

Pesan ku pada mu sayang
Bawalah pulang hati ku
Moga kan selamanya
Engkau bernafas di sisi ku

( Lagu : Pak Ngah - Lirik : Hairul Anuar Harun )

Siti Payung

Tiuplah api abulah berderai
Patah galah haluan perahu
Niat di hati tak mahu bercerai , siti payung
Kuasa Allah sayang , kuasa Allah siapa tahu

Sayang cik siti menggulunglah benang
Benang digulung dari daik
Bagailah mana tidakku kenang , siti payung
Keranalah budi tuan , kerana budi bahasanya baik

Siti payung lagulah melayu
Lagu sejak zaman berzaman
Apalah malang nasib diriku , siti payung
Ke sana ke mari tuan , ke sana ke mari dihina orang

Langit cerah awan pun biru
Angin menghembus meniup bayu
Kalau nak tahu untung nasibku , siti payung
Bagaikan kacalah sayang , bagaikan kaca terhempas ke batu


Nasib Penambang

Nasib penambang
Nasib penambang duduk termenung
Menunggu orang sayang
Menunggu orang hendak ke seberang

Sudah ku timbang sudah ku renung
Sudahlah ku renung
Ahaii baru ku tahu sayang
Baruku tahu dagang menumpang

Sayang kiambang
Sayang kiambang bunga kiambang
Kiambanglah tumbuh sayang
Kiambanglah tumbuh tepi telaga

Memang sudah nasib penambang
Nasiblah penambang
Ahaii sampai masa sayang
Sampai masa kembali juga


Dendang Kayangan

Dendang kayangan , wahai kayangan , Puteri yang sakti
Dendanglah yang kayangan sayang , waha kayangan
Puteri yang sakti
Dendang kayangan , wahai kayangan puteri yang sakti
Dendanglah yang kayangan sayang , wahai kayangan
Puteri yang sakti

Turun melayang , dendanglah yang kayangan
Wahai kayangan , turun melayang dewa dari dewi

Tinggallah abang , wahai kayangan seoranglah diri
Tinggallah yang abang sayang wahai kayangan seorang diri

Dilautan dalam dendanglah yang kayangan
Wahai kayangan dilautan dalam mabukkan puteri


Teluk Mahkota

Istana kayangan
Istana kayangan di teluk mahkota
Aiiilah sayang d teluk mahkota

Rumah persinggahan aduhailah sayang
Rumah persinggahan raja mulia

Janganlah abang
Janganlah abang berduka nestapa
Aiiilah sayang berduka nestapa

Hanyalah sekadar aduhailah sayang
Hanya sekadar menanggung pilu


Gunung Berlumut

Gunung Berlumut tempat perkelahan
Tempat perkelahan
Suasana indah menarik hati

Gagal kecewa bukan pilihan
Gunung Berlumut
Berputus asa jangan terjad

Gunung Berlumut sudah termahsyur
Sudah termasyur
Daerah Kluang tempat duduknya

Hati yang sedih bawa berhiba
Gunung Berlumut
Jangan diingat kisah yang lama


Kuala Mersing

Kuala Mersing
Kuala Mersing menganjur ke laut , Kuala Mersing
Tempat nelayan
Tempat nelayan menangkap ikan , Kuala Mersing

Ahaiii sampai masa kualal di tutup , Kuala Mersing
Susah nelayan mencari makan

Cukuplah masa
Cukuplah masa kuala di buka , Kuala Mersing
Nelayang semuanya
Ahaiii bersuka-suka , Kuala Mersing

Ahaiii menangkaplah ikan tidak terkira , tidak terkira
Anak dan isteri semua gembira


Penawar Rindu

Penawar Rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar Rindu pada mu seorang

Resah tak sanggup menanggung d jiwa
Salah tak tahu kasih bermula
Bermula perstiwa dalam ingatan kasih tercipta

Penawar rindu pada mu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar Rindu pada mu seorang

Senyumanku beri sungguh bermakna
Tetapi sayang kau tak ketahui
Tak ketahui hinggaku merana meracun hati membawa diri

Penawar Rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu pada mu seorang


Sayang Musalmah

Sayang Musalmah
Sayang Musalmah memakai sanggul
Ahaii turun ke sawah
Turun ke sawah menanam padi

Emas berkayan dapatku pikul
Aku tak sanggup menanggung budi

Turun ke sawah
Turun ke sawah menanam pada
Ahaiii hendak dijual
Hendak dijual ke pekan lama

Jangan selalu menanggung budi
Keraplah kali jadi bencana

Sayang Musalmah
Sayang MUsalmah memakai tudung
Ahai tudung dibeli
Aduhai Musalmah di kedai cina

Rindu hati dendamlah menanggung
Mengenangkan nasib diri merana ahaiilah sayang
Mengenanggkan nasib aduhaii Musalmah
Diri merana


Embun Menitik

Embun Menitik
Embun Menitik dihujung bangsal
Ditiup , ditiup angin
Ditiup angin berderai

Ahaii kalaulah pancing
Kalau pancing panjang sejengkal
Jangan janganlah lautan
Jangan duga hendak duga

Sampanlah kokeh
Sampanlah koleh mudik ke hulu
Ahaii anaklah dara
Anaklah dara menjemur kain

Ahai bagailah mana
Bagaimana bunga tak layu
Ahai embun menitik
Embun menitik lain ke tempat lain


Kenangan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur ibu negara
Pandangannya indah sayang
Pandangan indah cantik berseri

Negerinya aman selalu dipuja
Rakyat semuanya sayang bersuka hati

Negeriinya aman selalau dipuja
Rakyat semuanya sayang bersuka hati

Setiap rancangan selalu dibina
Berkat pemimpin yang bijak bistari


Mak Ngah Tersenyum

Wahai Mak Ngah , Pak Ngahlahh balik sayang
Pak Ngah balik senyum Pak Ngahlah balik
Membawa cuka

Senyumlah abang senyum abang sungguhlah pelik
Senyum
Boleh mengubat hati yang luka

Senyum Mak Ngah membunga mawar sayang
Diambil dari senyum
Diambil dari Tanjunglah Jati

Senyumlah abang senyum abang jadi penawar
Senyum
Membuat adik yang hampir mati


Pasir Roboh

Pasir Putih dipinggir kali Pasir Roboh
Pasir Putih dipinggir tempat menyabung
Tempat menyabung ayam berlaga sayang
Pasir Roboh tempat menyabung
Tempat menyabung ayam berlaga sayang

Kasih tak boleh dijual beli Pasir Roboh
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda bukannya benda buat berniaga
Sayang Pasir Roboh
Bukannya benda buat berniaga sayang

Pasir Putih pantainya indah Pasir Roboh
Pasir Putih pantainya indah
Tempatlah orang tempatlah orang bersuka ria
Sayang Pasir Roboh
Tempatlah orang bersuka ria sayang

Bercerai kasih bukannya mudah Pasir Roboh
Bercerai kasih bukannya mudah Pasir Roboh
Sampai mati sampailah mati terkenang juga
Sayang Pasir Roboh
Sampai mati terkenang juga sayang Pasir Roboh


Betik Manis

Betik Manis buah papaya
Aiii manisnya tdak dapatku lupa

Riuhlah rendah kawanku ketawa
Saya seorang berhati duka

Manisnya tidak dapatku lupa
Aiii sudah termashur serata negeri

Duduk menangis sambil ketawa
Mengenangkan nasib diri sendiri


Gunung Panti

Gunung Panti tinggi menawan
Nampak dari Johorlah Lama
Ahaiii nampaklah dari Johor Lama

Jantung hati ke mari intan
Ahaiii hidup mati sayang
Hidup mati biar bersama

Putih Pauh delima batu
Anak seluang di tapak tangan
Ahaiii anak sembilang di tapak tangan

Walaupun jauh ke negeri satu
Ahaii hilang di mata sayang
Hilang di mata di hati jangan


Puteri Menangis

Puteri menangis
Puteri menangis teresak-esak

Indra Shah Peri
Aduhailah sayang
Indra Shah Peri datanglah menolong
Ahailah sayang
Indra Shah Peri datanglah menolong

Bagailah mana
Bagailah mana hendaklah ku bawa

Lautan terbentang
Aduhailah sayang
Lautan terbentang ombaklah yang bergulung
Ahailah sayang
Lautan terbentang ombaklah yang bergulung


Selendang Delima

Puteri Kayangan
Selendang Delima
Membawa kisah turun ke dunia
Turunlah ke dunia

Angkara fitnah puteri durjana sayang
Kerana cemburu cantiklah parasnya
Cantik rupawan selendang delima
Ahaiiii kerana cemburu
Ahaiilah sayang cantik parasnya

Buai oh buai
Rotan dan batu
Asal usulmu dapat ditentu
Dapatlah ditentu

Turun menjelma ayah dan ibu sayang
Di Pulaulah Bandu
Dapatlah bertemu
Cantik rupawan selendang delima
Ahaiii di Pulaulah Bandu
Ahailah sayang dapat bertemu


Geliga Embun

Geliga Embun
Geliga Embun dibunga teratai
Ahailah sayang
Geliga Embun dibunga teratai

Warnanya merah
Ahai warnanya merah sayang
Warnanya merah gilang gemilang

Seribu tahun
Seribu tahun hujan berderai
Ahailah sayang
Seribu tahun hujan berderai

Air dilaut
Ahai air di laut sayang
Air di laut masin tak hilang


Kasih Ayah

Kasihmu ayah
Kasih ayah kasih sejati
Tidaklah boleh
Tidaklah boleh gantiku tukar ganti

Kini ayah telah tiada
Telah tiada
Tinggalah diriku sayang
Bersama ibu menjaga diri

Kasih mu ayah
Kasih ayah sepanjang masa
Walaupun kini
Walaupun kini tiada telah tiada

Pesan ayah tidakku lupa
Tidak ku lupa
Buatlah jasa sayang
Pada agama , negara dan bangsa


Kesang Tasik

Kesang tasik airnya tawar
Air mengalir alah sayang
Air mengalir sampai ke hulu

Tuanlah racun
Tuanlah racun tuanlah penawar
Tuanlah seorang pengubat rindu

Kesang tasik airnya tawar
Luasnya tasik alah sayang
Luasnya tasik dari perigi

Hatikulah kasih
Hatikulah kasih bertambah suka
Rindulah ku pendam
Rindulah ku pendam menyeksa diri


Merak Di Sangkar

Hajat kupuja hajat kupuja cantik igalan
Hajat kupuja hajat kupuja cantik igalan

Merak nan halus ahai merak di sangkar
Merak nan halus racau disangkar

Hasrat laksana hasrat laksana berlian
Hasrat laksana hasrat laksana tasik berlian

Tidak tidakkan hangus ahai merak di sangkar
Tidakkan hangus walau dibakar

Tetapku duga tetapku duga lautan
Tetapku duga tetapku duga dalam lautan
Biar biar terputus ahai merak di sangkar
Biar terputus kail sejengkal


Pulau Pisang

Pulau Pisang
Pulau Pisang rumahlah api sayang
Pedoman kapal belayar malam

Sebelum ajal berpantang mati
Walau tercampak di lautan dalam

Pedomanlah kapal
Pedomanlah kapal belayar malam sayang
Sarat bermuat buah keranji

Walai tercampak lautan yang dalam
Tidakku lupa janji segala janji


Bukit Kepong

Bukit Kepong tercipta sejarah
Kasih tragedi pertumpahan darah
Ahai pertumpahan darah

Kerna angkara musuh durjana
Gugurnya wira yang tidak berdosa
Ahai yang tidak berdosa

Anak dan isteri turut menderita Bukit Kepong
Hancur musnahlah impian semuanya
Perit terasa sebak didada aduhai sayang
Bila terkenang peristiwa melanda

Hingga sekarang masihlah ada
Pusara wira yang sungguh berjasa
Ahai yang sungguh berjasa

Balai usang tempat berjuang
Kekal bersemadi menjadi tanda
Ahai menjadi tanda
Masa berlalu penuh bererti aduhai sayang
Hanya yang tinggal perjuangan suci

Memang sudah suratan Ilahi
Aduhailah sayang
Bukit Kepong kisah tragedi


Musalmah Manis

Ahai Musalmah manis sayang
Musalmah manis nama diberi

Jalan berlenggang di pagi hari musalmah manis
Ahai jalan berlenggang
Jalan berlenggang dipagi hari

Ahai mengenang nasib
Mengenang nasib diri sendiri

Orang dikenang menghilangkan diri Musalmah Manis
Ahai orang dikenang
Orang dikenang menghilangkan diri


Nasib Panjang

Sudah nasib untungku malang
Kesuma jadi bungalah lalang sayang
Ahai bunga lalang , nasib panjang

Ahai untung saya sudah terbilang , nasib panjang
Hidup miskin membanting tulang

Burung bayan terbang ke hulu
Hingggap seekor dipohon berangan
Ahai pohon berangan , nasib panjang

Ahai apa dikesal nasib diriku , nasiblah panjang
Sudah suratan dalam kandungan


Teluk Baru

Teluk Baru sungai Sedili
Tempat orang memancing udang , Teluk Baru

Johor Bahru ibu negeri , Teluk Baru
Ramai pelancong pergi dan datang

Orang memancing di Teluk Baru
Dapat udang berkati-kati , Teluk Baru

Jangan dikenang masa yang lalu , Teluk Baru
Patah tumbuh hilang berganti


Gunung Soga

Sungguhlah tinggi gununglah soga
Gunung Banang sebelah menyebela
Soga gininglah soga

Sungguhlah malang nasibnya saya , Gununglah Soga
Sirihlah langit junjungnya patah

Sungguhlah tinggi Gunung Soga
Nampak dari Badar Tenggara
Soga Gununglah Soga

Ramailah sungguh kawan ketawa Gununglah Soga
Kawan menangis saya seorang


Kuala Pahang

Kualalah Pahang
Kuala Pahang sungainya luas
Disitu tempat orang memukal
Pahang , Kualalah Pahang

Sekaliku pandang
Sekaliku pandang rasa tak puas
Pahang Kualalah Pahang
Hendaklah diulang bukannya dekat

Kualalah Pahang
Kuala Pahang sudah terbilang
Elok pandangan tidak terperi
Pahang Kualalah Pahang

Puasku sanjung
Puasku sanjung dalam kenangan
Pahang Kualalah Pahang
Rindulahku tanggung seorang diri


Kluang Gemilang

Bandar Kluang dalam taman
Ahai Bandar di taman
Tempat singgahan raja mulia

Tuntutlah ilmu aduhai teman
Ahai untuk bekalan dihari tua

Gunung Lambak tinggi mengawan
Ahai tinggi mengawan
Nampak dari Bandar Tenggara

Berhati-hati memilih kawan
Ahai tersalah pilih badan sengsara


Pasir Gudang

Pasirlah Gudang
Pasir Gudang pelabuhan Johor

Limbungan kapal ahai Pasirlah Gudang
Limbungan kapal serta dermaga

Sudah terbilang
Sudah terbilang sudahlah termahsyur

Negara terkenal ahai Pasir Gudang
Negara terkenal rakyat berbangga


Kuala Danga

Kuala Danga Selat Teberau
Nampaklah dari Pulau Termasik
Danga Kuala Danga

Kusangka intan nampak berkilau
Danga Kuala Danga
Rupanya kaca bercampur pasir

Istana bernama Istana Hinggap
Persinggahan Raja pergi memburu
Danga Kuala Danga

Usah dimimpi usah diharap
Danga Kuala Danga
Bunga dipuja terkulai layu


Seruling Buluh

Seruling Buluh
Seruling Buluh panjang seruas
Serulinglah Buluh

Ahai durinyalah rasa Seruling Buluh
Durinyalah rasa ahailah sayang
Bagai sembilu

Sekali jeling
Sekali jeling rasa tak puas
Seruling Buluh

Ahai hendak di ulang Seruling Buluh
Hendaklah ku ulang ahailah sayang
Terasa malu


Bintang Malam

Bintang Malam cahaya berseri
Dilangit yang biru
Dilangit yang biru awan berlari

Siang dan malam duduk menanti
Bintang , Bintanglah Malam
Kepada Cik Abang
Kepada Cik Abang yang baik hati

Bintang malam menyinari bumi
Embun berderai Embunlah berderai dimalam hari

Puaslah sudah duduk menanti
Bintang , Bintanglah malam
Kepada Cik Abang
Kepada Cik Abang si jantung hati


Raja Alang

Raja Alang putera mahkota
Raja Alang putera mahkota

Ahai pergi memburu
Pergi memburu ke hujung negeri
Ahai pergi memburu
Pergi memburu ke hujung negeri

Berbuat baik
Berbuat baik biar bepada
Berbuat baik biar betpada

Ahai berbuat jahat
Ahai Rajalah Alang
Berbuat jahat jangan sekali


Bukit Pedoman

Bukit Pedoman nama diberi
Nampak dari Kuala Mersing , aiii Kuala Mersing
Ahai sayang

Usah dikenang usah dicari
Usah dicari
Ahai hati yang risau
Hati yang risau bertambah runsing

Sebatang pokok kekal abadi
Diatas Bukit Pedoman nelayan
Pedoman Nelayan Ahai Sayang

Kasih Sayang tidak bererti
Tidak bererti
Ahai ibarat hidup
Ibarat hidup dengan bayang-bayangan


Mendung Petang

Mendunglah Petang
Mendunglah Petang hujan hari nak hujan

Hatiku risau
Hatiku risau hibur tidak terhibur

Tuan disana
Tuan disana rindulah yang tak makan

Sayalah disini
Sayalah disini tidur rindu tak tidur


Sri Mersing

Sri Meresing lagulah melayu
Dikaranglah oleh biduan dahulu
Hatiku runsing bertambahlah pilu
Mengenangkan nasib dagang piatu

Pantai Meresing jajahan Johor
Pantainya indah sudah mahsyur
Hatiku runsing dapat dihibur
Patah dihati jiwa terkubur


Bayangan Pelangi

Bayangan Pelangi
Bayangan Pelangi indah berseri

Langit mendung , Bayangan Pelangi
Langit mendung hujan gerimis

Mengenangkan nasib
Mengenangkan nasib diri sendiri

Didalam senyum Bayangan Pelangi
Didalam senyum hati menangis


Patah Hati

Patah hati terus merajuk
Merajuklah sampai
Merajuklah sampai ke hutan belukar

Hatiku yang panas
Hatiku yang panas kembalilah sejuk
Sayang burung terbang
Burung terbang kembali ke sangkar

Hendak dirajuk air diruang
Langitlah mendung
Langitlah mendung hujannya tidak

Apalah dirajuk
Apa dirajuk kepadalah orang
Sayang entahkan kasih
Entahkan kasih entahkan tidak


Jalak Lenteng

Pukul gendang kulit biawak
Sedikit tidak
Sedikit tidak berdentum lagi
Aduhailah sayang
Kemanalah badan
Kemanalah badan hendak ku bawa
Sedikit tidak beruntung lagi

Jalak Lenteng melayu lagu melayu
Bilalah ku kenang hatiku rindu

Sakit sungguh kena jelatang
Sakitnya tidak
Sakit tak boleh dibawa mandi
Aduhai sayang
Akhirnya sungguh
Sakitnya sungguh dagang menumpang
Sakit tak boleh diubat lagi

Jalak Lenteng lagulah melayu
Biarlah ku kenang hatiku rindu


Timang Banjar

Gununglah tinggi sama didaki
Lautan dalam sama direnang
Ahai Ahai Timang Banjar

Marilah kita bersatu hati
Perkara yang susah menjadilah senang
Ahai Ahai Timang Banjar

Lautan dalam sama direnang
Jalan yang susah sama dicuba
Timang Banjar

Kalaulah sudah bersenanglah lenang
Sayalah nikmat sama dirasa
Timang Banjar


Burung Putih

Burunglah Putih malam terbanglah malam
Hinggaplah mari dipohon yang tinggi

Sudahku cari sekitarlah alam
Sekitarlah alam , Burunglah Putih
Aduhailah sayang , Burunglah Putih
Tuan seorang penghibur hati
Burung Putih malam terbanglah malam

Terbanglah mari berkawanlah kawan
Hinggaplah mari di dahan yang rapuh

Tuan umpama payunglah terkembang
Sayalah dibawah aduhailah sayang
Sayalah dibawah teduh tumpang berteduh
Burunglah Putih malam terbanglah malam


Kenangan Lantapuri

Lantapuri
Lantapuri kampung padang

Riwayatnya lembing
Aduhailah sayang
Pulanglah ke gagang
Riwayatnya lembing
Pulau ke gagang

Asal cerita
Asal cerita bukan dikarang

Sudah terjadi aduhai lah sayang
Sudah terjadi
Sudah terjadi lagilah terbilang


Sejarah Malaysia

Sejarah Malaysia dalam ingatan
Negara dijajah rakyat sengsara

Rakyat berdoa tuhan makbulkan
Sejarah Malaysia
Ahai agar negara
Agar negara mencapai merdeka

Tugu negara berdiri megah
Buat kenangan setiap hari

Bersatu padu jangan berperang
Sejarah Malaysia
Ahai aman dan makmur
Aman dan makmur kekal abadi


Kenangan Tanjung

Pekan Tanjung tempat persinggahan
Dari dahulu sampai sekarang
Sampai sekarang kenangan tanjung

Biar bertahun zaman-berzaman
Ahai zaman-berzaman
Masa yang lalu tetap dikenang
Tetap dikenang Kenangan Tanjung

Dari dahulu sampai sekarang
Kian berubah bertambah indah
Bertambah indah , Kenangan Tanjung

Yang lama kemana menghilang
Ahai kemana menghilang
Sampailah masa zaman berubah
Zaman berubah Kenangan Tanjung


Gurindam Rindu

[L] Gurindam Rindu lagu dicipta
[P] Kasih dipadu memendam rasa
[L] Kasih dipadu memendam rasa
[P] Gurindamlah rindu

[P] Bagaikan sinar bawa bahagia
[L] Rindu dihati
[P] Gurindamlah rindu
[L&P] Rindu di hati tidak terkira

[L] Gurindam Rindu mengusik jiwa
[P]Sedih dan pilu dirundum duka
[L] Sedih dan pilu dirundum duka
[P] Gurindamlah Rindu

[P] Bagaikan bunga layu dipuja
[L] Meranalah hidup
[P] Gurindamlah Rindu
[L&P] Meranalah hidup sepanjang masa


Bunga Raya

Bunga Raya bunga yang indah
Dimana ditanam hidupnya mudah

Kembang berseri dipandang indah
Bunga , Bungalah Raya
Sekaliku pandang rasa tak sudah

Dialah bungan menjadi pilihan
Disebutlah orang tak berkesudahan

Diberi gelaran oleh kerajaan
Bunga , Bunga Raya
Bungalah Raya hai bunga Kebangsaan


Tanjung Pelepas

Tanjung Pelepas daerah Pontian
Cerita sejarah sayang dahulu zaman dahulu
Cerita sejarah zaman dahulu

Hancur berderai dari daratan alah sayang
Hancur berderai dari daratan
Ahai hanyutnya rakit
Hanyutnya rakit mudiklah ke hulu

Jangan dijolok buah mempelam
Biarkanlah jatuh sayang
Biarlah jatuh dari dahan

Diangin lalu kukirimkan salam
Diangin yang lalu kukirimkan salam
Ahai orang yang jauh
Orang yang jauh dilupalah jangan


Bumi Bertuah

Negeri Melaka negeri sejarah , Bumi Bertuah
Tanah tempat pahlawan setia

Pahlawan setia bernama Hang Tuah , Bumi Bertuah
Berkorban jiwa meninggalkan jasa

Banyak kapal berlabuh di kuala , Bumi Betuah
Muatan dagangan dari seberang

Kasih sayang tidak terhingga , Bumi Bertuah
Jasa yang baik selalu dikenang


Seri Mahligai

Seri Mahligai ditamanlah raja
Ahai ditaman raja
Mari bersemayam Puteri Mahsuri
Ahai Puteri Mahsuri

Emas dan perak tidak berharga Seri Mahligai
Ahai sayang
Budi bahasa dipandang tinggi

Mahligai cina tinggi merawan
Ahai tinggi merawan
Mari dibuat Seri Mahligai
Ahai ukiran batu

Janganlah abang berhati bimbang Seri Mahligai
Ahailah sayang
Jauh dimata negeri satu


Tanjung Piai

Tanjung Piai mukim selatan sayang
Ombak dan angin turun menderu , Tanjung Piai

Janganlah lalai godaan syaitan , Tanjung Piai
Iman yang cekal menjadi keliru

Kalau pergi ke Tanjung Piai sayang
Jangan lupa menjamu selera Tanjung Piai

Hajat dihati sudah tercapai Tanjung Piai
Bagaikan bulan jatuh ke riba


Bukit Kesenangan

Bukit Kesenangan bukit melati
Angin bertiup pagi dan petang
Bukitlah kesenangan

Puas sudah saya menanti
Orang dinanti
Orang dinanti tak kunjunglah datang

Daun resam daun dirimba
Helang sewah turun bermain
Bukitlah Kesenangan

Bunyi berkesang kusangka dia
Rupanya lalang
Rupanya lalang ditiuplah angin


Malam Merindu

Rindu malam
Ahai rindu malam tidur tak lenyak
Malam Merindu

Duduk termenung
Ahai duduk termenung menongkat dagu
Malam Merindu

Memikir nasib
Tak ada pedoman sayang
Bunga yang kembang kembali layu

Duduk termenung
Ahai duduk termenung menongkat dagu
Malam merindu

Singgah ke tasik
Ahai singgah ke tasik
Singgah ke tasik duduk dipinggir

Hati yang sedih
Bertambahlah pilu sayang
Berserah sahaja kepada takdir


Megasari

Di kaki langit , dikaki langit merah cahaya
Megasari diberi nama
Megasari

Rindu dihati tidak terkilan
Megasari
Orang dirindu , orang dirindu jauh dimata

Merah cahaya , merah cahaya diwaktu senja
Sampai masa hilang dahaga
Megasari

Usah diturut hati yang lara
Megasari
Menyiksa diri , menyiksa diri tiada sudahnya


Seri Siantan

Tinggi-tinggi Bukit Siantan .... Aduhai sayang
Banyak terdapat si bunga Melor

Tuan disana rindu tak makan .... Aduhai sayang
Saya disini rindu tak tidur

Buah pauh , buah berangan ... Aduhai sayang
Di dalam peti letak bersama

Sungguh pun jauh dari pandangan ... Aduhai sayang
Di dalam hati tetap bersama


Seri Banang

Layang-layang bertali benang
Putuslah benang diganti tali
Saya seorang duduk mengenang
Orang dikenang tak ambil peduli

Putuslah benang berganti tali
Talilah pula bertukar ganti
Orang dikenang tak ambil peduli
Biarlah saya membawa diri


Selat Tebrau

Selat Tebrau airlah yang jernih
Tempatlah yang orang mengail gelama

Senda gurau penyambunglah kasih , Selatlah yang Tebrau
Hiduplah yang mati sama biarlah bersama

Selat Teberau airlah yang tenang
Pantailah Lido tuan pasirnya putih

Orang yang lama lagikan dikenang , Selatlah yang Teberau
Inikanlah pula kasih sedangkan yang berkasih


Damak

Sayang Damak
Sayang Damak getah sumpitan
Menyumpit burung didalam hutan ...
Ahai Damakku sayang

Hatilah tak dapat
Hati tak dappat melupakan tuan
Sedikit pun tidak tuan endahkan

Anak burung
Anak burung terebang malam
Terbangnya hinggap dipohon lalang ...
Ahai Damakku sayang

Hatiku sedih
Hatiku sedih merindulah dendam
Orang ku nanti tak kunjunglah datang