TARIAN ZAPIN

Sejenis irama atau rentak dalam seni muzik tradisional. Zapin juga adalah sejenis tarian Arab. Pada asalnya rentak zapin adalah rentak yang digunakan untuk lagu-lagu keagamaan seperti nasyid dan lagu yang menggunakan bahasa arab. Kemudian rentak ini disesuaikan dengan lagu bahasa melayu. Begitu juga dengan rentak zapin yang digunakan untuk mengiringi tarian. Sewaktu tarian zapin mula diperkenalkan kepada masyarakat melayu, tarian itu cuma ditarikan oleh orang lelaki sahaja. Pada masa itu gerak-gerinya agak keras dan kasar. Tetapi lama-kelamaan, tarian zapin ditarikan oleh penari perempuan dan gerak-gerinya telah banyak bertukar.

Gerak-geri sekarang banyak mencerminkan tingkah-laku dan kesenian orang melayu. Dia bertukar menjadi gerak-geri yang lembut dan sopan-santun.

Rentak zapin menggunakan pukulan alat-alat dengan ketegasan, kemas dan nyata. Pada asalnya rentak zapin ini cuma memerlukan gendang seperti tambur, meruas dan rebana kecil tetapi kini ditambah serunai dan gambus.

TAKSIM

Taksim adalah awal pembukaan tari dengan iringan petikan Gambus yang tidak bermeter. Penari melakukan jalan biasa dengan posisi badan menunduk, keadaan tangan kiri di belakang pinggang sambil jari digenggam sementara tangan kanan digenggam menunjuk ke bawah. Pergerakan Taksim ini dilakukan secara bebas sehingga akhir petikan gambus, penari mengambil posisi untuk memulakan tarian dalam posisi duduk bertinggul sementara berat badan tertumpu di kaki kiri manakala kaki kanan sedikit ke hadapan sementara tangan kiri di belakang pinggang dengan posisi jari digenggam dan tangan kanan digantung di paras dada dengan posisi jari digenggam dan keadaan posisi ibu jari menghala ke hadapan.

WAINAB/TAHTO

Kiraan 1 - Rehat atau bersedia.
Kiraan 2 - Kaki kiri digantung.
Kiraan 3 - Kaki kiri diletakkan di hadapan.
Kiraan 4 - Kaki kanan digantung.
Kiraan 5 - Kaki kanan diletakkan di hadapan.
Kiraan 6 & 7 - Dengan posisi tidak berubah dari kiraan 5, sambil bertinggung, tangan menyauk sementara posisi badan menghala 180 darjah ke arah kiri. Kiraan 8 - Berdiri.
Pergerakan ini diulangi sekali lagi dan pada akhir tarian penari akan duduk bertinggung.