Salam Berzapin...
Sudah tiba ketikanya dunia seni budaya dimartabatkan ke arah yang lebih produktif. Idea perekaan laman web ini timbul atas kesedaran tiada laman web bercorak kesenian di Negeri Johor ini khasnya Laman Web Zapin Johor. Sememangnya kerjasama yang kuat diperlukan bagi melaksanakan tugas ini.

Dengan kerjasama dari Yayasan Warisan Johor, segala maklumat yang diperlukan dapat disebarkan dengan lebih mudah melalui Internet.

Diharapkan laman web ini akan menjadi salah satu rujukan bagi Memartabatkan Seni Zapin di dunia siber.

Teruskan melawati laman web Zapin Johor ini dan panjang-panjangkan kepada peminat seni tanah air, Johor amnya.