Versi I'dulfitri
Assalamualikum...
Di Hari Lebaran ini, sukacita ingin saya memohon jutaan kemaafan dari rakan-rakan pelawat Laman Web Zapin Johor, http://zapin.cjb.net dan mohon halalkan segala makan minum serta ilmu yang diturunkan kepada saya. Akhir kata, Selamat Berlebaran dan Maaf Zahir Batin...

Salam Berzapin !
Saya Khairul Akhmal Bin Mokhtar sebagai webmaster atau kata lainnya Pereka Laman Web Zapin ini ingin sekali menyampaikan rasa syukur saya kepadaNya kerana dengan keizinan dan kurnianya berjaya saya menghasilkan Laman Web Zapin ini bersama rakan-rakan penzapin. Atas kesedaran tiada laman web zapin di dunia siber ini, tergerak hati gusar saya untuk menghasilkan sebuah laman web zapin yang tiada lainnya, hanya satu di dunia ini. Saya hanya seorang penzapin yang hanya tahu menarikan Tarian Zapin Johor dan Zapin Lenga serta berminat untuk mempelajari tarian zapin yang lain. Kluang, Johor asal saya dan turut menyertai Kumpulan Zapin Sinar Warisan Sek.Tinggi Kluang dan Kumpulan Zapin Seni Budaya Kluang.

Apa yang saya harapkan adalah kerjasama yang baik dari setiap pelawat, rakan penzapin(penari zapin), Pihak Kebudayaan dan khasnya Yayasan Warisan Johor. Kerjasama anda amat saya perlukan dan saya hargai.

Terima Kasih saya ucapkan kerana kesudian rakan-rakan penzapin yang sudi melawati Laman Web Zapin ini dan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan yang sudi memberikan sumbangan dan kerjasama yang cemerlang demi MEMARTABAT SENI ZAPIN.

Akhir kata dari saya, teruskan melawati Laman Web Zapin ini dan SALAM BERZAPIN.

Jom Berzapin...
Khairul Akhmal Bin Mokhtar,
10, Jalan Kekwa,
Kg. Melayu 2,
86000 Kluang,
Johor.
Tel=0127601876
Email=webmaster@zapin.zzn.com