Senarai Zapin dari Singapura
1.Zapin Asli-Tradisional
2.Zapin Warisan
3.Zapin Teluk Belanga
ZAPIN ASLI-TRADISIONAL
Zapin ini mula dikenalkan di Singapura pada awal tahun 1950 dari seorang guru Medan, Indonesia. Tarian Zapin ini menjadi tarian dasar untuk semua pelajar tari melayu dan menrangkumi dalam 5 jenis tarian dasar.
ZAPIN WARISAN
Untuk mempelbagaikan penampilan tarian Zapin, penggunaan props seperti tepak sirih, selendang dan kompang digunakan, secara simbolik dengan maksud tertentu. Dalam Zapin Warisan ini, gerak-geraj dasar tetap terpelihara. Penggunaan ruang dan pelbagai pola lantai ditampilkan.
ZAPIN TELUK BELANGA
Zapin Teluk Belanga baru digarapkan khas untuk persembahan gilang-gemilang warisan seni budaya sempena ulang tahun persatuan rakyat yang ke 40 pada 27-8-2000. Isi gerakan Zapin Teluk Belanga ini adalah bertolak dari ragam pertama hingga akhir ragam yang telah diberikan nafas baru. Gerak-gerak ragam Zapin Arab juga disertakan kareba sejarah tarian Zapin di Singapura bermula dari pendatang Arab iaitu kaum lelaki biasanya menarikan Zapin di majlis keramaian sebagai tanda kegembiraan dan untuk bersuka ria.