Puan Habsah Binti Mohamad atau lebih dikenali
dengan panggilan Mak Usu, kini berusia 62
tahun, merupakan penggiat aktif seni tari zapin
di daerah Mersing. Beliau mula meminati dan
mendalam seni tari zapin sejak berusia 14
tahun di Kampung Tenglu, Jalan Haji Omar,
Mersing. Menurut Mak Usu, beliau belajar dengan seorang guru tari yang berasal dari Banjarmasin, Indonesia yang biasa dipanggil Pak Cik. Semasa remajanya, beliau Pada tahun 1962, Mak Usu dan suaminya telah menubuhkan satu kumpulan tarian yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada ahli keluarganya yang terdekat. Selain menguasai tari zapin, Mak Usu juga menguasai tarian joget, tarian inang dan tarian asli. Menurut Mak Usu menari zapin disebut "bermain" yang terdiri daripada taksim, langkah tari kopak dan wainab. Wainab dilakukan tiga kali duduk bertinggung. Tari Zapin Tenglu ini menurut Mak Usu mempunyai asas gerak tari pada langkah 3, dari langkah 3 kepada langkah 1, langkah 2, langkah 4 dan sebagainya. Keunikan Tari Zapin Tenglu ini terletak pada gaya Mak Usu sewaktu menari, iaitu tangan kiri menyingsing kain dan tangan kanan berkayuh, sementara itu kedua-dua bahu Mak Usu digerak-gerakkan sekali-sekali. Ini menambah variasi dan keindahan gerak tari tersebut. Selanjutnya, Mak Usu terus-terang mengatakan bahawa setiap kali beliau selesai menarikan sesebuah Tari Zapin Tenglu ini, beliau merasakan suatu kepuasan yang dalam dan mendamaikan. Usia yang telah lanjut tidak pernah dijadikan alasan bagi Mak Usu, untuk tidak terus bergiat dan menunjuk ajar seni tari zapin kepada generasi muda. Sehingga kini, beliau masih aktif dalam seni Tari Zapin Tenglu ini. |