Pada hari Rabu 10 Disember 1980,di Hospital Besar JB lahir seorang putera sulung pasangan Che Osmi dan Maisarah yang diberi nama Muhamad Zulfa. Tentu sekali putera yang dimaksudkan itu adalah aku. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana tetapi penuh dengan kasih sayang. Ayah aku seorang tentera pada ketika itu manakala ibu aku pula adalah seorang ustazah di ATM. Kini ayah aku telah bergelar seorang pesara manakala ibu aku masih mempunyai 2 tahun lagi tempoh perkhidmatan bersama ATM.
Mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Angkatan Tentera,Kebun Teh JB dan kemudian mengikut keluarga aku bertukar ke Negeri Pahang dan menyambung pendidikan di Sekolah Rendah Pengkalan Tentera, Kem Bt 10 Kuantan. Pada peringkat menengah pula, aku mendapat pendidikan di Sekolah Menengah (A) Al Ihsan sehingga tingkatan lima. Seterusnya aku menyambung pendidikan di peringkat tinggi di UTM dalam bidang Sains Komputer.
Dialam pekerjaan pula, aku mula bekerja ketika tahun akhir aku di Tech Nic Computer, sebaik tamat pembelajaran aku, setelah menganggur selama 2 bulan, aku mendapat peluang bekerja dengan sebuah syarikat, Sains Innovasi Sdn Bhd sebagai ICT Executive. Aku telah terlibat dalam salah satu projek Mega kerajaan Malaysia. Projek itu ialah Projek eletronik SPKMS ataupun lebih dikenali sebagai Esyariah. Aku berkhidmat selama 3 dengan syarikat itu. Banyak pengalaman dan ilmu yang dapat aku belajar sepanjang tempoh itu. Aku rasa sekian sahaja coretan utk kali ini.Sekian..
