Balik ke Home Page Utama
Next Page
Ratio kewangan boleh di kategori kepada lima kumpulan.
1. Ratio Kecairan (Liquidity ratio)
2. Ratio Gandar (Leverage ratio)
3. Ratio Aktivity atau Kecekapan (Efficiency or activity ratio)
4. Ration Andaian (profitability ratio)
5. Ratio Equity
Kita akan bicangkan satu persatu mengikut subjek nya seperti berikut : -
Ratio Kecairan
--------------
Contoh mudah :-
Tiga perkara yang perlu diberi perhatian adalah :-
a) Kapital Bersih Kerja+Aset Semasa - Tanggungan Semasa
(Net Working Capital + Current Asset - Current Liabilities)
1999 2000
KBK(NWC) = $800 - 300 KBK(NWC) = $800 - 400
= $500 = $400
Dari baki kewangan ternyata ianya didalam positif.Ini menandakan
syarikat itu sihat serta boleh menjalankan operasi dengan baik.
b) Ratio Semasa (Current Ratio)
Aset Semasa (Current Asset)
Ratio Semasa (current Ratio) = ---------------------------
Tanggungan Semasa (Current Liabilities)
1999 2000
$800 $ 800
RS(CR) = ---- RS(CR) = ----
$300 $ 400
= 2.66 kali (times) = 2.00 kali (times)
Lebih tinggi ratio sesuatu kewangan adalah penunjuk yang baik kepada
operasi syarikat.
c) Uji Deras (Acid Test Ratio)
Aset Semasa (Current Asset) - Inventory
Uji Deras (Acid Test Ratio) = ---------------------------------------
Tanggongan Semasa (Current Liabilities)
1999 2000
$800 - $200 $ 800 - $300
RS(CR) = ---------- RS(CR) = -----------
$300 $ 400
$600 $500
= --- = ----
$300 $400
= 2.00 kali (times) = 1.25 kali (times)
Lazimnya inventori adalah nilai harta yang tidak mudah ditukarkan kepada
tunai.Oleh itu jika lebih tinggi nilai inventori maka bertambah kurang
kecairan syarikat tersebut.