![]() |
Protokol | ![]() |
Server & peer to peer |
![]() |
Rangkaian Komputer | ![]() |
Komunikasi dan Telekomunikasi |
![]() |
Komponen LAN | ![]() |
World Wide Web |
![]() |
![]() |
Rangkaian Komputer adalah koleksi sejumlah komputer yang boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan terminal dan peralatan persisian yang sesuai. Rangkaian membenarkan pengguna yang kedudukan geografinya bertaburan berkongsi aturcara, data dan maklumat. Sebelum pembangunan teknologi rangkaian, komputer -komputer peribadi adalah terasing diantara satu dengan lain, melainkan ianya dapat dihubungkan dengan Komputer Kerangka Utama (Main Frame).
Rangkaian komputer boleh dikelaskna sebagai kawasan luas dan kawasan setempat yang perbezaan antara skema dua rangkaian ini adalah faktor jarak dan orientasi. Rangkaian kawasan luas(rangkaian jauh) adalah pada lingkungan bandar, negeri , ataupun dunia. Ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombong mikro untuk menghantar data. Rangkaian kawasan setempat(LAN) digunakan untuk menyambungkan komputer atau terminal dalam sesebuah bangunan atau dalam lingkungan beberapa ribu kaki antara satu sama lain. Ia menggunakan talian khas untuk menghantar data.
Reka bentuk rangkaian teragih termasuklah rangkaian bintang, rangkaian gelang, rangkaian berhierarki, dan rangkaian teragih penuh.
1. Peralatan pengkomputeran (komputer, modem, printer, storan
dll).
Sebagai peranti yang menjalankan aturcara.
2. Kad rangkaian (Network Interface Card)
Untuk melaksanakan rangkaian.
3. Sistem perkabelan (kabel, connector, terminator dll)
Sebagai perhubungan antara komputer
4. Hubs atau concentrators
Untuk menghubungkan komputer dengan komputer lain.
5. Perisian LAN (Perisian Sistem Pengoperasian - NOS dan
perisian aplikasi)
Aturcara yang membenarkan aktiviti rangkaian komputer berlaku
Pelayan (server) dan rakan ke rakan ( peer to peer)
Rakan ke rakan (peer to peer)
1.Merangkumi bilangan komputer yang kurang. Contohnya, di bilik komputer
2.Berfungsi secara berkumpulan(workgroup)
3.Tidak mempunyai komputer sebagai punca utama maklumat
4.Bertindak sebagai file servers, print server dan application servers
Pelayan(server)
1.Merangkumi bilangan komputer yang banyak. Contohnya, di syarikat untuk pengurusan
pangkalan data
2.Memerlukan sebuah server (pelayan) dan berkungsi sebagai multiple user
3.Mempunyai punca utama maklumat yang diakses oleh komputet lain
4.Bertindak sebagai server platform dan client platform.
Komunikasi:
Komunikasi membawa maksud perihal penghantaran isyarat ke suatu tempat , seperti
telegraf, radio, televisyen, internet dan sebagainya.
Telekomunikasi:
Kata telekomunikasi berasal dari kata Greek iaitu tele, yang bermaksud sangat
jauh. Perihal penghantaran isyarat ke suatu tempat yang jauh, seperti melalui
telegraf, radio atau televisyen. Semua sistem telekomunikasi terdiri daripada
komponen-komponen berikut iaitu penghantar, bahantara, penerima.
WWW (World Wide Web) telah dimulakan sejak 1989. ia merupakan kumpulan informasi pada beberapa server komputer yang terhubung satu sama lain dalam jaringan Internet. Ia berupaya untuk menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam bentuk 'Hypertext' atau 'Hypermedia'.
Jika petunjuk tetikus berubah dari bentuk tanda panah menjadi gambar tangan yang sedang menunjuk, bererti teks/objek tersebut merupakan suatu 'link' yang menghubungkan ke informasi lain dalam WWW. Sistem yang dapat mengubungkan informasi melalui 'link' disebut Hypertext.
Manakala, Hypermedia berperanan sebagai 'link' penghubung
antara informasi yang berupa suatu file multimedia, seperti gambar, suara/video.
Bekerja dengan Web mencakup bekerja dengan perisian 'Web Browser' dan 'Web Server'.
Kedua-duanya bekerja seperti sistem client server dengan tugas sebagai berikut:
'Web Browser' bertindak sebagai 'client' untuk menginterpretasikan, mengakses
dan melihat informasi 'Web'.
'Web Serve' bertindak sebagai server untuk menerima informasi yang diminta oleh 'browser'