Mengatasi Keringat Berbau

Ambil biji bunga delima segenggam. Buang kulitnya yang keras. Kemudiaannya dijemur hingga kering. Setelah kering tumbuk sehingga lumat dan halus. Selepas itu pakai seperti kita memakai bedak di tempat yang berbau keringat, seperti di bahagian ketiak. Selamat mencuba.

 

Menghilangkan Parut Dibadan

Ambil daun senduduk sebanyak segenggam. Kemudian, gosokkan daun tersebut di tempat yang berparut selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga mendapat perubahan yang diimpikan.

 

Mengubati Panau

Ambil lengkuas dan bawang putih. Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sehingga lumat, kemudian ambil sedikit minyak tanah dan campurkan ke dalam bahan yang telah ditumbuk tadi. Gaul sehingga rata dan perapkan bahan tadi 10 hingga 15 minit. Kemudian sapukan pada bahagian badan yang terdapat panau tersebut. Amalkan amalan ini setiap kali selepas mandi.

 

Memutihkan Gigi

Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang, lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.

 

Melebatkan Bulu Mata

Rendamkan serbuk teh pekat semalaman, kemudian lurutkan pada bulu mata anda dengan mengusapnya ke atas dengan menggunakan hujung jari telunjuk. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

 

Menghilangkan Tompok Hitam Bekas Jerawat

Ambil sepotong ubi kayu yang sudah dikupas kulitnya. Parut ubi kayu tersebut dan perah untuk mendapatkan airnya. Sapukan air perahan tersebut kemuka. Lakukan sebegini dalam masa seminggu.

 

Menghilangkan Lenguh-Lenguh Badan

Dapatkan halia secukupnya. Parutkan halia tersebut dan dicampurkan dengan sedikit air. Sapukan keseluruh badan ketika hendak tidur. Dengan melakukan sedemikian badan akan terasa segar ketika bangun dari tidur.