|
-
posted 10/27/03
|
DAPAT
CAHAYAMATA KEDUA "SEHINGGA KINI KESANNYA MASIH TERASA" -
ZIANA ZAIN
|
Mendekati Ziana Zain cukup menyeronokkan, tambahan pula kalau berkongsi pengalaman lucu sewaktu di awal kemunculannya sebagai artis rakaman. Bila dengar Ziana bercerita, riuh-rendah suasana dalam studio Karangkraf dan tidak kering gusi kami dibuatnya. Apa tidaknya, ada sahaja idea yang tercetus untuk menyakat dan mengusik orang. Memang dah jenis 'happy go lucky' buat apa sahaja aksi mesti ceria, itu belum lagi tengok Ziana berjenaka dengan mimik dan ekspresi muka, lagilah seronok kalau Ziana diberi peluang melakonkan watak komedi dalam drama mahupun filem, memang sesuai tapi umum sudah sedia maklum bahawa Ziana tidak bersedia untuk berlakon lagi dan ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangga serta bidang nyanyian.
"Kalau nak berlakon, tengok pada keadaan juga. Memang saya kepingin nak bawa watak komedi tapi ketika itu 'offer' yang diberikan bercanggah dengan jadual seni saya. Jadi saya menolak tawaran itu dengan baik, lagipun saya belum bersedia sepenuhnya untuk berlakon semula. Selepas itu kalau ada 'offer' lagi, saya akan pertimbang dan fikirkan sebaik mungkin tapi dalam masa terdekat ni, saya tidak terfikir lagi untuk berlakon. Saya tak boleh nak buat keputusan terburu-buru dan terima terus tawaran berlakon, faham-faham ajelah anak Akak pun dan tambah seorang lagi, jadi tanggungjawab itu lebih berat."
"Buat masa ini biarlah saya nak tumpukan pada satu bidang seni sahaja. Dulu masa zaman berlakon, Akak masih solo dan bujang,
jadi senanglah nak bahagikan masa dengan baik. Lepas Akak dah
bersuami dan ada anak, itu yang payah sikit dan Akak kena beri perhatian pada keluarga. Lagipun, Aiman dan adiknya masih kecil lagi. Kalau pergi show atau promosi tu, tengok situasi juga, tak bolehlah nak pergi jauh-jauh, setakat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bolehlah. Kalaupun
ada 'outstation', mungkin saya akan balik hari, itupun tak bolehlah sampai larut malam. Yelah, bila dah jadi ibu ni, berjauhan dengan keluarga (anak dan suami) aje, mesti rasa rindu. Masa dapat Aiman dulu, saya boleh bahagikan jadual seni saya dengan baik dan urusan rumahtangga berjalan lancar. InsyaAllah
dengan kehadiran anak kedua ini, saya akan gunakan pengalaman yang ada yang diperolehi sebelum ini agar
urusan rumahtangga dan karier lebih teratur," cerita Ziana panjang lebar.
Tentu ada tertanya-tanya bila gambar ini dirakamkan oleh MH, kalau anda nak tahu gambar ini kami rakamkan sewaktu kandungan Ziana berusia 4 bulan. Cuba kita lihat bagaimana wajah dan imej Ziana 'vogue' dan 'maintain'. Malah wajah Ziana juga nampak seperti biasa, kurus cuma bentuk fizikalnya sahaja berubah. Pun begitu, Ziana berjanji pada dirinya selepas bersalin nanti dia akan jaga bentuk badan dan paras rupanya agar kembali seperti sedia kala.
"Biasalah Niff, masa Akak
mengandung memanglah Akak kurang menyerlah. Tunggu bila Akak dah habis berpantang nanti, Akak akan
pasang badan macam dulu. Akakpun tak perlu risau sebab Akak dah ada rahsia dan petua bagaimana nak slimkan badan sewaktu melahirkan Aiman dulu. Jadi tunggu aje kemunculan Akak nanti," cerita Ziana dalam nada ceria.
Seperkara lagi, pasti anda terfikir kenapa kami menyiarkan gambar Ziana untuk kulit muka depan minggu ini.
Memang kami dah rancang lama, jadi kami buat sesi fotografi awal-awal untuk stok simpanan 'cover'. Satu kebetulan, ketika kami ingin menjadikan Ziana penghias muka depan MH minggu ini dia sudahpun menerima cahayamata kedua. Jadi tepatlah masanya kami menyiarkan gambar Ziana kerana dia ada cerita terkini. Bersesuaian pula dengan album koleksi
Ratu-Satu Penghargaan 1992-2001 (edaran BMG) dan Ziana Zain No.1s 'LIVE' (edaran EMI) mendapat sambutan hangat di pasaran. Bahkan dalam email dan juga surat yang peminat kirimkan, ramai yang ingin tahu tentang perkembangan terkini Ziana.
Merealisasikan permintaan peminat, kamipun menyajikan sajian cerita menarik dan terbaru mengenai anak kedua dan karier penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Madah Berhelah ini.
DIBEDAH
KALI KEDUA
MH mendapat tahu Ziana telah melahirkan anak kedua melalui SMS pada sebelah tengah
hari Sabtu lalu (27 September 2003). Sumber yang memberitahu MH itu merupakan pekerja
di hospital Ziana bersalin. Ketika itu, Aniff berada di Jelebu, Negeri Sembilan menghadiri majlis persandingan Shikin dan Zull. Sebaik sahaja megetahui berita gembira itu, Aniff terus menghubungi pengurus Ziana, Lisa tetapi entah macammana talian telefon bimbit Aniff bermasalah. Sekembali ke Kuala Lumpur (28 September 2003), Aniff cuba menghubungi Lisa sekali lagi tetapi tidak dapat. Sehari selepas itu barulah Aniff dapat bercakap dengan Lisa dan dia mengiyakan cerita yang diberitahu oleh pekerja hospital itu.
"Ya, Ziana selamat bersalin pada 27 September lalu dan mendapat anak lelaki. Tapi nak ambil gambar baby tak boleh lagi sebab baby masih dalam rawatan. Kalau nak ambil gambar, tunggulah bila dia dah sihat nanti. Apa-apa hal nanti cakap dengan Ziana sendiri tapi Kak Lisa kena beritahu dia dulu yang Aniff nak menghubungi dia. Yelah dik, orang lepas bersalin dan masih
tak sihat lagi.
Nanti kalau Ziana kata okay untuk ditemubual, Kak Lisa akan bagi SMS pada Aniff," jelas Lisa.
Keesokan harinya, Lisa memberitahu kami bahawa Ziana sedia untuk ditemubual. Tanpa berlengah, Aniff terus menghubungi Ziana dan kebetulan Ziana tengah menunggu panggilan kami.
"Hah Niff, Akak tengah tunggu panggilan kau dari semalam, ingatkan call semalam," soal Ziana dalam nada gembira.
Bagaimana keadaan Ziana sekarang?
"Alhamdulillah, Akak sihat tapi sakit-sakit dari kesan pembedahan tu masih terasa lagi.
Difahamkan untuk kelahiran anak kedua ini, Ziana kena bedah lagi...
"Begitulah, sama seperti melahirkan Aiman dulu. Ketika itu Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Masa hari sabtu tu (27 September 2003), tiba-tiba saya demam dan sakit. Lebih kurang enam atau tujuh pagi, Armin bawa saya ke Hospital Selangor Medical Centre (SMC), Aimanpun ikut sekali. Setiba di SMC, saya terus di bawa ke bilik bersalin untuk menjalani pembedahan kerana anak dalam kandungan saya dah lemas dalam air ketuban. Jadi, doktor menasihatkan saya supaya melakukan pembedahan segera, takut apa-apa yang tidak diingini akan berlaku pada 'baby'. Doktor dah buka 2 hingga 3 cm, tapi katanya kalau diteruskan ia akan bermasalah. Tanpa berlengah, pembedahan terus dilakukan dan rasa sakit nak beranak tu teramat sagat. Tambahan pula saya dibedah, ia lebih teruk daripada bersalin normal. Terasa seksa sangat masa tu sehinggakan Armin turut menangis. Armin nak tengok saya dalam bilik pembedahan itu tapi dia tidak dibenarkan masuk. Apa yang penting, ketika melahirkan baby kedua ini ketahanan mental dan fizikal saya kuat dan berjalan lancar. Selepas baby dilahirkan, dia diletakkan di dalam incubator untuk menerima rawatan secukupnya. Apapun, saya bersyukur semuanya selamat. Dalam pada itu, sedih juga, yelah saya dah keluar hospital tapi baby masih di hospital. Demi kesihatannya tak apalah, janji dia sihat dan cergas seperti Aiman."
Berapa berat baby kedua Ziana dan pukul berapa baby itu selamat dilahirkan?
"Berat baby saya 3 kilogram dan dia selamat dilahirkan pada jam 10.50 pagi pada hari Sabtu lalu di SMC, Shah Alam.
Nama baby kedua tu sudah diberi ke atau belum..?
"Belum lagi tapi sebelum tu saya dan Armin dahpun berbincang tiga atau empat nama mengenai nama anak kedua kami. Semua nama itu bermula dengan
Muhammad tapi yang seterusnya tu masih dalam perancangan lagi. Mungkin dua tiga hari selepas baby
keluar hospital, baru kami akan beri namanya. Sekarang ni, baby masih tak sihat lagi, tunggulah bila baby benar-benar sihat.
Bagaimana reaksi Aiman bila dapat adik?
"Jangan cakaplah, Aiman punya gembira tak terkata. Bila dapat adik lelaki ni, adalah kawan Aiman nak berperang nanti (ketawa kecil). Masa adik dia kat hospital dan tak balik ke
rumah, Aiman tanya adiknya di mana? Bila saya terangkan dengan baik barulah dia memahami situasi
adiknya itu." Ketika berita ini ditulis 2 Oktober lalu,
kemungkinan adik Aiman sudah berada di kediamannya di Shah
Alam.
sumber:
Media Hiburan (11-17/10/03)
|
|
|
|
ARTICLE TAKEN FROM MEDIA HIBURAN MAGAZINE
|
--------------------------------------------
|
|
--------------------------------------------
|
DAH ADA PETUA KURUSKAN
BADAN...
(con't)
Bagaimana perwatakan baby
Ziana?
"Macam ayahnya juga, kulit putih, hidung mancung, mata bulat dan
berbulu lentik."
Dengar ceritanya, Ziana akan menghabiskan masa berpantang Ziana di rumah nenek Armin di
Raub, Pahang.
"Begitulah, bila baby dah sihat nanti baru saya akan ke sana dan bawa Aiman
sekali. Tapi lepas dah nak habis pantang nanti, saya akan balik Shah Alam dan duduk di rumah keluarga saya
pula. Kenalah bergilir-gilir."
Bila kami boleh ambil gambar Ziana dan baby?
"Tunggulah sampai baby benar-benar sihat dan habis berpantang
nanti. Yelah nak juga pasang badan dulu, lepas tu barulah boleh ambil gambar
sakan."
Bila pula nak pasang badan macam dulu?
"Bila dah habis berpantang, baru saya akan pasang
badan. Lagipun dah ada orang dari Slimming Centre yang sudi nak buat official dan kami akan buat final meeting selepas saya betul-betul dah sihat
nanti.
Ramai juga artis yang dah bersalin minta petua daripada Ziana bagaimana nak kuruskan badan
semula, yelah sebelum ini, Ziana telah membuktikan keberkesanannya (kuruskan
badan) ketika melahirkan Aiman. Apa rahsianya?
"Tak ada apa-apa petua tertentu cuma kita kena jaga
pemakanan kita agar ia seimbang. Kalau nak langsing, kita kenalah makan banyak
sayur-sayuran dan buah-buahan dan kurangkan makan makanan berlemak.
Bagaimana pula hadiah untuk anak kedua Ziana ni?
"Sebenarnya ramai peminat saya tak tahu saya dah dapat anak
kedua, tidak seperti Aiman dulu. Bila mereka (peminat) mendapat tahu saya dah selamat melahirkan
Aiman, banyak hadiah yang saya peroleh, ada yang hantar ke syarikat rakaman dan ada yang
hantar terus ke rumah."
Kalau Aiman, Ziana inginkan dia menjadi seorang ustaz, bagaimana pula dengan baby kedua
ini?
"Kalau boleh saya mahu kedua anak saya ini menjadi anak-anak yang soleh dan menjadi role model untuk generasi akan
datang. Harapan saya agar mereka berdua berjaya di dunia dan akhirat.
RATU - SATU PENGHARGAAN
1992-2001 VS. ZIANA ZAIN NO.1s 'LIVE'
Menyentuh mengenai promosi album terbarunya,
Ziana Zain No.1s 'LIVE' terbitan syarikat Ziana sendiri dan diedarkan oleh syarikat rakamannya barunya, EMI itu, Ziana
menegaskan, "Selepas semuanya dah selesai, saya akan teruskan promosi album saya itu dan memikirkan perancangan album
terbaru seterusnya. Saya akan buat promosi all out dan akan pastikan album Ziana Zain No.1s
'LIVE' mendapat sambutan seperti yang diharapkan.
Dalam pada album terbaru Ziana edaran EMI berada di pasaran, album koleksi lagu-lagu Ziana Zain edaran BMG berjudul
Ratu - Satu Penghargaan 1992-2001 juga turut menguasai pasaran, tidakkah kemunculannya megugat penjualan album terbaru Ziana
kerana difahamkan album ini berjaya menduduki tangga 10 album terbaik menerusi carta RIM.
"Saya tak rasa album itu mengugat penjualan album terbaru saya. Kedua-dua album itu mempunyai kekuatan tersendiri.
Ratu - Satu Penghargaan 1992-2001 berada di pasaran tiga bulan lebih awal daripada
Ziana Zain No.1s 'LIVE', jadi saya rasa tidak ada masalah langsung. Kalau peminat inginkan kelainan, mereka akan dapatkan album terbaru saya di mana ia lebih
kepada nyanyian secara live. Kekuatan dua album ini terletak pada konsepnya, album edaran EMI, berkonsepkan
live yang memuatkan dua buah lagu baru, Bukan dan Lembah Asmara
manakala Ratu - Satu Penghargaan 1992-2001 pula merupakan album yang memuatkan lagu-lagu yang telah lama
dirakamkan. Kalau peminat beli kedua-dua album tersebut, itu kiranya rezeki saya dan Alhamdulillah kerana memberi sokongan padu,"
cerita Ziana panjang lebar.
|
--------------------------------------------
|
-posted 10/10/03
|
ZIANA
DAPAT ANAK LELAKI LAGI
|
LAZIMNYA bagi pasangan suami isteri menanti detik kelahiran cahaya mata pertama sangat
mencemaskan. Berlainan dengan pasangan suami isteri terkenal, Ziana Zain dan Armin Zaharin apabila masing-masing panik dan terkejut menunggu kelahiran anak kedua terutama Armin yang tidak sanggup melihat isteri tersayang menahan kesakitan akibat kontraksi hendak
bersalin.
Hendak tahu kenapa kelahiran yang kedua ini amat meresahkan Ziana dan
Armin? Ini kerana sewaktu hendak melahirkan Mohd Aiman, 3, doktor sudah menetapkan tarikh pembedahan kerana kedudukan Aiman dalam kandungan
songsang.
Jadi Ziana tidak perlu melalui sakit bersalin untuk melahirkan
Aiman. Baik Ziana atau Armin, mereka tidak tahu bagaimana rasa dan rupanya orang yang sakit hendak
bersalin.
"Mengikut jangkaan doktor di Pusat Perubatan Selangor (SMC), tarikh bersalin Ziana hari ini (3
Oktober) tetapi dia juga bagi peringatan mungkin Ziana akan bersalin awal kerana kedudukan bayi sudah dekat sangat dengan pintu rahim dan dia minta Ziana banyak
berehat.
"Kemudian pada Sabtu lalu lebih kurang jam 4
pagi, Ziana tiba-tiba rasa hendak demam. Sejuk sangat seperti demam kura-kura. Kemudian rasa hendak buang air tetapi tak jadi dan selepas subuh Ziana rasa lain
macam. Pinggang dan bontot rasa sakit sangat macam hendak tertanggal.
"Semakin lama makin sakit, tak boleh berjalan rasa hendak
merangkak. Orang kata kalau sakit pinggang teruk macam itu tandanya hendak
bersalin. Tunggu juga tetapi lama-lama Ziana tak boleh tahan (sakit). Lebih kurang jam 9
pagi, Armin terus bawa Ziana ke SMC dan doktor kata pintu rahim sudah terbuka 2 cm,” cerita Ziana ketika Harian Metro menghubunginya di rumah di Shah
Alam, kelmarin.
Menurutnya, mengikut nasihat doktor, sepatutnya kali ini dia boleh bersalin secara biasa tetapi mereka tidak boleh tunggu lama kerana bayi sudah ‘stress’. Degupan jantungnya juga sangat
laju. Doktor terpaksa pecahkan air ketuban dan Ziana diterus dikejarkan ke bilik pembedahan (OT). Armin tidak dibenarkan menemani
Ziana.
"Armin takut betul tengok keadaan Ziana masa itu dan dia menangis di tepi pintu bilik OT. Dia sempat beritahu
Ziana, dia tidak sampai hati tengok keadaan Ziana yang menanggung kesakitan. Armin juga sedih kerana dia tidak boleh buat apa-apa untuk membantu
Ziana. Dalam sakit itu pun terdetik di hati Ziana ‘itulah, awak hendak ramai
anak. Dua ini pun sudah tak tahan macam mana hendak beranak
ramai-ramai’.
"Pada 10.50 pagi 27 September
lalu, bayi selamat dikeluarkan. Anak lelaki, beratnya tiga kilogram. Kami tidak kisah pasal
jantina, janji semuanya selamat. Tetapi bayi kena diletakkan di dalam incubator untuk mengawasi degupan
jantungnya.
"Alhamdulillah keadaannya sudah stabil dan mungkin hujung minggu ini dia boleh
keluar. Nama sudah ada tetapi belum muktamad lagi. Masih fikir nama lain yang
sesuai,” kata Ziana lega.
Sebagai ibu, hatinya resah melihatkan keadaan anaknya
itu. Sehingga kelmarin Ziana belum sempat memegang anaknya kerana si kecil itu terus dimasukkan ke dalam incubator. Dia juga belum boleh menyusukan
anaknya.
Aiman juga belum melihat adiknya lagi kerana Ziana balik dulu dari hospital. Tetapi apabila dia melihat perut
mamanya, dia tanya mana ‘baby’ dan katanya lagi mesti ‘baby’ itu
perempuan.
"Sebenarnya dia teringatkan sepupunya yang baru lahir iaitu
perempuan. Sejak dapat adik ini Aiman meragam sikit. Papanya kata, ‘sabar ajelah’. Armin mengambil cuti khas selama sebulan untuk menjaga Ziana dan
anak.
"Ziana tak tahu lagi hendak berpantang di mana kerana emak Ziana pun kena menjaga dua cucunya
(anak saudara Ziana). Mungkin Ziana akan balik ke kampung Armin di Raub, Pahang,"
jelasnya.
Menurut Ziana, pembedahan dibuat pada bekas pembedahan pertama dulu dan memang sakit kerana walaupun Armin sudah berusia tiga
tahun, luka di perut masih terasa. Dalam menahan sakit, Ziana masih lagi bergurau dengan
penulis.
Katanya, masa sakit hendak bersalin tiba-tiba dia menyesal ‘kenapalah aku hendak
beranak....kan dah siksa’. Masa ‘happy’ tak ingat itu semua. Selepas bersalin dia mengusik
Armin, ‘Nampaknya kena fikir banyak kali untuk tambah
anak’.
"Biasalah...dah lama sikit, lupalah pasal sakit
itu. Kami suka anak ramai tetapi biarlah Aiman dan adiknya besar dulu. Anak-anak harta yang paling
berharga. Balik kerja tengok anak rasa tenang. Setiap ibu pasti berperasaan sama seperti
Ziana,”" ujar Ziana bahagia.
Apabila ditanya ahli keluarga baru ini rupa
siapa, jelas Ziana, matanya besar seperti matanya dan rambut tebal. Tetapi wajah mirip
siapa, belum dapat dipastikan lagi kerana selalunya dalam masa dua tiga bulan, wajah bayi akan
berubah.
Seperti kelahiran Aiman dulu, Ziana tidak mahu gambarnya dan anak
diambil. Pesannya, tunggulah badannya kurus dulu.
sumber:
Harian Metro (03/10/03)
|
|