BIOGRAPHY

 
 

-Full Name: Siti Roziana Binti Mohd Zain-
-Commercial Name: Ziana Zain-
-D.O.B: May 02, 1968-
-P.O.B: Kampung Simpang, Merlimau Melaka-
-Height: 5' 4''-
-Status: Married-
-Siblings: 1 out of 5-
-Hobby: Singing & Cooking-
-Ambition: Engineer @ Pilot-

 
   

 

 

 

EDUCATION

 
 

-Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Shah Alam, kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz-

 
   

 

 

 

EXPERIENCE

 
 

-Pengalaman sebelum menjadi artis: Menjadi tukang masak kantin sebaik sahaja tamat persekolahan, kemudian menjadi operator pengeluaran di kilang JVC Shah Alam selama 7 bulan. Selepas itu berkerja sebagai juruwang di Holiday Inn Shah Alam sebelum menjadi pramugari MAS selama 2 tahun-

 
   
 

FAVOURITE

 
 

-Fav. Foods: Sambal Tumis & Masak Lemak Cili Api-
-Fav Drinks: Teh Tarik-
-Fav. Colour:
Green-
-Idol: Anita Sarawak-
-Fav. Singer: Anita Baker & Whitney Houston-
-Fav. Actor/Actress: Allayarhamah Normadiah, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee & Julia Roberts-

 
   
--------------------------------------------------------------------------------

 

 

Ratu - Satu penghargaan 1992-2001 (2003) Gadis hitam manis, anak kepada pegawai polis ini dilahirkan di Merlimau, Melaka 35 tahun dahulu. Dari pekerja kilang, gadis ini bertukar karier menjadi seorang pramugari. Namun minatnya dalam bidang seni mula membuak-buak ketika bertugas di syarikat penerbangan itu, lantas gadis yang dikenali sebagai Ziana Zain ini mula menyertai pelbagai pertandingan nyanyian yang diadakan di tanah air. Ketika itu tiada siapa yang mengetahui dia adalah kakak kepada penyanyi cilik, Anuar Zain yang sebelum itu amat dikenali dengan nyanyian lagu Kain Pelikat.
Lantas bakat Ziana dapat juga dihidu oleh BMG Music. Pada tahun 1992, Ziana Zain akhirnya berjaya menghasilkan album sulungnya. Tanpa diduga albumnya mendapat sambutan menerusi lagu hits Madah Berhelah yang juga merupakan judul album tersebut. Anak sulung dari 5 beradik ini mula dikenali dan dilihat bakal menjadi diva suatu hari nanti. Telahan itu semakin menjadi realiti apabila album kedua Ziana Zain berjudul Ziana Zain menghasilkan jualan menghampiri 100 ribu unit.
'Mania' Ziana Zain bermula selepas itu. Sana sini orang memperkatakan tentang dirinya selepas era diva seperti Rohana Jalil, Ramlah Ram, Francesca Peter, Aishah dan Fauziah Latiff. Dua tahun selepas itu Ziana Zain muncul lagi dengan album baru berjudul Setia Ku Di Sini. Album ini benar-benar menakjubkan dan mengejutkan sendiri syarikat rakamannya. Jualan album ini menghampiri 200 ribu unit dan membuatkan Ziana menjadi artis wanita paling popular di era awal 90an hingga kini.
Lantas dia juga telah dipikat oleh prosedur filem terkenal yang turut digelar 'The Six Million Dollar Man', Datuk Yusuf Haslam untuk membintangi filem Sembilu 1 & 2 dan Maria Mariana 1 & 2. Jelas populariti Ziana banyak membantu pasaran filem itu. Dia bukan sahaja cantik, berbakat dalam nyanyian tetapi dia juga mampu menjadi pelakon yang hebat. Dengan kejayaan dan mutu lakonan Ziana, menyerlahkan lagi kehebatan penyanyi ini untuk bergelar sebagai anak seni yang serba boleh. Maka lahirlah album ke satu album untuk Ziana Zain. Atas kejayaan dan pencapaiannya, Ziana Zain muncul dengan Konsert Unplugged di Life Centre, Kuala Lumpur pada tahun 1995.
Bukan semua artis berjaya dengan konsert seperti itu. Selepas hampir 7 tahun mencipta nama di persada seni, Zana akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Perkahwinan Ziana Zain dianggap majlis perkahwinan paling gemilang (artis tempatan) pada alaf lalu apabila ia dihadiri oleh puluhan ribu peminatnya walaupun tanpa diundang. Ramai berkata, status perkahwinan bakal melenyapkan populariti seterusnya karier artis terbabit tetapi Ziana membuktikan tanggapan itu salah. Ziana membuktikan bakat, imej dan kesungguhan yang ada pada diri artis mampu untuk individu artis itu meneruskan kariernya. Bersama suami tersayang, Armin Zaharin dan anaknya Mohd Aiman, Ziana terus gah berdiri sama tinggi dengan artis-artis yang sedia ada. Nama terus dikenang dan dia akan terus menjadi ratu di hati peminatnya sejak sekian lama.
Lantas BMG telah mengabadikan sebuah album khas untuk Ziana Zain yang berjudul Ratu sebagai tanda penghormatan ke atas kejayaannya selama 12 tahun di dalam bidang seni. Dengan himpunan lagu-lagu terbaik yang pernah dihasilkan bersama syarikat rakaman BMG seperti Madah Berhelah, Puncak Kasih, Setia Ke Akhir Hayat, Anggapanmu, Tiada Jodoh Antara Kita, Setia Ku Di Sini, Di Akhir Garisan (with Ning Baziura, Nora & Dessy Fitri) dan Menadah Gerimis pastinya album akan dikenang sepanjang masa oleh peminat Ziana sampai bila-bila.
--------------------------------------------------------------------------------
WHAT DO THEY THINK ABOUT ZIANA? AZMEER 
 "Bagi saya Ziana merupakan seorang penyanyi yang punya identiti tersendiri. Suara tingginya begitu dinamik, bagus dan begitu tersendiri. Bekerja dengannya merupakan satu pengalaman yang manis dan baik kerana dia merupakan seorang yang profesional. Dia bukan sekadar ingin menyanyi, sebaliknya ingin mengetahui segala proses dari susunan muzik hingga melodi. Pendek kata senang bila bekerjasama dengannya. Cuma satu kelemahannya Ziana ini terlalu bersikap rendah diri dan kurang keyakinan walaupun dah lama berkecimpung di dalam industri ini."

ADNAN ABU HASSAN 
"Ziana seorang yang profesional. Cara kami bekerja lebih kepada kawan-kawan tanpa membataskan jurang antara penyanyi dan juga komposer. Dia juga selalunya akan bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan sebaik masuk studio. Punya identiti tersendiri dengan vokal uniknya sehingga ada pihak yang ingin meniru gayanya. Dari situ saya dah anggap dia berjaya kerana ada orang yang mahu menjadi sepertinya. Dan lagi satu, sepanjang bergelar anak seni, saya rasa dia seorang yang bebas dari gosip panas. Keseluruhannya dia berjaya dan kini semakin berjaya membina imejnya."

FAUZI MARZUKI 
"Satu perkara yang saya kagum mengenai Ziana Zain ialah vokal nyaringnya yang dimilikinya. Dia mempunyai mutu suara yang baik. Bekerja dengannya juga senang kerana dia merupakan seorang penyanyi yang selalu bersedia, tepat masa dan paling penting tidak bermasalah. Satu pandangan saya terhadap Ziana ialah dia patut muncul dengan sebuah album setiap tahun kerana dia mampu menawan hati serta memukau peminat muzik di luar sana dengan caranya yang tersendiri."

JOHARI TEH 
"Ziana seorang penyanyi yang punya identiti tersendiri. Vokalnya mempunyai power dan style yang tak ada pada artis lain. Bekerjasama dengannya juga amat mudah kerana dia terlalu komited dengan kerjayanya. Sepanjang bekerjasama dengan Ziana, kami memang tiada masalah. Sebagai seorang penyanyi yang berpengalaman, Ziana bijak mengawal feelnya yang natural sekali gus membuatkan dia terus diterima.