Laman Web ini dibina atas rasa kasih dan sayang kami bersama. Kami telah ditemukan dalam suasana dunia siber yang kian berkembang pesat. Komputer dan internet merupakan rakan karib kami yang begitu dekat dengan diri kami sejak mula pertemuan kami dan masa kini.

Sebelum diikat dengan tali pertunangan pada 27 April 2002, kami pernah bekerja di bawah satu bumbung dalam Bahagian Multimedia di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah(PPAK). Pada masa kini kami bekerja di lain Jabatan, saya(Azizi) di Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH)manakala dia(Suhana) masih lagi di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK)..

Pada pertemuan kami yang pertama di PPAK tidak terlintas untuk menjadi kekasih dan seterusnya sebagai pasangan hidup. Ketika itu kami hanya anggap diri kami hanya sebagai kawan sekerja sahaja. Bila kami bersama selalu juga mengenali diri masing-masing melalui cerita-cerita pengalaman lalu dan cerita-cerita mengenai keluarga masing-masing. Mungkin dari situ timbul perasaan ingin tahu hal diri masing-masing dan disemai perasaan cinta antara kami berdua. Kadang-kadang kami berkomunikasi melalui Chat di MSN Messangger dan berbalas mesej melalui telefon bimbit masing-masing walaupun berada di Bahagian yang sama. Pelik juga hal kami ni kalau nak difikirkan.

Ketika berada di luar tempat kerja pula kami hanya kerap berbalas mesej melalui telefon bimbit masing-masing dan kalau ada masa call la juga tanya khabar. Panjang lagi nak cerita niii....... nanti ada idea sambung lagiii..

 


Sila klik gambar disebelah untuk mengisi atau melihat  Buku Pelawat.

 

Laman Web Bersama Azizi & Suhana © Hakcipta Terpelihara 2001

Laman ini mula di bina pada 1hb. Jan, 2001 dan tarikh akhir dikemaskini pada