MAKTAB PERGURUAN BESUT,
KOTA PUTRA, TERENGGANU
 

KAJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN
KOMUNIKASI DI SEKOLAH
 
 

SEKOLAH KAJIAN:
SEKOLAH MENENGAH TENGKU MAHMUD 1,
ALOR LINTANG BESUT.
 

DISEDIAKAN OLEH:
ZANARIAH ABDULLAH
ROSMAYUZIE AB. SATAR
KPLI-KOMPUTER 2001
 

UNTUK TINDAKAN:
ENCIK ABU BAKAR MAT TAI



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mukadimah



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami sempat menyiapkan kajian Teknologi Maklumat Komunikasi di sekolah walaupun dalam masa yang agak terhad kerana mempunyai pelbagai tugasan lain yang perlu disiapkan dalam semester I ini. Kami telah membuat kajian berkenaan dengan Literasi Komputer dan Teknologi Maklumat untuk menengah atas di Sekolah Menengah Tengku Mahmud 1. Kajian ini meliputi pelbagai aspek seperti yang diperuntukkan dalam Perancangan Kuliah bagi subjek Teknologi Maklumat dna Komunikasi Dalam Pendidikan, En. Abu Bakar Mat Tai utnuk KPLI. Terima kasih diucapkan kepada guru yang terlibat iaitu Puan Noraina serta guru-guru lain yang telah memberi kerjasama kepada kami.

Sekian, terima kasih.

Zanariah Abdullah
Rosmayuzie Ab. Satar
KPLI-Komputer 2001


 
 



 
 

KAJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOMUNIKASI DI SEKOLAH




1.0 PENGENALAN

1.1 SEJARAH UMUM

Pada penghujung tahun 1998, Mata Pelajaran Teknologi Maklumat (MPTM) sebagai satu mata pelajaran pilihan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah telah diumumkan untuk ditawarkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2000. Sehubungan dengan ini, Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk menawarkan MPTM secara percubaan di 15 buah sekolah menengah pada tahun 1999.

Pada tahun 2000, bilangan sekolah ini ditambah sebanyak 30 buah lagi. Kurikulum dan pelaksanaan MPIT akan dikaji pada tahun 2000 untuk memantapkan pelaksanaannya. Sekolah yang ingin menawarkan mata pelajaran ini, mestilah mengikut prosidur dan syarat-syarat seperti           yang telah ditetapkan oleh KPM menerusi surat makluman KP ( PPK ) 016 / 62 / Jld.1( 51 )  bertarikh 15/2/2000.
 

1.2 SKOP SUBJEK

Skop subjek Teknologi Maklumat merangkumi para pelajar di sekolah menengah.  Ini termasuklah para pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6.
 

1.3 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

Pengenalan subjek teknologi maklumat dibuat di sekolah-sekolah adalah bagi menerapkan pendidikan teknologi maklumat kepada para pelajar seiring dengan kepesatan pembangunan dunia teknologi maklumat.  Diantara objektif-objektif yang digariskan adalah seperti berikut:

· Mengkaji, mengguna dan memahami sistem dan persekitaran yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
· Membina pengetahuan tentang prinsip dan proses teknologi maklumat;
· Mengenal pasti serta meneroka keperluan dan peluang yang boleh ditangani melalui teknologi maklumat;
· Menjana idea bagi memajukan teknologi berkaitan dengan keperluan yang dikenal pasti;
· Mengguna teknologi maklumat dengan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah;
· Menyedari implikasi penggunaan teknologi maklumat terhadap masyarakat dan kehidupan harian;
· Menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam memajukan masyarakat.
 

2.0 SEKOLAH PILIHAN

2.1 SEKOLAH MENENGAH TENGKU MAHMUD I , BESUT.

3.0 PERLAKSANAAN DI SEKOLAH

3.1 CETUSAN IDEA

Subjek  Teknologi Maklumat mula dilaksanakan di SMKTM1 pada awal tahun 2000. Ia bermula dengan kesedaran pihak sekolah untuk menanamkan Ia dimulai dengan Literasi Komputer untuk tingkatan 1 hingga 3. Literasi Komputer lebih memfokuskan kepada perkara asas komputer seperti pengenalan kepada komputer; perkakasan, perisian dan sebagainya, penggunaan aplikasi Microsoft seperti Microsoft Office dan lain-lain aplikasi yang mudah dan senang untuk digunakan oleh pelajar menengah rendah.

Bagi tingkatan 5 pula, matapelajaran yang diajar ialah Teknologi Maklumat iaitu matapelajaran yang menjadi fokus utama atau penekanan di sekolah yang mengambil matapelajaran ini.

Di SMKTM1, tidak ada satu kelas khusus untuk pelajar-pelajar IT. Semua pelajar yang layak dan berminat dengan mata pelajaran IT boleh mendaftar untuk kelas yang hanya diadakan pada sessi petang sahaja.
 
 

3.2 KELAYAKAN SEKOLAH
 

3.3 FASILITI
 

3.3.1 PRASARANA

Makmal Komputer yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti berikut :

· Lokasi - tidak terletak di kawasan yang dinaiki air, disempadani oleh dinding konkrit
· Jeriji di setiap tingkap dan pintu
·  Padlock
· Bekalan Elektrik Stabil
· Susunatur Komputer dan pengkabelan elektrik
· Talian Telefon terus ke makmal untuk capaian Internet
· Akaun Internet

3.3.2 PERKAKASAN

Perkakasan yang perlu ada di sesebuah sekolah yang menawarkan subjek Teknologi Maklumat adalah seperti berikut :

· Komputer Multimedia – 20 set Pentium 166Mhz (min)
· 1.2GB HDD (min) Windows 95 (min)
· Komputer Pelayan – 1 set Windows NT
· LAN
· Pencetak
· Scanner
· Video Capture Card

3.3.3 PERISIAN

Perisian-perisian yang diperlukan oleh pihak sekolah adalah :
· Pelayan Web,
· E-Mail,
· Proxy,
· FTP,
· IRC
· Word Processing,
· Spreadsheet,
· DBMS,
· Presentation
· Editor Graphics, Sound, Video, Web
· Authoring Tools
· Programming Visual Basics
· Client – E-Mail, IRC, Chat Web browser
· Perisian lain yang diperlukan mengikut keadaan semasa
 

3.3.4 BAHAN DAN SUMBER PENGAJARAN
 
 

3.4 SPESIFIKASI

3.4.1 GURU

Hanya guru-guru yang memiliki Diploma/Ijazah dalam Bidang Komputer Sains atau Teknologi Maklumat atau yang setara sahaja layak untuk mengajar mata pelajaran Teknologi Maklumat.

3.4.2 PELAJAR
 
 

4.0 SILIBUS SUBJEK

4.1 LITERASI KOMPUTER ( TINGKATAN 1 , 2 , 3 )
 

4.2 TEKNOLOGI MAKLUMAT ( TINGKATAN 4 & 5 )
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


SILIBUS SUBJEK
TEKNOLOGI MAKLUMAT ( TINGKATAN 4 & 5 )


Pendahuluan

Program pendidikan di negara ini, khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.

Teknologi Maklumat ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk. Bidang ilmu ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrifan serta skopnya sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya.

Mata pelajaran Teknologi Maklumat ialah satu mata pelajaran pilihan yang ditawarkan di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat dan membina sikap yang bersesuaian untuk menghadapi cabaran dalam era maklumat. Pengetahuan, kemahiran serta sikap yang diperoleh melalui mata pelajaran ini membolehkan para pelajar menyambung pelajaran dalam bidang teknologi maklumat di peringkat pengajian yang lebih tinggi mahupun menggunakan pengetahuan dan kemahiran ini dalam bidang pengajian yang lain atau bidang kerjaya yang mereka ceburi.

Matlamat

Matlamat kurikulum Teknologi Maklumat peringkat sekolah ialah untuk membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang teknologi maklumat dan berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan teknologi maklumat bagi menyelesaikan masalah. Di samping pengetahuan dan kemahiran, kurikulum Teknologi Maklumat juga membentuk pelajar yang bersikap positif terhadap impak dan sumbangan teknologi maklumat kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja.

Objektif

Ke arah mencapai matlamat kurikulum, objektif berikut digariskan bagi membolehkan pelajar:-
1. Mengkaji, mengguna dan memahami sistem dan persekitaran yang berkaitan dengan teknologi maklumat;
2. Membina pengetahuan tentang prinsip dan proses teknologi maklumat;
3. Mengenal pasti serta meneroka keperluan dan peluang yang boleh ditangani melalui teknologi maklumat;
4. Menjana idea bagi memajukan teknologi berkaitan dengan keperluan yang dikenal pasti;
5. Mengguna teknologi maklumat dengan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah;
6. Menyedari implikasi penggunaan teknologi maklumat terhadap masyarakat dan kehidupan harian;
7. Menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam memajukan masyarakat.

Organisasi Kandungan

Antara prinsip penggubalan di bawah rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ialah kandungan kurikulum ditentukan berdasarkan bidang ilmu yang ada. Sesuatu bidang ilmu mempunyai unsur pengetahuan, kemahiran dan nilainya yang tersendiri, dan teknologi maklumat ialah suatu bidang ilmu yang baru serta luas bidangnya.

Unsur Kemahiran

Unsur utama bagi kandungan kurikulum Teknologi Maklumat ialah kemahiran. Kemahiran yang bersifat umum atau generik dalam Teknologi Maklumat ialah:-
Kemahiran Komunikasi: Berkomunikasi idea, penyelesaian kepada isu dan masalah, hasil dan sebagainya melalui pelbagai cara termasuk, lakaran, perwakilan grafik dan model dengan menggunakan teknologi maklumat.

Kemahiran Mengendali Maklumat: Kurikulum Teknologi Maklumat merupakan satu peluang yang baik bagi mengembangkan
kemahiran mengendali maklumat iaitu:-

· Mengguna pelbagai teknik inkuiri;
· Mengenal pasti, mencari, mengumpul, menyimpan, mengakses dan memproses maklumat;
· Menyusun, menganalisis, mensintesis, menilai dan menggunakan maklumat;
· Mempersembahkan maklumat secara jelas, logik, padat dan tepat;
· Mengenal pasti, memperihal dan mentafsir pelbagai sudut pandangan;
· Menggunakan pelbagai teknologi pengaksesan dan pemprosesan secara yakin dan trampil.

Kemahiran Penyelesaian Masalah: Keupayaan teknologi adalah berkait rapat dengan penyelesaian masalah. Kurikulum teknologi maklumat memberikan konteks yang luas bagi penyelesaian masalah. Kemahiran penyelesaian masalah memerlukan

· Pemikiran kritis, kreatif, reflektif dan mantik.
· Imaginasi, inisiatif dan keluwesan
· Pengenalpastian, pemerihalan, dan pentafsiran semula masalah, serta menganalisisnya dari pelbagai perspektif
· Penyiasatan, penerokaan dan penjanaan idea
· Pengujian idea dan penyelesaian dan membuat keputusan berdasarkan pengalaman dan hujah
· Penilaian proses dan hasil.

Secara khusus atau spesifik, kemahiran utama dalam Teknologi Maklumat, ialah:-Pengaturcaraan iaitu reka bentuk dan proses penyelesaian kepada masalah mengikut prosedur dan tertib tertentu dan menggunakan bahasanya yang tersendiri, dan

Pengendalian sistem komputer iaitu penggunaan perkakasan dan perisian komputer untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah termasuk kebolehan untuk memasang, menyusun dan menyenggara sistem komputer.

Unsur Pengetahuan

Unsur pengetahuan dalam kurikulum Teknologi Maklumat untuk sekolah menengah, diolah dan disusun di bawah enam bidang pengetahuannya iaitu:-
· Sistem Komputer
· Perisian Aplikasi
· Multimedia
· Pengaturcaraan
· Pengurusan Sistem Maklumat
· Rangkaian dan Komunikasi

Kandungan Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat ditulis dalam bentuk dua lajur yang baertajuk KONSEP dan KEDALAMAN SKOP.

Lajur KONSEP menyenaraikan konsep-konsep dalam bidang pengetahuan berkenaan dan menggambarkan keluasan skop bidang pengetahuan itu. Manakala lajur KEDALAMAN SKOP menghuraikan konsep tertentu bagi menunjukkan kedalaman olahan konsep tersebut.

Unsur Sikap dan Nilai

Terbina dalam pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat ini ciri-ciri seperti bersistem, tertib, jelas dan terperinci yang memupuk pemikiran dan sikap tekun, teliti, tepat dan yakin. Selain itu komunikasi dalam Teknologi Maklumat mempunyai kod dan etika yang tersendiri yang membentuk nilai bertanggungjawab, hormat-menghormati, bekerjasama dan kesopanan.
Secara umumnya, kurikulum Teknologi Maklumat boleh digambarkan sebagai suatu kurikulum yang berasaskan proses. Bidang pengetahuan teknologi maklumat dijadikan sebagai landasan untuk mengembangkan kemahiran dan proses, dan hasil daripada penguasaan kemahiran dan pengetahuan ini membentuk individu yang berakhlak mulia.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat dua pendekatan yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan menyampaikan ilmu tentang teknologi maklumat, iaitu “belajar tentang teknologi maklumat”, dan “belajar dengan teknologi maklumat”. Pendekatan “belajar tentang teknologi maklumat” digunakan dengan tujuan menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas teknologi maklumat bagi membolehkan pelajar menjadi pengguna teknologi maklumat yang berkesan. Manakala pendekatan “belajar dengan teknologi maklumat” menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah dengan tujuan menyediakan pelajar dengan ilmu yang membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan teknologi.

Kedua-dua pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah bersifat hands-on dan mind-on. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran Teknologi Maklumat sebahagian utamanya adalah berbentuk praktikal.
Olahan kandungan kurikulum Teknologi Maklumat kepada enam bidang pengetahuan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan tanpa berhierarki. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran boleh dimulakan dengan mana-mana bidang pengetahuan sekiranya kemahiran asas pengendalian teknologi maklumat sudah dikuasai.
 
 

Kandungan

Sistem Komputer

KONSEP KEDALAMAN SKOP

Konsep asas Sistem Unit Pemproses Pusat (CPU): Memproses maklumat secara aritmetik, membuat perbandingan dan membuat keputusan.Storan Primer RAM/ROM: Penyimpan data dan arahan yang tetap dan terkini.Peranti Input (papan kekunci, tetikus): Penukar maklumat daripada yang difahami oleh manusia kepada yang boleh diproses oleh komputer. Peranti Output (pemapar, pencetak): Penukar maklumat yang diproses oleh komputer kepada yang boleh difahami oleh manusia.Storan Sekunder (cakera liut, cakera keras, CD): Penyimpan data yang banyak.

Sistem Pengendalian (OS) Platform Perkakasan: PC, Macintosh, Sistem berasaskan UNIXJenis OS: DOS, Windows95, UNIXKomponen dan Perkhidmatan OS: Perintah/ Arahan Asas, Memproses arahan secara berkumpulan (batch processing), Pengurusan Fail

Rangkaian Komputer Konsep bagi menghubungkan beberapa komputer bagi tujuan berkomunikasi maklumat, LAN dan WAN, topologi rangkaian, peer-to-peer  dan klien-server.Keperluan bagi Perkakasan dan Perisian RangkaianPerkhidmatan Rangkaian: perkongsian sumber seperti pencetak dan perisian, uploading dan downloading fail, mel elektronik.
Perkakasan Fungsi  teknikal dan Seni Bina Perkakasan utama: Papan Induk, Kad, Cip, Monitor, Pencetak, Penyimpan Data.Periferal dan Antaramuka: Pengimbas, Sensor, Kad Rangkaian

Pengaturcaraan

KONSEP KEDALAMAN SKOP

Data dan Maklumat Konsep data dan maklumat dalam ITNombor asas dua, Kod ASCII
Peringkat bahasa pengaturcaraan Pengaturcaraan berorientasi objekBasic, C, PascalBahasa AssemblyBahasa mesin
Konsep Pengaturcaraan Pengisytiharan pembolehubah dan skop pembolehubahJenis data: integer, nyata, string, booleanOperasi aritmetik ke atas pembolehubahStruktur kawalan: turutan, pemilihan, ulanganProsedur dan fungsi berparameterData komposit: rekod dan jujukan Kompilasi Penterjemah dan Pengkompil Ujian dan Nyahpijatan Dokumentasi dalamanMenyurih algoritma atau kod
 

Rangkaian dan Komunikasi

KONSEP KEDALAMAN SKOP

Konsep asas Sumber maklumat, sistem komunikasi, rangkaian perkongsian maklumat
Perisian komunikasi Mel elektronik: konfigurasi, mengirim, menerima, membalas, salinan kepada, tandatangan dan nama samaran, senarai edaran, sertaan teks dan binari.Telnet: hubungan dan logging on, arahan sistem, operasi menu.Protokol Pemindahan Fail (FTP): hubungan dan logging on, downloading, pemampatan dan nyahmampatan, menyemak virus, uploading.
World Wide Web (WWW) Jenis-jenis Browser, menghubungi suatu tapak, melayari web, tanda buku, simpanan teks dan grafik, teknik mencari maklumat.

Reka Bentuk Laman Web Penyunting HTMLMerancang pembinaan tapakFormatan teks dan perenggan, atribut imej, susun letak halaman.Menghubung halaman dan melayari tapak, menghubung tapak.Fitur lanjutan: peta berklik, borang, bunyi, animasi, video.

Isu Internet Sikap sesuai semasa on-line (Netika)Virus, hak peribadi, hacking, cetak rompak, kelucahan.
 

Perisian Aplikasi

KONSEP KEDALAMAN SKOP

Pemproses Perkataan Alat-alat untuk memanipulasi teks dan perbezaannya: editor, pemproses perkataan, perisian penerbitan.Prinsip asas pemproses perkataan: penggunaan susunatur skrin yang berkesan, suntingan dan formatan.Fitur yang menyokong kemasukan dan suntingan teks: lipatan perkataan, pemecah perenggan, potongan dan selitan, potong, salin dan tampal, cari dan tukar.Fitur yang menyokong reka letak halaman: margin, justifikasi, ruang baris, tab.Fitur yang menyokong pembacaan: muka taip, saiz fon, gaya.Fitur yang menyokong ketepatan dan kualiti: penyemak ejaan dan gramar, tesaurus.Fitur yang menyokong persembahan dokumen: peringkat kepala seragam, header dan footer, gaya, kerangka.

Pemproses Perkataan (lanjutan) Pelbagai jenis formatan: jadual, lajur, indent, petak, lorekan petak, bullet.Jenis-jenis petak: teks, rajah, persamaan.Pengiraan dalam jadualMembina dan mengimport grafikMenyelit dokumen ke dalam dokumen terbukaMemilih dan menyusun senarai rekod untuk gabungan.Pengaturcaraan makro.

Hamparan Elektronik Reka bentuk paparan: menu, butang dan toolbar, scroll bar, kawasan input data, kawasan status.Komponen asas hamparan: sel, baris, lajurPenggunaan dan input data berlainan jenis: nilai, teks, formula, tarikhFitur yang menyokong pengiraan: rujukan sel, fungsi (matematik, statistik)Fitur yang menyokong pengubahsuaian hamparan: menyunting sel (potong, salin, tampal), mengisi formula, potongan dan selitan baris dan lajur.Fitur yang menyokong persembahan hamparan: penyunting teks, saiz dan gaya abjad, penjajaran data sel, formatan nombor (peratus, mata wang, saintifik)Fitur pemvisualan nombor: pembinaan dan pengubahsuaian pelbagai bentuk carta,Analisis apa-jika

Hamparan Elektronik (lanjutan) Formatan blok dan halaman: header dan footer, fon, tinggi dan lebar baris dan lajur, format nombor, lorekan.Pengaturcaraan makroTemplatMembina dan menyunting carta daripada data hamparan.Menghubung halaman daripada pelbagai buku nota atau buku kerja.Mengimport/mengeksport data dari/ke hamparan elektronik atau pemproses perkataan.Menyusun dan menapis data.Mengguna alatan statistik.

Perisian Persembahan Jenis-jenis grafik: bitmap, vektor, animasi.Grafik tersedia: clipartMemanipulasi grafik: memindah, membalik, memutar, menukar saiz dan skala, melapis.Konsep perisian persembahan: membina persembahan (pertunjukan slaid), mengimport dan menyunting carta, mengimport grafik, menulis dan menyunting teks, customizing persembahan, membina persembahan versi runtime.Reka bentuk persembahan yang berkesan

Isu  Perisian Cetak rompak, hak cipta, virus dan keselamatan maklumat.
 

Multimedia

KONSEP KEDALAMAN SKOP

Konsep Multimedia Bentuk maklumat: teks, grafik, audio, video, animasiPerkakasan multimedia: pengimbas, kamera digital, papan audioPerisian multimedia: Alat pengarangan, perisian grafik, Alat penyuntingan Pembangunan dan reka bentuk bahan Multimedia Bunyi: penangkapan, suntingan, playbackVideo: perancangan dan papan cerita, operasi kamera, penangkapan still dan motion, transition dan effects, playback.Animasi: perancangan dan pemapan cerita, melukis sel, membina animasi, playback.

Komunikasi berkesan dengan Multimedia Pemilihan teks, audio, video warna yang bersesuaian.Kawalan tumpuan pengguna.Keseimbangan reka bentuk paparan dan penggunaan ruang putih.
 

Pengurusan Sistem Maklumat

KONSEP KEDALAMAN SKOP

Pangkalan Data Perbezaan fail biasa dengan sistem pengurusan pangkalan dataPeristilahan: Medan, rekod, fail,Membina pangkalan data: memilih dan menaip medan, menginput data.Mengguna pangkalan data: membina borang dan susun letak, isihan dan indeksan medan tunggal dan berganda, mencari maklumat yang diperlukan dengan satu atau lebih syarat, meringkaskan maklumat dan menjana laporan, bahasa kuiri pangkalan data.

Pangkalan Data (Lanjutan) Reka bentuk fail dan takrifan medanFail berhubung dan fail pangkalan data berkaitMembina dan menggunakan borang customMenyunting borangMembentuk kuiriMembina laporan daripada kuiriPengaturcaraan makroMenghubungkan kepada hamparan dan pemproses perkataan.
 

4.3 PENGKOMPUTERAN ( TINGKATAN 6 )

TIDAK TERDAPAT DI SMKTM
 
 

5.0 KEKANGAN DAN MASALAH

5.1 GURU

5.2 PELAJAR

5.3 FASILITI

6.0 PENUTUP dan 7.0 RUJUKAN

8.0 LAMPIRAN A

      LAMPIRAN B
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



6.0 PENUTUP

Pengenalan subjek Literasi Komputer, Teknologi Maklumat dan Pengkomputeran di sekolah-sekolah di Malaysia merupakan satu langkah bijak kerajaan dalam menangani era ledakan teknologi maklumat selaras dengan pembangunan negara.
Namun begitu, satu kajian sepatutnya dilakukan bagi melihat sejauh mana keberkesanan dan seterusnya mengenalpasti kekurangan yang ada dalam kurikulum Teknologi Maklumat itu sendiri.  Kajian-kajian ini merupakan langkah terbaik bagi mengemaskini kurikulum ini agar matlamat yang digariskan dapat dicapai sepenuhnya.
Pihak sekolah pula, seharusnya memberi sokongan penuh kepada usaha kerajaan ini agar hasilnya dapat dinikmati bersama secara saksama.
 
 

7.0 RUJUKAN

1. Temubual dengan Puan Noraina ( Sek Men Tengku Mahmud I ).
2. Temubual dengan Puan Norhayati dan Puan Noraiza ( Sek Men Keb Penarek )
3. Modul Literasi Komputer Sek. Men Tengku Mahmud I.
4. Soalselidik para pelajar Teknologi Maklumat Sek Men Keb Penarek.
5. http://kdp.ppk.kpm.my/lk-guide.htm
6. http://kdp.ppk.kpm.my/progkdp_lk.htm
7. http://asugan.8m.com/
8. http://kdp.ppk.kpm.my/progkdp_lk.htm
9. http://kdp.ppk.kpm.my/ukdp.htm
10. http://members.nbci.com/pcghs/it/Sukatan/Pentaksiran.htm
 
 
 
 
 



8.0 LAMPIRAN A

SUKATAN PELAJARAN LITERASI KOMPUTER

       PERINGKAT 1
       Aktiviti Peringkat 1 (T1A1 - T1A7) diikuti oleh semua pelajar bagi
       memenuhi keperluan 1.1(a).
       T1A1         Peraturan Dan Keselamatan:
       (40 minit)      * Makmal komputer;
                       * Penjagaan cakera dan komputer;
                       * Keselamatan pengguna dan data;
                       * Pengenalan kepada virus komputer dan
                         langkah-langkah pencegahan.
       T1A2         Pengenalan Kepada Komputer
       (80 minit)      * Apakah dia komputer?
                       * Bahagian-bahagian utama sistem komputer (input,
                         unit pemprosesan pusat, ingatan, output -
                         pembelajaran konsep melalui gambar rajah blok);
                       * Etika penggunaan komputer,
                       * hakcipta dan penyalahgunaan komputer;
                       * Kegunaan komputer
       T1A3         Penyesuaian Dengan Sistem Komputer
       (160 minit)     * Pengenalan kepada bahagian-bahagian komputer;
                       * Kemahiran asas penggunaan papan kekunci;
                       * Asas penjagaan perisian dan perkakasan;
                       * Penggunaan pencetak
        T1A4        Asas Sistem Pengendalian
       (200 minit)     * Pengenalan kepada persekitaran sistem
                         pengendalian jenis teks dan grafik.
                            + Konsep fail, direktori dan subdirektori;
                            + Konsep direktori semasa(current directory);
                            + Makna fail backup dan kepentingannya;
                            + Penggunaan kemudahan bantuan (help).
                       * Perintah-perintah asas
                            + Pengemudian direktori/bergerak dari
                              direktori ke direktori
                            + Menyalin fail dan cakera
                            + Melakukan (execute) aplikasi
                       * Fahaman asas tentang kegunaan Sistem Pengendalian
       T1A5         Asas Pemprosesan kata
       (640 minit)     * Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan;
                       * Memula, menaip, menyimpan, memuat dan mencetak
                         dokumen;
                       * Penyuntingan asas (kawalan kursor, memadam teks,
                         menyelit teks(insert), menengahkan teks (center),
                         menggariskan teks, menebalkan teks (bold) dan
                         mengitalikkan teks);
                       * Menukar jenis dan saiz fon;
                       * Menukar pelarasan teks (justification);
                       * Menukar saiz halaman (A4 atau letter) dan
                         orientasi halaman (portrait atau landscape)
                       * Memotong, menyalin dan menampal teks.
        T1A6        Grafik
       (400 minit)
                    Jika perisian pemprosesan kata yang digunakan untuk
                    menjalankan aktiviti di T1A5 mempunyai kemudahan
                    grafik, bahagian grafik ini boleh diajar dengan
                    mengunakan pemprosesan kata itu.
                       * Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan
                       * Membina dan menyunting grafik
                       * Menyimpan, memuat dan mencetak fail grafik
                       * Pengabungan teks dan grafik untuk menjalankan
                         aktiviti penerbitan setempat (desktop publishing)
       T1A7         Pengenalan Kepada Hamparan Elektronik
       (80 minit)      * Demonstrasi kegunaan perisian hamparan elektronik
                       * ciri-ciri dan kelebihan perisian hamparan
                         elektronik
        T1A8        Pengenalan Kepada Internet
       (80 minit)      * Konsep Internet dan ciri-ciri Internet
                       * Demonstrasi kegunaan kemudahan Internet (jika ada
                         kemudahan di sekolah)
       Jumlah Masa:  1680 minit
 

PERINGKAT 2
       Diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang berminat melalui aktiviti
       kokurikulum
       T2A1         Sistem Pengendalian (Lanjutan)
                    Perintah-perintah lanjutan:

                       * Membuat/membuang fail dan direktori
                       * Memformat disket data dan disket sistem
                       * Memindah fail/direktori
                       * Menukar nama fail
       T2A2         Pemprosesan Kata (Lanjutan)
                       * Menukar jarak antara baris
                       * Menukar bilangan lajur dalam dokumen
                       * Menyelit bingkai /gambar/objek
                       * Mengubah/memindah bingkai grafik.
                       * Menggunakan alatan lukisan
                       * Menyelit dan memanipulasikan jadual
       T2A3         Hamparan Elektronik
                       * Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan
                       * Membina hamparan
                       * Pembinaan formula berdasarkan operasi asas
                         matematik (*,+,-,/,^)
                       * Penggunaan fungsi-fungsi asas dalam formula
                       * Pembinaan graf
                       * Isihan
       T2A4         Rangkaian Komputer
                       * Konsep asas rangkaian komputer
                       * Ciri-ciri dan kelebihan rangkaian komputer
                       * Konsep perkongsian data dan sumber
                       * Amali perkongsian data dan sumber
                       * Konsep dan penggunaan mel elektronik
                       * Netiquette (Network etiquette)
       T2A5         Aktiviti Internet
                    (Jika ada kemudahan Internet)
                       * Alat-alat Internet (Internet tools) seperti
                         browser, email, telnet, ftp, newsgroups dan
                         lain-lain;
                       * Aktiviti-aktiviti pendidikan yang berasaskan
                       * Internet seperti forum elektronik, newsgroups
· dan lain-lain.

PERINGKAT 3

      Diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang berminat melalui aktiviti
      kokurikulum
       T3A1          Asas Perisian Pengurusan Pangkalan Data
                        * Ciri-ciri dan kelebihan
                        * Konsep asas pangkalan data, fail, rekod dan
                          medan. Jenis data.
                        * Merancang dan membina pangkalan data
                        * Menginput data
                        * Mencapai data melalui query
                        * Mencetak data dan laporan ringkas
       T3A2          Pengaturcaraan
                        * Konsep Pengaturcaraan
                        * Proses asas pengaturcaraan - analisis,
                          perancangan, pembangunan, pengujian,
                          penyahpepijatan (debugging), pendokumenan)
                        * Penggunaan perisian penyunting (editor)
                        * Pengenalan kepada struktur kawalan
                             + penggelungan,
                             + percabangan,
                             + jujukan
                        * Penggunaan pemboleh ubah
                        * Ungkapan aritmatik
                        * Perintah-perintah asas
                        * Manipulasi angka dan rentetan
                        * Penggunaan pengendali (operator) logik dan
                        * hubungan (relational)
       T3A3          Aktiviti Internet
                     (Jika ada kemudahan)
                        * Pembangunan World Wide Web Home Page
                        * b. Aktiviti-aktiviti pendidikan yang berdasarkan
· penggunaan sumber Internet.

PERINGKAT 4

       T4A1          Perisian Pengurusan Pangkalan Data Lanjutan
                        * Tapisan data
                        * Penyediaan dan penggunaan borang
                        * Penyediaan dan pencetakan laporan (lanjutan)
                        * Bahasa query
       T4A2          Pengaturcaraan (Lanjutan)
                        * Perintah-perintah lanjutan
                             + Gelung bersarang (nested loop)
                             + Fail berjujukan (sequential) dan fail
                               capaian rawak (random access)
                             + Perintah grafik
                             + Perintah bunyi
                        * Subrutin/prosedur/fungsi
                        * Tatasusunan (array)
       T4A3          Aktiviti Internet
                     (Jika ada kemudahan Internet)

PERINGKAT 5

                    Yang berikut merupakan cadangan projek-projek yang
                    boleh dijalankan oleh pelajar-pelajar sama ada secara
                    individu atau kumpulan di bawah bimbingan dan nasihat
                    guru atau pakar rujuk luar yang dihubungi oleh pihak
                    sekolah. Pelajar-pelajar digalakkan mengemukakan
                    cadangan projek lain berdasarkan minat mereka.

                       * Pembinaan sistem pangkalan data guru dan
                         kakitangan sekolah
                       * Pembinaan sistem pangkalan data pelajar sekolah
                         atau rekod kemajuan pelajar
                       * Pembinaan sistem pangkalan data pusat sumber
                         sekolah
                       * Pembinaan sistem pangkalan data peralatan makmal
                         sekolah
                       * Pembinaan sistem pangkalan data skim pinjaman
                         buku teks sekolah
                       * Pembinaan sistem pangkalan data kes disiplin
                         sekolah
                       * Pembinaan sistem pangkalan data inventori kedai
                         koperasi sekolah
                       * Pembinaan sistem pangkalan data atau perisian
                         multimedia flora/fauna/tempat
                         bersejarah/tokoh-tokoh sejarah di dalam dan di
                         luar negara
                       * Pembinaan perisian kursus untuk menyelesaikan
                         masalah pengajaran pembelajaran
                       * Pembinaan templat hamparan elektronik untuk
                         pejabat sekolah
                       * Pembinaan hamparan elektronik untuk pengiraan
                         markah peperikasaan
                       * Pembinaan ëslideshowí multimedia untuk
                         memperkenalkan sejarah sekolah/latar belakang
                         sekolah/perancangan sekolah
                         Pembinaan persembahan multimedia untuk Hari
                         Ucapan/Hari Terbuka sekolah
                         Pembinaan modul latihan / tutorial berkomputer
                         untuk ahli-ahli kelab yang lain
                       * Pembinaan model perkakasan komputer
                         Perancangan dan pelaksanaan aktiviti Internet
                         seperti senarai pengemelan (mailing list),
                         kumpulan perbincangan (discussion group) dan
                         sebagainya.
                    Projek reka bentuk berbantu komputer (CAD)
                       * Projek berkaitan dengan mata pelajaran
                       * Reka Cipta
                       * Projek untuk pertandingan/kuiz komputer
                         Projek-projek lain yang difikirkan sesuai
 
 
 
 
 
 
 
 
 


LAMPIRAN B

GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN DI SMKTM 1
 
 


Pusat Multimedia (Makmal Komputer)
 


Komputer di Pusat Komputer berjumlah 26 buah (20 clients, 1 server, 1 admin, 4 untuk backup)
 
 


Komputer di dalam makmal (gambar diambil dari sudut lain)