MAKLUMAT PENDIDIKAN
Tidak banyak sejarah tentang pendidikan, cukup hanya sekadar apa yang mampu diterjemahkan di sini saja. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Siong, Baling, Kedah hingga tamat darjah enam (1982). Sambung belajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Siong, Baling, Kedah, dan menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP ketika itu) pada tahun 1985, dan dapat meneruskan pengajian hingga tamat tingkatan 5 dengan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1988.
Pada tahun 1997 menyambung pengajian semula dengan mengambil Diploma In Computer Graphic Design di Institute of Information Technology (COSMOPOINT) hingga tamat pada tahun 1999.
Pada tahun 2003, sambung belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Pentadbiran Sains dan Politik di bawah program e-PJJ. Namun tidak dapat dihabiskan atas sebab kewangan dan masa yang tidak mengizinkan. Hanya sampai semester 2.
Kini menyambung pengajian dalam Bacelor Komunikasi (B. Comm) di Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula pada November 2004. Kini dalam pengajian semester 4 dan dijangka tamat pada awal tahun 2007. Insya Allah.
Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba-Mu yang lemah ini. Amin.