PENGALAMAN KERJA

 

 

Setelah selesai peperiksaan SPM pada 1988, saya terus menyambung kerja di kampong dengan membantu nenek. Setahun kemudian bekerja sebagai Kerani Ukur Kayu di sebuah syarikat pembalakan di Naka, Sik dengan gaji permulaan sebulan RM300.00 dan berkeja lebih kurang satu tahun setengah sebelum bersara dan berehat di kampung.

 

Pada tahun 1990 merantau ke Pulau Pinang, untuk mencari pendapatan yang lebih dengan bekerja sebagai Operator di sebuah kilang. Kilang pertama yang di tawan ialah SEAGATE dengan pendapatan sebulan lebih kurang RM450.00 sebulan yang bertahan selama 3 bulan sebelum bertukar kepada kilang lain. Begitulah seterusnya hinggalah dalam awal tahun 1993 kilang MARTEL menjadi kilang terakhir saya sebelum melangkah kaki ke Kuala Lumpur setelah ditawarkan kerja sebagai Pembantu Am di perpustakaan perubatan, Universiti Malaya. 1993 .

 

Di Kuala Lumpurlah bermulanya kehidupan saya yang agak terancang. Gaji yang ditawarkan tidaklah setinggi mana tetapi pekerjaannya adalah Tetap dan berpencen. Malamnya saya bekerja sebagai Security di sebuah kondominium sebagai mencari kewangan lebih. Setelah mempunyai kewangan yang agak stabil saya sambung pengajian di sebuah institute teknologi maklumat (Cosmopoint).

 

Namun, Kuala Lumpur bukanlah tempat sekadar untuk memenuhi erti kehidupan kosmopolitan, akhirnya saya terpaksa kuburkan cita-cita saya untuk bekerja dengan pendapatan BERGAJI TETAP. Atas desakan hidup di Kuala Lumpur, saya tinggalkan Universiti Malaya pada awal tahun 1997 dengan menceburkan diri dengan gerakan NGO iaitu sebuah badan penulis yang dikenali sebagai Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) sebagai Kerani yang menawarkan gaji yang agak lumayan dan keperluan-keperluan lain yang lebih baik.

 

Bermula di GAPENA, saya bekerja dengan seikhlas hati tanpa mengira masa selama 3 tahun sehinggalah saya dilantik sebagai Setiausaha Kerja GAPENA pada tahun 2000. Dengan GAPENA, saya telah belajar banyak perkara selain pengalaman yang tidak dapat saya kecapi sebelumnya dengan berpeluang mengembara ke serata tempat di setiap pelusuk dunia. Apa yang paling manis, adalah lawatan ke Tanah Suci dan menunaikan Umrah pada tahun 2000. Sehingga kini (2006), saya masih lagi bersama GAPENA dengan menjawat jawatan sebagai Setiausaha Sulit Kepada Ketua Satu GAPENA iaitu Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ Dr Pendeta Haji Ismail Hussein.