|
<ruslan@pecd.com.my><amie@pecd.com.my><hiswadi@takaful-malaysia.com><halmiham@takaful-malaysia.com>
CONTOH
BALASAN DI DUNIA LAGI TERHADAP isteri
durhaka
Kisah ni agak panjang sedikit. Anyway, take Ur time b'coz it really2 good
story. Wallahualam... Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya
sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar
di Johor.
Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa
terlalu seronok. Eh, makin kurus nampak. Diet ke ? kata saya setelah mempersilakannya
duduk. Tak adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.
Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi tinggal
tulang, balas Arifin. Tengok ni ustaz, baju pun dah
menggelebeh.Seluar pun longgar,tambah Arifin sambil menarik lengan baju
untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya
Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul,
pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
Orang rumah saya
sakitlah, ustaz, kata Arifin. Patutlah aku tengok engkau lain macam aja
tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa? saya bertanya. Agak lambat
Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya
bersandar di kerusi. Setelah itu sorotnya mata saya dalam-dalam.
Entahlah...katanya perlahan, lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia
melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang... penuh dengan lepuh
macam orang terkena air panas, kata Arifin. Tambah kawan lama saya itu,
dia telah membawa isterinya , Niza, ke serata hospital dan klinik, namun
ubat yang di beri oleh doctor tidak dapat melegakan penyakitnya.
Sakit apa, doctor pun tak tau, tambahnya. Dah pergi berubat kampung? saya
bertanya. Dah,tapi macam biasalah...bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh
kawasan orang bunian., sampuk... macam-macam lagi. Duit banyak habis,
masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh, jelas Arifin. Malah, kata
kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh
isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah
murung, kusut. Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan
saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu
dan berbintil-bintil macam katak puru, tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat
sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-
bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Di sebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana
hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja.
Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang bersimpati
tapi ada juga yang mengejek. Kebanyakkannya menyindir di belakang , tapi
ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai
rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi
jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat
menyedihkan kerana usia awal 30 an, rambutnya seperti wanita berumur 90
an.
Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut
Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi
lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni.
Kenapa dia, bukan orang lain ? Apa salah dia ? Kasian betul saya tengok,
kata Arifin. Wajahnya sayu. Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu.
Di sebabkan doctor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa
isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang
di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga
tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja
dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah
tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,
tambah Arifin.
Insya-Allah....' Balas saya. Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin
tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan
semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana
semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
Apa yang dia cakap masa meracau tu ?
Macam-macam ustaz...tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya.
Saya tanya kenapa?. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah... orang
dah sakit memang macam tu, kata Arifin. Saya Cuma mendiamkan diri. Mengiakan
tidak, menggeleng pun tidak.
Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji
untuk kerumah Arifin pada malam esoknya. Datang ya ustaz. Saya tunggu,
katanya sambil mengangkat punggung. Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan
pejabat saya.
Seperti yang di janjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak. Jemput
masuk ustaz, Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik. Dia
baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang
rumah saya ni sensitif sikit, bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring
mengiring mengadap ke dinding. Za... ni Ustaz Nahrawi datang, kata Arifin
perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. Masya-Allah
memang keadaan Niza sangat menyedihkan
Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok
ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang
di permukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak
menandakan dia sudah lama menderita.
Niza Cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas
lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik. Dengan
suara separuh berbisik, saya bertanya, Pin , saya nak tanya sikit, tapi
sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung.
Tak adalah ,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah, jawab Arifin.
Err,...dari mana datangnya bau yang...soal saya, tapi tak sanggup nak
menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
Ooo...mmm, dari alat sulit dia, kata Arifin perlahan. Keluar lendir bercampur
nanah. Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan
Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal
yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala
di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana
ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya,
adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah. Kalau macam tu,
baguslah, kata saya. Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik
dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan
Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah. Sama-samalah
kita berdoa supaya dia sembuh, kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah.
Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu
kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin
tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak
dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan
solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya.
Nasihat saya dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi.
Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis. katanya, sekarang
barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu. Kenapa? pantas saya bertanya.
Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan
segala-galanya. Arifin menyambung ceritanya. Malam itu saya terkejut sebab
semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor
kepada saya.
Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan
saya. Saya tanya kenapa? Dia jawab , supaya ikut kata-katanya dan tak
cari perempuan lain. Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun
pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan
tu selepas saya di tundukkan dengan ilmu hitam.
Saya tanya, masa bila awak buat ? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak
kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang, dia
telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki. Niza sebutkan nama
lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan
setakat kawan saja, malah sudah ke tahap buat hubungan seks. Kerana itu
dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. Dia minta saya maafkan.
Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang balasnya.
Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia, saya hilang pertimbangan.
Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah
begitu, dia jadi perempuan....Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya.
Termenung saya mendengar ceritanya itu. Tidak saya sangka Niza sanggup
berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran
agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok. Kalau sudah begitu
bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia, kata saya. Selain itu saya mencadangkan
kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. Kata saya, mungkin nyawa
isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan
daripada suaminya terlebih
dahulu.
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala
pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan
lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan
sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. Saya
tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.
Ampunkan dia ? Arifin bertanya balik. Dia dah derhaka dengan saya, buat
tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz
mau saya maafkan dia ? tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut. Ya... dia pergi dengan aman dan awak pula dapat
pahala, jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan
isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah
mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan
cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. Takkan awak nak biarkan
dia menderita ? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya... Maafkan
saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas, jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan
supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan
ibu Yasin. Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,
kata saya.
Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan
isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa
sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila
kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi. Tapi alhamdulillah,
sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana
menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil
menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan
dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah
ampunkan dia.
Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir
daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah
dalam memilih isteri, jgn pandang hanya pada rupa......
RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU...
EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
|
|
|