Pantai ini terletak di perkampungan desa yang aneh tetapi menarik di Punggor salah sebuah kawasan di Daerah Batu Pahat. Walaupun pantainya tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, Pantai Punggor menawarkan keindahannya untuk mereka yang ingin beristirehat.
Bawalah seisi keluarga untuk berkelah bersama untuk menikmati pemandangan di sini dan habiskan masa hujung minggu anda dengan udara pantai yang lembut dan sunyi. Legakan ketegangan kerja anda dengan melawati Pantai Punggor dan anda akan berasa segar dan kembali muda
|