Homepage

Ingatan (Memory) Variable


Ingatan Variable adalah cara sementara data disimpan di Ingatan Komputer (Memory).Ianya boleh jadi dalam bentuk Chracter string ,angka,tarikh atau nilai logik (.t. atau .f.).pengecualian hanya kepada Ingatan Variable untuk memo yang memang tidak disediakan didalam aplikasi foxpro.Program akan menggunakan memory variable untuk beberapa tujuan seperti pengesahan data untuk pengguna,data kerja untuk kiraan atau sering digunakan untuk tujuan tayangan di skrin.Bagi Memory Variable terdiri beberapa fungsi seperti berikut :-.



Menamakan Ingatan (Memory) Variable


  Nama yang baik untuk Ingatan Variable hendaklah tidak lebih dari 10 karektor(Characters).Ianya boleh terdiri dari huruf,angka dan garis bawah (Underscore)kecuali tiada lopang (space).

Kita boleh mengadakan satu teknik tersendiri untuk memberi nama kepada ingatan variable,walaupun begitu ada beberapa cara biasa diamalkan dan boleh diikuti untuk memberi gambaran yang jelas apabila nama diberi kepada satu-satu variable tersebut.Asas yang sering diamalkan seperti berikut :-

  • Beri nama kepada ingatan variable yang berkait rapat dengan fungsinya,seperti perihal nilai kos unit ,ingatan variable pula harus mengambarkan pegangan (hold) variable kos itu .
  • Jika ingatan variable ada kaitan dengan medan(field)fail database.Gunakan nama yang seakan dengan medan tersebut.
  • Sering mula ingatan variable dengan huruf m->.

    Contoh ..katakan medan (field) Qty_ayam,maka ingatan variable nya hendaklah m->Qty_ayam.

  • diperjelaskan (indicate) jenis data samada jenis tempatan (local) atau umum(public)

  • Memulakan(Initial) Ingatan(Memory)Variable


        i) Untuk memulakan simpanan ingatan variable,hanya memerlukan "assign" nilai kepadanya.Jika melibatkan "Public memory",akan menyebabkan terhakis memory lama jika nama variable itu sama kecuali "Private memory".

    Cara memulakan menyimpan ada berbagai cara seperti berikut :-

    Character

  • mfirstname= "Ahmad"
  • promptx = "Itu tidak betul..cuba lagi"
  • store space(2) to mlastname
  • store " " to pilihan,answer
  • atau

    Angka (Numeric)

  • x=0.001
  • xy=0.00
  • store 0.01 to subtotal,total,cash
  • atau

    Tarikh(Date)

  • today=date()
  • harijadi=CTOD("01/01/2000")
  • date_trans = {}
  • atau

    Logical

  • finished = .t.
  • store .f. to erased,not_valid

  • Memulakan (Initial) Ingatan (memory) Variable Arrays


        Ingatan array adalah jenis Ingatan matrix variable.Matric memory variable boleh dibuat didalam satu atau dua dimensional.Bagi satu dimensional hanya terdiri satu barisan dan dua-dimensional pula terdiri lebih dari satu barisan.

    Setiap barisan hanya terdapat sepuluh element dan tahap penampungan element tidak melebihi satu ribu satu ratus tujuh puluh sahaja.

    Untuk memulakan sesuatu memory array dengan membuat "DECLARE" kepada struktur array dan kemudian "Assign" nilai kepada setiap elemant yang terdapat di matrix variable.

    Bagi satu-dimensional array hanya mempunyai satu kordinat(row);bagi dua-dimensional array pula mempunyai dua kordinat(row & column)dipisahkan dengan komma.

    Contoh DECLARE m->kos_aray[12,2]

    Use Ayam Order nama_id

    m->kos_aray[1,1] = part_id

    m->kos_aray[1,2] =Cost

    Anda boleh menyimpan variable kepada mana-mana array dan juga menyimpan nilai kepada satu array kemudian dipindahkan kepada array yang lain.


    Variable Persendirian (Private)& Umum(public)


         Variable Persendirian hanya dapat digunakan diaras module tersebut dan kebawah (subordinate modules).Ini bererti melindungi variable tersebut dari dibaca oleh module yang lebih atas darinya.

    Variable Umum(Public)lebih berperanan keseluruhan module.ianya di mulakan dari peringkat awal module dan terus kekal kecuali ada variable yang merintas memory pengenalan public tersebut.

    Untuk variable array ianya jenis "Public" kecuali array tersebut di tukar keperingkat persendirian(private).

    Contoh PRIVATE m->kos_aray

    DECLARE m->kos_aray[12,2].

    Untuk variable jenis "Public"

    Contoh PUBLIC m->kos_aray

    m->kos_aray=300.00.


    Lepas (Releasing) Ingatan(Memory) Variable & Array


         Semua memory jenis "Private" secara automatik akan dilepaskan apabila program selesai dilaksanakan atau subprogram menamatkan memory variable tersebut.Walaubagaimana pun untuk "Public" variable tidak boleh dilepas secara automatik,ianya perlu kepada arahan "CLEAR" atau "RELEASE".

    Guna "RELEASE" untuk satu memory variable dan guna "CLEAR ALL" atau "CLEAR MEMORY" akan melepaskan semua memory variable yang tersimpan dikomputer.Pada ralibnya apabila anda keluar dari foxpro,semua variable secara automatik dilepaskan dan ditutup.

    Disini diterang teknik melepaskan memory variable seperti berikut :-

  • Melepaskan satu memory variable   Contoh - RELEASE m->kos_ayam
  • Melepaskan lebih dari satu memory variable   Contoh -RELEASE m->kos_ayam,m->kos_baki
  • melepaskan variable dengan nama bermula dengan m   Contoh -RELEASE ALL LIKE m*
  • Melepaskan lain-lain variable kecuali dengan nama bermula dengan m   Contoh -RELEASE ALL EXCEPT m*
  • Melepaskan semua variable "PUBLIC"   Contoh - CLEAR MEMORY atau CLEAR ALL
  • Melepaskan semua variable "PRIVATE"   Contoh - RELEASE ALL

  • .

    Untuk menyimpan fail memory dan digunakan semula,anda perlu 'RESTORE" fail dimaksudkan dan tindakan begini menyebabkan semua memory semasa hilang dari ingatan komputer .

    Ke Atas