Bangunan lama Sekolah Kebangsaan Juara 

  

Pintu masuk utama ke Sek. Keb.Juara

  

Pemandangan dari depan Sek.Keb.Juara

  

Landskap dengan tanaman pokok-pokok bunga menghiasi Sek.Keb.Juara
   
  

  

Rimbunan pokok-pokok menghijau menjadi tempat rihat murid-murid.

  Taman  Sains 

  
Taman Menanti  Kedatangan  seseorang 
 

 
Staf-staf  Juara 

  
 

 
Taman  Bacaan SK Juara 
 
 

 
Taman  Bacaan  yang  dirasmikan  pada  16hb. November  1996 
Tn.Hj Idrus b Dato' Hj. Ibrahim 
  

 

         SEJARAH SEKOLAH  

Sekolah Kebangsaan Juara mula dikenali dengan nama Sekolah Melayu Cherok To' Kun yang letaknya di Kampung Cherok To'Kun , Bukit Mertajam . Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1908 dengan menggunakan sebuahkan sebuah bangunan papan. Bangunan ini sekarang digunakan oleh KEMAS. 

Pada tahun itu (1908) hanya tiga kelas sahaja dibuka dengan mempunyai seramai lebih kurang 80 orang murid. Selepas itu kelas bertambah menjadi 5 buah kelas , maka murid yang belajar mengguna 2 buah bangunan iaitu di bangunan KEMAS dan di bangunan Sekolah Agama yang ada sekarang iaitu pada tahun 1932 . 

Guru Besar yang pertama ialah Cikgu Othman yang dikenali dengan panggilan Pak Man. Beliau menjadi guru besar di sini dari tahun 1908 hingga 1912. 

Dalam tahun lima puluhan , Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Anwar bin Datuk Hj Ibrahim adalah salah seorang bekas pelajar di sekolah ini.   

Pada tahun 1966, semua Sekolah Melayu ditukar nama iaitu menjadi Sekolah Umum.  Sekolah Melayu Cherok To'Kun ditukar menjadi Sekolah Umum Cherok To'Kun .Pada masa itu Menteri Pelajarannya ialah Encik Mohd Khir Johari. 

Dalam tahun enam puluhan , bilangan murid semakin bertambah dan 3 blok bangunan yang ada di kawasan sekolah ini, sekarang digunakan untuk kelas-kelas pembelajaran. Bangunan yang lama tidak lagi digunakan , ia digunakan sebagai kelas KEMAS pada masa kini. 

Bila ketiga-tiga blok ini digunakan , pejabat dan bilik guru besar di tempatkan di blok C dan beberapa tahun kemudian , pejabat dan bilik guru besar dipindahkan ke blok A . 

Pada tahun enam puluhan , pencapaian sekolah ini dalam bidang Ko-Kurikulum khususnya,bidang permainan sangat menggalakkan terutama dalam permainan bola jaring dan bola sepak . Oleh sebab sekolah ini sering menjadi johan dalam bidang permainan , maka nama sekolah ini ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Juara pada tahun 1969. Pada ketika itu Menteri Pelajaran Malaysia ialah YB Datuk Haji Abdul Rahman bin Yaakob.  

Semua sekolah yang bahasa penganntarnya Melayu ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan.  Bangunan Sekolah Kebangsaan Juara telah dirasmikan oleh YB. Datuk Haji Abdul Rahman bin Yaakob  pada 29. 9. 1969 . 

Pada tahun 1986 , Sekolah Kebangsaan Juara dinaikkan dari gred C menjadi gred B . Bilangan murid pada masa itu ialah 395 orang dan dikendalikan oleh 18 orang guru dan 4 orang pekerja. 

Untuk menampung murid yang semakin bertambah , sebuah bangunan baru tiga tingkat telah didirikan dan mula digunakan pada bulan Jun 1987. Di bangunan baru ini di tempatkan pejabat , bilik guru besar , bilik penolong kanan , bilik guru , bilik sumber , perpustakaan ,surau dan kelas pembelajaran . 

Pada tahun 1989 , sekolah ini telah mendapat sebidang tanah untuk dijadikan padang sekolah . Luas kawasan sekolah sekarang ialah 8.9 ekar . 

  SENARAI NAMA-NAMA GURU BESAR:  

          1. EN OTHMAN ( PAK MAN ) 
              1908 - 1912  
          2. EN MD NOH BIN MAT 1912 - 1917  
          3. EN TAIN BIN ISMAIL 1917 - 1925 
          4. EN EMBUN BIN SENAWI  
              1925 - 1926  
          5. EN OTHMAN BIN MD ALI           
              1926 - 1927  
          6. EN ISMAIL BIN GHAUS  
              1927 - 1928  
          7. EN MD SALLEH BIN SUTAN  
              1928 - 1933  
          8. EN EMBI BIN YUSOF 1933 - 1934  
          9. EN HASHIM BIN SENAWI  
              1934 - 1950  
          10.EN SHAFIE BIN AWANG  
               1950 - 1951  
          11. EN AHMAD BIN EMBUN  
                1951 - 1955  
          12. EN MD ISA BIN MD NOH  
                1955 - 1964  
          13. EN EN IBRAHIM BIN AHMAD  
                1964 - 1975  
          14. EN MD NOR BIN SAUD  
                1975 - 1977  
          15. EN SHAFIE BIN ISMAIL  
                1977 - 1979  
          16. HJ SHAHABUDIN BIN HJ MD  
                 NOR    -    1980 - 1985   
          17. EN OMAR BIN IBRAHIM  
                1986 - 1987  
          18. HJ YUSOF BIN ABDUL GHANI  
                1987 -  1996  
          19. EN ILLYAS BIN ISMAIL  
                7/1996- SEKARANG  
 

              LAPORAN SEKOLAH MASA KINI .   

Gred sekolah pada masa kini ialah gred A - luar bandar . 
Sesi persekolahan - sesi pagi sahaja
Bilangan bilik dajah ialah 18 buah . 
Bilangan murid ialah 645 orang , staf ada 32 orang dan bukan guru ialah pembantu tabir 1 , PAR - 1, PRA - 1, jaga - 1
Bilik-bilik khas yang ada : bengkel kemahiran hidup ( ubahsuai bilik darjah ) 
Bilik sains ( ubahsuai ) berkongsi dengan bilik darjah tahun 4 . 
Perpustakaan ( yang  menempatkan sudut SAL , bilk tayang ,tv pendidikan dan bilik komputer  ( sai)10 ' x 24 ' ). 
Bilik pemulihsn khas sementara ( saiz 10 ' x 24 ' ) Surau ubahsuai  bilik darjah. 
Bilik sumber ( ABM ) berkongsi dengan bilik guru yang telah diubah suai .. 
Peruntukan kewangan setahun : 
Fund Kerajaan RM21 000.00  
Fund SUWA RM 4000.00 
Projek pembinaan blok tambahna 3 tingkat ; dalam rancangan Malaysia ke 7
Tender telah di keluakan dalam Berita Harian: Hari Isnin - 17.3.1997 . 
Projek ini mengandungi : sebuah pusat sumber yang luas 4 buah bilik darjah . 
Sebuah  kelinik gigi  dan  sebuah bilik Sains  dan stor . 

 

 
TERUSKAN 
 

 

 

E-mail kami jika anda ada sebarang cadangan
Halaman in ditaja oleh