ajk

 [Tabs]

                            

   PERSATUAN IBU BAPA GURU

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KAJANG

JALAN SEMENYIH

43000 KAJANG

SELANGOR DARUL EHSAN

TEL:  03-8363955 FAXS: 8370354

                  

INFOTECH

BIL 1/99


Salam Bahagia,

Maklumat adalah penting kepada semua ahli keluarga sesebuah organisasi,memang telah menjadi lumrah manusia memerlukan maklumat di saban waktu, untuk bersama didalam sesebuah organisasi. Ia bukan sahaja merupakan satu keperluan bahkan telah menjadi satu kemestian bagi mengujudkan kerjasama dikalangan kelompok ahli didalam organisasi tersebut. Malah adalah lebih penting daripada itu bahawa maklumat dapat mengelakkan daripada kekeliruan, salah faham antara satu pihak dengan yang lain.

Dalam kontek penyebaran maklumat, data dan maklumat akan di hasilkan dan di simpan dalam bentuk bit digital yang saling bertukaran. Apabila ia digabungkan dengan komunikasi satelit dan fiber optik sambungan rangkaian komunikasi digital menjadi "Lebuh raya maklumat" atau prasarana maklumat sejagat(Global Information structure). Dimana individu berpotensi menerima capaian sejagat dengan serta merta kepada semua dalam bentuk data dan maklumat.

Jesteru itu dalam kontek penyebaran maklumat setempat dalam pembinaan organisasi pendidikan. Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah Menengah Teknik Kajang Sesi 1999/2000 berusaha untuk mengujudkan rangkaian maklumat semaksima yang mungkin. Melalui Risalah maya ini di terbitkan bertujuan untuk cuba membantu sekolah dalam hal penyebaran maklumat kepada semua penjaga dan ibubapa pelajar sekolah ini.

INFOTEK sekurang kurangnya akan terbit dua kali setahun, dimana ia akan memuatkan dairi sekolah dan dairi PIGG sendiri untuk jangka waktu masa tertentu. Sapertimana yang kita sedia maklum PIBG adalah saluran kerjasama ibubapa dan guru yang amat penting didalam usaha untuk mengujudkan suasana sekolah secucuk dengan matlamat pendidikan pada seluroh warga sekolah. Moga moga inisiatif ini dapat dipertingkatkan, demi mendokong kepentingan kita bersama.

Penerbitan ini, diharapkan dapat memberi maklumat terkini kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar. PIBG akan membantu sekolahdalam  melaksanakan program  bagi meningkatkan prestasi dan menjurus ke arah kecemerlangan. Insyallah   Diharapkan PIBG SMTEKNIK akan terus menabur bakti kepada sekolah demi menjanakan kecemerlangan pelajar pelajar dalam semua bidang, khususnya dalam bidang I.T.

Pengerusi

PIBG SMTK


SIDANG REDAKSI

Hj Kamarudin Hj Musa
Ishak Ismail
Subly Sulaiman
Ainon Mustafa


COMMITTEE MEMBERS OF THE PTA

Ahli Jawatankuasa PIBG

Yang DiPertua
(President)
Tuan Hj Kamarudin b. Hj Musa
Naib YDP
(Vice President)
En Zorkepli b. Hashim
Setiausaha
(Secretary)
En Subly b. Suleiman
Naib S/U
(Asst. Secretary)
En Ishak b. Ismail
Bendahari
(Auditor)
Pn Ainon bt Mustafa
 
 
AJK Ibubapa En. Mohd Sarib Sapie
En.Ahmad Azamuddin Aman
En. Saifulah Ahmad
En. Ali Hj Munam
Dr Mohd Yusof Ismail
AJK Guru En Roslan Abd Rahim
En Sharuddin Shapari

Pn Wan Hanimah Wan Abd Latif
Pn. Badariah Hamzah

Juru Audit Pn. Nor Fonoza Maidin (Guru)
En Kamaruzaman Zakaria(Ibubapa)
   



| Dairi PIBG | SPM Tips | PIBG | Hantar Maklumbalas | Principal | OnLine Articles | Ucapan Pengerusi |
| Laporan | Forum Guru | Forum PIBG | Aktiviti | Laman Kedua| Mesyuarat| Sudut Motivasi ||Sekapur Sireh |

| HALAMAN UTAMA | Forum PIBG | Sembang Guru | Doa Angin Ahmar | Guru Bestari | Celik IT |
|
Tanya Guru Anda |

1