Selamat datang ke Halaman Kami.
Semoga kita mendapat Taufik dan Hidayat Nya dan dapat terus berkomunikasi dalam Era Internet untuk memperteguhkan Iman dan menambah Amal.
Untuk membantu kami memperelokkan lagi Halaman ini sila isi
buku tamu kami dan nyatakan kelemahan kami untuk diperbaiki.
Alamat: Masjid Al-Barakah , 08700 Tikam Batu , Kedah.
E-mail Kami 
barakah@pc.jaring.my
E-mail kepada orang yang dibelakang tabir dalam pembikinan
Halaman ini.:- mdao@pc.jaring.my
1. PENGENALAN
Telah ditunjukkan oleh Rasulullah masjid adalah pusat kegiatan umat Islam dalam apa jua bidang hidup manusia. Tidak benarlah masjid itu sebagai tempat sembahyang waktu semata-mata. Bertolak dari hal ini perancangan pembangunan Masjid Al Barakah dirancang dangan hasrat untuk mengembalikan fungsi dan peranan masjid.
Balik ke Atas

1.1- Jawatankuasa Masjid 1994-1997
Pengerusi : Us Hj Asaad Bin Md Nor. 
N.Pengerusi: Hj Abu Bakar Bin Ahmad. 
Setiausaha : Hj Abd Ghani Bin Hj Harun. 
Bendahari : Hj Ahmad Basher Bin Hj Idrus. 
AJK :
Hj Ramli Bin Hj Engku Ibrahim.
Hj Abdul Rashid Bin Hj Ahmad.
Hj Abdullah Bin Yassin.

Pembantu Jawatan kuasa:

1.2- Pegawai-pegawai Masjid
Imam : Us Hj Asaad Bin Md Noor 
Bilal : Hj Awang Bin Jusoh. En Ismail Bin Long. 
Siak :  Hj Haron Bin Nayan.  Hj Saleh Ali.
Pem Siak : Hj Jaafar Bin Abdullah. Hj Hashim Bin Awang.
Pem. Imam : Sufian Bin Hj Abd Halim. Khoiri Bin Idris. 
Azahari Bin Ali.
Balik ke Atas
1.3- Sejarah Masjid
Masjid ini dipercayai telah didirikan pada tahun 1902 oleh penduduk terawal di sini. Bagaimanapun tanah tapak masjid ini hanya dianugerahkan oleh kerajaan Kedah kepada penghulu masjid Tikam Batu pada tahun 1912. Manakala tanah perkuburan pula telah diwakafkan oleh Icheek Bin Hussain sebanyak tiga lot tanah.
Pembinaan masjid ini dibuat secara gotong-royong. Empat tiang kayu besar ditebang dibukit dan dibawa menerusi sungai dan ditarik oleh empat ekor kerbau ketapak yang ada sekarang. Kerja- kerja mendirikan empat tiang besar serta alangnya sahaja, mangambil masa selama empat hari.
Tanah yang digunakan untuk meninggikan tapak masjid yang ada sekarang dijunjung oleh setiap penduduk dari bukit berdekatan yang telah lenyap hari ini. Galakan yang diberikan ialah bahawa setiap cam tanah yang dijunjung akan menjadi wakaf yang berkekalan menyebabkan setiap penduduk kampung waktu itu mengambil bahagian.
Batu bata yang digunakan dalam membina tiang dan dinding masjid ini dikuatkan dengan tanah liat bukannya simen dan kekal hingga sekarang. Pada asalnya masjid ini beratap rumbia dan nipah tatapi perkembangan masa menyebabkan bumbung itu di tukar.Terdapat juga menara kayu, tempat masak dan gendang serta halaman masjid tetapi projek pembesaran dan gendang serta halaman mesjid tetapi projek pembesaran masjid ini di masa lampau telah terpaksa mengorbankan semua ini.Pada masa perang dunia ke-2 masjid ini telah menjadi tempat perlindungan utama penduduk bila peperangan tercetus.
1.4- Senarai Imam
Menurut Urutan Yang Diketahui Sejak Masjid Didirikan Hingga Sekarang.
Hj Abu Bin Bakar 
2 Hj Abu Bakar Bin Hj Alang 
3 Hj Don Bin Hj Abu Bakar 
4 Hj Said Bin Hj Jusuh 
5 Hj Abd Rahman Bin Salleh 
6 Hj Md Noor Bin Lebai Man
7 Hj Ahmad Bin Saad 
8 Hj Abd Halim Bin Hj Ahmad 
9 Hj Asaad Bin Md Nor
Balik ke Atas