i

Visi Sekolah : SMK Jelai (F) Menjadi Sekolah Cemerlang Dalam Kalangan
Sekolah-Sekolah Felda Negeri Sembilan Menjelang Tahun 2010
sejarah
 
 
 

Web Pusat Sumber Sekolah

NEA 5056
SMK Jelai (Felda)
73480 Gemas, Negeri Sembilan
Tel / Fax : 06-4347094
Sekolah Gred A
http://www.oocities.org/smjelai
Emel - smkjelai@tm.net.my

Web Unit Bimbingan
dan Kaunseling
 
 
 
:: Sejarah Sekolah ::

PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang penting dalam mempertingkatkan martabat bangsa. Dari sinilah segala proses ilmu bermula dan di sini juga pekembangan mental dan rohani pelajar dibentuk sejajar dengan kehendak kemajuan bangsa dan negara. Sekolah juga merupakan satu institusi sosial yang penting dalam membentuk dan melahirkan insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

SEJARAH PERKEMBANGAN

Sekolah menengah Jelai (F) Gemas, Negeri Sembilan terletak kira-kira 50 km dari bandar Tampin dan 30 km dari pekan Gemas. Seklah ini didirikan di tengah-tengah komplek Jelai Satu, Dua, Tiga dan Empat.
Atas keperluan pendidikan Menengah yang mendesak di Gugusan Felda Jelai, ini maka terdirilah Sekolah Menengah Jelai (Felda) Gemas. Sekolah ini dibina pada tahun 1987 iaitu 20 hb April 1987dengan nama Sekolah Menengah Rendah Jelai (Felda) Gemas, Negeri Sembilan. Nama ini dipilih berdasarkan kedudukan sekolah ini yang terletak ditengah-tengah Gugusan Felda Jelai, Gemas Negeri Sembilan.
Di peringkat awal penubuhan sekolah ini cuma terdapat seramai 116 orang pelajar, iaitu seramai 53 orang pelajar lelaki da 63 orang perlajar perempuan. Bilangan guru pula ialah ialah seramai 7 oang iaitu 4 orang guru leleki dan 3 orang guru perempuan.
Pertambahan bilangan pelajar yang kian meningkat dan dan menampung kehendak pendidikan di Gugusan Jelai ini. Maka pada tahun 1992 pihak kerajaan telah membina satu bangunan tambahan dengan 4 blik darjah untuk mengatasi masalah kekurangan kelas yang berlaku. Dalam tahun 1987, sekolah ini hanya merupakan sekolah yang kecil. Iaitu terdapat 2 blok bangunan 3 tingkat dan 17 bilik darjah. Terdapat 3 buah makmal sains, 1 buah bilik Sains Rumahtangga dan pejabat pentadbiran. Pada tahun yang sama sebuah bangunan bengkel Seni Perusahaan, pertukangan kayu dan pertukangan logam.
Dalam tahun 1988, bilangan pelajar sekolah ini telah bertambah seramai 272 orang dan bilangan guru pula ialah 17 orang. Manakala dalam tahun1990, sekolah ini telah melahirkan pelajar sulungnya dalam peperiksaan SRP. Seterusnya dalam tahun 1991 kelas tingkatan 4 mula diperkenalkan dan dalam tahun 1992 pelajar sulung SPM telah dikeluarkan dengan peatus kejayaan SPM pertama ialah 68.04% . Kemuncak pertambahan pelajar di sekolah ini ialah dalam tahun 1992 iaitu penigkatan pelajar sehingga 1200 dengan jumlah tenaga pengajar seramai 46 orang. Dalam tahun 1993, jumlah pelajar d sekolah ini terus meningkat seramai 1472 orang pelajar dengan jumlah tenaga pengajar seramai 66 orang.

PENGASAS SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (F), Gemas Negeri Sembilan telah diasaskan oleh En. Yunos bin Daros bermula pada 20 April 1987 hingga Disember 1987. Beliau merupakan seorang guru yang cekap, bertimbang rasa dan mempunyai kmitmen yang tinggi terhadap kemajuan sekolah. Beliau berkelulusan STP pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abd. Rahman Gemas dan Sek. Men. Keb. Felda Pasir Besar Gemas, Negeri Sembilan sebelum dilantik menjadi Pemangku Pengetua yang pertama di sekolah ini.

COGAN KATA SEKOLAH

BERILMU, BERAMAL DAN BERDISIPLIN

Hakikat ilmu, amal yang soleh dan disiplin diri yang tinggi merupakan intipati kekuatan rohaniah yang penting dalam kejayaan individu. Berilmu bererti kekuatan minda dan kekuatan pengetahuan yang penting dalam menjanakan kejayaan diri, agama dan bangsa. Orang yang berilmu dan mempunyai amalan yang soleh merupakan individu yang berada dalam landasan yang lurus, tawaduk dan penuh kerelaan terhadap kebesaran Allah. Disiplin diri yang kental merupakan ketahanan diri yang penting dan dapat mengawal individu dari terjerumus ke jalan yang tidak diredhai oleh Allah.