Visi Sekolah : SMK Jelai (F) Menjadi Sekolah Cemerlang Dalam Kalangan
Sekolah-Sekolah Felda Negeri Sembilan Menjelang Tahun 2010
akademik
 
 
 

Web Pusat Sumber Sekolah

NEA 5056
SMK Jelai (Felda)
73480 Gemas, Negeri Sembilan
Tel / Fax : 06-4347094/4347096
Sekolah Gred A
http://www.oocities.org/smjelai
Emel - smkjelai_felda@yahoo.com.my

Web Unit Bimbingan
dan Kaunseling
 
 
 
:: Diari ::

.
Kejayaan Awal
Program Minggu Bahasa Melayu diadakan pada 6 hingga 10 Mac bagi mencungkil dan mengasah bakat pelajar bagi mewakili sekolah dalam pertandingan pidato, menulis esei, forum remaja, bahas ala parlimen, deklamasi puisi dan berbalas pantun. Selain itu, program ini berjaya memupuk semangat cintakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menghayati keindahan bahasa sebagai wahana ilmu dan komunikasi.
Seorang pelajar, Afsham bin Abu, tingkatan empat, berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan pidato Kelab Pelaburan Bijak PNB peringkat Negeri Sembilan dalam acara yang didakan di SMK Undang Rembau pada 3 Mac lalu. Tahniah dan Syabas !
Seorang pelajar, Mimi Noraqila, tingkatan empat pula berjaya mendapat tempat kelima dalam pertandingan Public Speaking peringkat daerah Tampin pada 2 Mac lalu. Pasukan Debat Bahasa Inggeris juga berjaya ke separuh akhir daerah (1 Mac) selain sagu hati pertandingan drama bahasa Inggeris (28 Februari).

Majlis Tilawah
Majlis Tilawah al-Quran peringkat sekolah yang merangkumi acara tilawah, syarahan, dan hafazan telah diadakan pada 7 Mac 2006. Pemenang akan mewakili sekolah ke peringkat daerah.
Ceramah agama Maal Hijrah telah diadakan pada 22 Februari lalu. Semua pelajar telah menghayati amanat dan pesanan yang disampaikan oleh penceramah dari SMK Tampin. Pelajar-pelajar juga mendapat pemahaman dan kesedaran melalui tayangan powerpoint penceramah berkenaan kebesaran dan kekuasaan Allah. Pelajar-pelajar dan warga sekolah diseru untuk melakukan hijrah dalam kehidupan agar mencapai sunnah Rasulullah SAW dan menjadi muslim yang baik.
Program Kem Motivasi Solat pula diadakan secara berperingkat-peringkat mengikut kelas tingkatan 1. Sehingga kini, 2 kelas telah terlibat.

Olahraga
Kontinjen sekolah berjaya mencipta kegemilangan dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah dan negeri. Kontinjen merentas desa SMK Jelai (F) menjadi johan keseluruhan kejohanan peringkat daerah. Mereka memenangi semua kategori kumpulan.
Dalam kategori lelaki Bawah 18 tahun, Mohd. Faizol Sharif—johan, Mohd. Faizal Sharif—tempat ke-3, dan Azwan Husin –tempat ke-4. Manakala dalam kategori perempuan Bawah 18 tahun, Siti Rahayu Nasir—johan, Norashima Sharip—naib johan dan Siti Halijah Ambia– tempat ke-4. Dalam kategori lelaki Bawah 15 tahun, mohd. Khairul Izzuan Kamarudin—naib johan, Mohd. Fitri Aziz Mohd. Nor—tempat ke-4 dan Mohd. Faez Mazalan—tempat ke-6. Manakala dalam kategori perempuan Bawah 15 tahun pula, Noriezia Ahmad—naib johan, Norfatin Adifa Musa—tempat ke-3 dan Siti Fazrina Ismail—tempat ke-4.
Pada peringkat negeri pula yang diadakan pada 21 Februari lalu di SMK Bukit Rokan, Gemencheh, atlet SMK Jelai (F) menjadi penyumbang utama kejayaan zon Gemas. Dalam kategori kumpulan, kejayaan zon Gemas ialah perempuan Bawah 18 tahun - Johan, pasukan perempuan Bawah 15 tahun -Naib Johan, pasukan lelaki Bawah 18 tahun - Johan dan pasukan lelaki Bawah 15 tahun - tempat ketiga.
Antara pencapaian utama individu ialah tempat ke-4 perempuan Bawah 18 tahun - Norashima Sharip, tempat ke-6 perempuan Bawah 15 tahun - Noraziah Ahmad dan tempat ke-9 lelaki Bawah 18 tahun - Mohd. Faizol Sharif.
Dalam kejohanan olahraga acara jemputan, kuartet 4x100 meter sekolah sama ada lelaki atau perempuan menunjukkan pencapaian yang cemerlang. Pingat emas atau perak sering kali menjadi milik kita daalam kejohanan di SMK Dato’ Mohd. Taha, Gemencheh, di SMK Panchor, Seremban, di SMK Gemas dan di SMK Batu Kikir, Kuala Pilah


10 emas untuk daerah Gemas daripada SMK Jelai (F)
Atlet-atlet sekolah yang menyertai kejohanan olahraga MSSM N. Sembilan berjaya menyumbang 10 pingat emas daripada 13 pingat emas yang digondol oleh kontinjen daerah Gemas. Kejohanan telah berlangsung pada 2 hingga 5 Mei 2006 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Kejayaan ini meletakkan daerah Gemas sebagai naib juara keseluruhan dengan 13 emas, 17 perak dan 13 gangsa.
Salah seorang atlet, Nursyuhada Bahari, pelajar tingkatan 5, terpilih sebagai Olahragawati Bawah 18 tahun setelah berjaya memecahkan rekod acara 400 meter berpagar. Atlet-atlet emas SMK Jelai (F) yang lain ialah Hamdan Jamaluddin (100 meter Lelaki 18), Mohd. Khairul Izzuan (200 meter berpagar Lelaki 18), Siti Rahayu Nasir (Lompat Kijang Perempuan 18), Nur Amira Norzilan (100 meter berpagar Perempuan 18), dan Siti Hanizah Shaharuddin (3000 meter Perempuan 18).
4 pingat emas lagi adalah menerusi kuartet 4x100 meter Lelaki 18, 4x400 meter Lelaki 18, 4x100 meter Perempuan 15 dan 4x400 meter Perempuan 15. Kuartet-kuartet ini juga berjaya memperoleh pingat dalam kejohanan olahraga Remaja Terbuka N. Sembilan dan acara-acara jemputan sepanjang bulan April lalu.
Dalam Kejohanan Olahraga Remaja Terbuka N. Sembilan pada 13—14 Mei 2006, pasukan sekolah berjaya mendapat 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Mereka yang berjaya memperoleh pingat perak ialah Hamdan Jamaluddin (200 meter), Noor Amira Norzilan (100 meetr berpagar), dan Hairol Akmal Zakaria (Merejam Lembing).
5 orang atlet sekolah dijangka akan beraksi pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2006 di Kedah pada akhir Mei ini. Mereka terpilih setelah menunjukkan prestasi cemerlang dan mampu membawa cabaran mewakili N.Sembilan dalam kejohanan berprestij itu


Pelajar Pendidikan Khas hebat
Pelajar-pelajar Kelas Pendidikan Khas memang istimewa tetapi berjaya menunjukkan ketrampilan dan keberanian yang harus dicontohi oleh semua pelajar. Kelas Pendidikan Khas baru sahaja bermula di sekolah ini mulai 1 Januari 2006.
Antara pencapaian menarik mereka ialah seperti berikut :
1. Kejohanan Paralimpik Sirkit 2 Zon Selatan, 13 –16 April 2006 di Johor Bahru : Nuraini bt. Aziz mewakili N. Sembilan dalam acara Tenpin Bowling dan berjaya menjadi naib johan acara berpasangan.
2. Sukan Pendidikan Khas Peringkat N.Sembilan, 30 Mac 2006, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban : Pelajar sekolah ini berjaya mendapat 2 pingat perak menerusi acara lompat jauh lelaki dan merejam lembing perempuan.
3. Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat Negeri Sembilan, 19 April 2006, di SMK Dato’ Abdul Samad, Port Dickson : Pelajar kita berjaya mendapat tempat ketigga acara nasyid dan saguhati acara azan.
4. Seorang bekas pelajar Kelas Pendidikan Khas, Nurul Haryani Juhari berjaya menerima Anugerah Tokoh Kanak-Kanak Pendidikan Khas pada Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat Kebangsaan ke-52 pada 24 & 25 Mac 2006.

Program Kaunseling Semester 1
Pada 10 April 2006, telah diadakan Program Cergas Sihat yang meliputi senaman ,ceramah kesihatan dan ceramah akhlak remaja (dihadiri oleh kaum ibu) oleh Ustazah Nik Nurnasuha dari SMA Dato’ Hj. Tan.
Program Kemahiran Belajar Tingkatan 2 pula diadakan pada 27 April 2006, jam 12.30— 2.00 petang dengan penceramah dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Program Curahan Kasih diadakan pada 11 Mei 2006 melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 3. Penceramah dan bengkel dijayakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Sebahagian pelajar mengalirkan air mata mengenangkan tanggungjawab mereka sebagai anak dan pelajar. Ibu bapa mereka turut dijemput tetapi kehadiran kurang membanggakan.
Program Ops Sedar diadakan pada 15 Mei 2006 melibatkan semua pelajar sekolah dan guru. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Jabatan Penjara Seremban, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Ibu Pejabat Polis Seremban menjayakan program ini sepenuhnya demi melahirkan insan berwawasan.