SENARAI LOKASI PUSAT LATIHAN, KEM & REKREASI
 |
Seri Dinar Training Retreat Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang
Keistimewaan: Resort 5 bintang, kemudahan dewan seminar, peralatan bengkel latihan,
video dan `teleconference', hawa dingin, iklim semulajadi yang nyaman
dikelilingi hutan gunung dan perkampungan Melayu, air sungai yang jernih, air terjun bertingkat
Ulu Tampit. Prasarana flying fox, abseiling menuruni air terjun, kolam renang, aktiviti lasak
bina pasukan.
Latar belakang Kampung Janda Baik
|
 |
D'Ark Resort Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang
Keistimewaan: Sebuah resort berbentuk Rumah Tradisional dibina daripada kayu, terletak di pinggir
sungai yang jernih dan dingin. Persekitaran tanah tinggi dan perkampungan yang nyaman, sejuk,
dan tenteram.
Latar belakang Kampung Janda Baik
|
 |
Dusun Eco Resort Lebuhraya KL-Karak, Bentong, Pahang
Memiliki dusun buah-buahan yang boleh dinikmati ketika musimnya - durian, rambutan. Prasarana
flying fox, abseiling, kolam renang, pelbagai jenis halangan (obstacles), aktiviti lasak,
sukan air, bina pasukan, dewan seminar.
|
 |
Pusat Latihan Cermas (Agro Park)
Kampung Lebu, Bentong, Pahang
Keistimewaan: kemudahan Perkhemahan dan Chalet pada kadar berpatutan, kemudahan rekreasi,
sungai dan air terjun Chamang, sukan air, aktiviti lasak termasuklah flying fox dan abseiling,
merentas hutan belantara dan rimba berbukit-bukau, lawatan ke Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala
Gandah, Lanchang, Taman Rusa (Deerland), mandi bersama gajah, melihat rusa semulajadi, burung
unta, taman herba dan spesies rimba, penginapan backwoods.
Cermas |
|
Jeram Besu Pusat Air Deras Kebangsaan, Benta, Raub, Pahang
Aktiviti berakit merentasi jeram (whitewater rafting) dan rakit buluh menyusuri sungai, berenang
dan menyelam (water confidence), trekking rimba, mendaki batu (rock climbing), menjejaki air
terjun Lata Jarum, melawat perkampungan Melayu tradisional.
Perkhemahan atau chalet.
Aktiviti ini juga boleh dilakukan dalam sehari (day trip).

Dari sini juga anda berpeluang melawat desa petani sawah padi seperti di Kg Dong - mendapat
pengalaman menuai padi, mengemping, menangkap ikan dan nostalgia kehidupan desa.
|
|
Tekam Plantation Resort Jerantut, Pahang
Abseiling, berakit menyusuri sungai, merentas halangan, rimba, meneroka Gua Gelanggi.
Ladang dan dusun buah-buahan - pengalaman tani mengait kelapa sawit dan buah-buahan.
|
|
AKADEMI LATIHAN INOVASI & MOTIVASI (ALIM) Banting, Selangor
Pusat Latihan yang menyediakan pelbagai prasarana termasuk
abseiling, flying fox, berkayak (tasik), dan sebagainya.
Diuruskan oleh Tuntas Consultancy.
|
 |
PELADANG SETIU AGRO RESORT
Setiu, Trengganu
Sebuah resort chalet yang dibina `terapung' atas tasik. Dikelilingi Hutan Simpan Gunung Tebu,
ia menyediakan prasarana aktiviti lasak dan meneroka alam - tasik, sungai jernih, air terjun,
rimba, gua.
Klik untuk imej besar
|

Klik untuk imej besar |
RIVERSTONE ECO RESORT
Ulu Yam, Selangor
Resort berbentuk perkampungan orang asli di samping prasarana moden.
Menyediakan aktiviti berakit buluh, flying fox, perkhemahan, rekreasi sungai dan rimba.
|
Lihat brocur
|
KALUMPANG RESORT
Kalumpang, Selangor
|
 |
PDS Sanctuary
Pasir Panjang, Port Dickson
Pusat Latihan & Resort di tepi laut dengan prasarana latihan termasuk abseiling, kayak laut,
merentas halangan, hutan rimba di perkelilingan, pantai & laut yang bersih dan segar.
Penginapan chalet, dorm, perkhemahan, atau banglo dan apartmen.
|
 |
Hutan Rekreasi Air Terjun Chamang
Bentong, Pahang
Keistimewaan: Perkhemahan lasak, menghayati keindahan alam semulajadi - hutan rimba, sungai jernih
dan air terjun, khidmat bakti masyarakat Orang Asli tempatan, mendaki Bukit Raka dan Gunung Rajah;
Kembisa - ala `Explorace' dan `treasure hunt'.
Sila lihat aktiviti Kembara Alam & Kembisa
|
|
|
|
|
AKTIVITI LASAK (Outdoor-based)
BINA SEMANGAT BERPASUKAN (TEAM BUILDING)
Aktiviti Berpasukan - Penyelesaian Masalah (Team activities - Problem solving)
Pertandingan antara Pasukan, Perlumbaan Sukaneka, Tarik tali
Perang (War Games)
Latihan Penyelamatan & Bantuan Kecemasan (Emergency Rescue & First Aid)
*Simulasi menghadapi Bencana Alam & Kemalangan
Perkhemahan dan memasak
Persembahan berkumpulan
Merentas rimba, cerun bukit, arus deras
Berkayak sungai, laut, tasik (tandem/solo)
Berakit merentas jeram air deras (White-water rafting)
Berakit buluh (Bamboo rafting)

BINA KEYAKINAN & KECERGASAN
Abseiling menuruni air terjun dan bukit Flying fox
merentasi gaung
Prusiking (memanjat bertali)
Meniti tali & titian gayat
Merentas belantara, sungai dan air terjun (Jungle & river trekking)
Merentasi halangan (jungle and rope
obstacles)
Berenang dan menyelam (Water confidence)

Penghayatan
Alam Semulajadi
Mengenal
spesies tumbuh-tumbuhan perubatan, unggas dan mergastua Ikhtiar
hidup Jungle
survival Lawatan ke Pusat
Pemuliharaan Gajah Lawatan ke Taman Pemeliharaan Rusa
Deerland
GALERI BINA PASUKAN & ORGANISASI - AKTIVITI LASAK
Langkau Galeri ke borang penyertaan & maklumat program

Peserta program Bina Insan & Organisasi, Bina Pasukan
 Bina Pasukan - Berakit buluh di laut, Port Dickson

Penyelesaian Masalah Berpasukan - Problem Solving games :: Sarang lelabah - spider web


Ekspedisi Mendaki Gunung Tahan (2187 m)
|

Puncak Gunung Tahan
|
Pendakian Gunung Tahan
Penat tapi masih mampu
tersenyum!
|
Sila berikan maklumat Lokasi yang anda ingini
dan aktiviti pengisian dengan mengisi Borang
Penyertaan anda atau eMail kepada kami untuk
mendapatkan Sebutharga bagi PROGRAM & PENGINAPAN.
Perhatian: kami hanya akan memberikan senarai harga penginapan BERSAMA cadangan dan sebutharga bagi PROGRAM kendalian kami. Harap maklum.
Untuk aktiviti Pasukan berbentuk Ekspedisi, Pertandingan lasak dan Perkhemahan lebih mencabar (2 hari++), sila
lihat Kembara Lasak Eko, KEMBISA, KEMBARA-TEROKA, `Explorace'
|
|
|
|