Anda adalah pelawat yang ke:
Laman 13
KEUTAMAAN SEPULUH ZULHIJJAH
Telah diriwayatkan: “Sesungguhnya Allah Taala telah
memilih tiga hari sepuhuhan dari satu tahun. Iaitu
10
hari yang akhir dari bulan Ramadhan, kerana di
dalamnya terdapat beberapa barkat dari Lailatulqadar;
Sepuluh hari permulaan Zulhijjah, kerana di dalamnya
terdapat hari Tarwiyah, hari Arafah dan hari korban,
ibadah haji dan ibadah lainnya; Sepuluh hari di
bulan
Muharam, kerana di dalamnya terdapat berkah dari
hari
Asyura.” Hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Taala berbangga kepada para
malaikatNya, maka Allah berfirman: “Lihatlah olehmu
sekelian para hamba-Ku, kiranya mereka telah datang
(mengerjakan haji) dari tiap-tiap penjuru dengan
keadaan penat dan lelah lagi berjalan untuk melihat
beberapa kemanfaatan mereka. Maka dari itu saksikanlah
olehmu sekelian bahawa sesungguhnya Aku telah
mengampuni mereka.”
Awal sepuluh hari bulan Zulhijjah mengandungi beberapa
peristiwa yang penting. Pada hari-hari tersebut
kita
digalakkan berpuasa dan membuat beberapa amal ibadah.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dari Nabi saw bahawa
sesungguhnya berliau bersabda:
Hari di saat mana Allah mengampuni Nabi Adam a.s
ialah
hari partama Zulhijjah. Barangsiapa yang berpuasa
pada
hari itu, Allah mengampuni dosanya. Hari ke-2
Zulhijjah, Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus
a.s
dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Barangsiapa
berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang
beribadah kepada Allah selama setahun serta tidak
menderhakai Allah.”
“Hari ke-3 Zulhijjah Allah telah mengabulkan doa
Nabi
Zakaria a.s. Barangsiapa berpuasa pada hari itu,
maka
Allah mengabulkan doanya. Hari ke-4 Zulhijjah Nabi
Isa
a.s dilahirkan. Barangsiapa berpuasa pada hari
itu,
Allah akan menghilangkan kesusahannya dan kefakirannya
dan dia esok pada hari kiamat bersama orang-orang
yang
pergi yang baik-baik dan yang sama mulia.
Hari ke-5
Nabi Musa a.s dilahirkan, barangsiapa berpuasa
pada
hari itu, dia bebas dari kemunafikan dan dari seksa
kubur. Pada hari ke-6 Zulhijjah Allah membukakan
kebaikan untuk Nabi-nya. Barangsiapa berpuasa pada
hari itu, maka Allah memperhatikan padanya dengan
kasih sayang dan dia tidak diseksa sesudah itu.
“Pada hari ke-7 Zulhijjah, semua pintu-pintu neraka
Jahannam ditutup dan tidak dibuka-buka sehingga
berlalu hari-hari yang sepuluh itu. Barangsiapa
berpuasa pada hari-hari itu, Allah menghindarkan
daripada tiga puluh pintu kesukaran dan membuka
tiga
puluh pintu kemudahan.
“Hari ke-8 Zulhijjah, dinamakan hari tarwiyah,
barangsiapa berpuasa pada hari itu, dia diberi
pahala
yang hanya diketahui oleh Allah sendiri. Pada hari
ke-9 Zulhijjah, disebut sebagai hari tebusan dosanya
pada tahun itu yang lepas dan yang akan datang.
Pada
hari inilah turunnya ayat Al Quran terakhir bermaksud:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan
agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.”
“Pada hari ke-10 Zulhijjah, hari raya Aidil Adha,
barangsiapa berkorban dengan satu korban, mulai
titisan darah yang jatuh di tanah, Allah mengampuni
semua dosanya dan dosa-dosa keluarganya. barangsiapa
memberi makan orang Mukmin atau bersedekah dengan
satu
pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada
hari
kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi
lebih berat daripada gunung Uhud.”
Memang banyak keutamaan dan kelebihan-kelebihan
orang
yang memuliakan sepuluh hari permulaan Zulhijjah
dengan melakukan amal-amal soleh. Abu Laits As
Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari ibnu
Abbas, Nabi saw bersabda:
“Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal soleh
di
dalamnya, yang lebih disukai oleh Allah daripada
hari-hari ini (1 hingga 10 Zulhijjah).”
Sahabat bertanya: “Walaupun jihad fisabilillah ya
Rasulullah?
Jawab Rasulullah saw: “Walaupun jihad fisabilillah,
kecuali jika seorang keluar dengan membawa semua
hartanya dan tidak kembali sama sekali (yakni habis
semua hartanya dan mati syahid),”
Dari Ibnu Umar r.a Nabi saw bersabda: “Tiada
hari
yang lebih besar di sisi Allah dan lebih disukai
untuk
orang beramal di dalamnya melebihi dari hari sepuluh
(1-10) Zulhijjah, kerana itu perbanyakkanlah olehmu
bertakbir, tahmid dan tahlil.
Bolehlah kita bertakbir, bertahmid dan bertahlil
sebanyak-banyak dengan apa cara sekalipun pada
masa
itu. Samada dengan perlahan, di dalam hati atau
dengan
mengeraskan suara (kuat). Selain daripada berpuasa,
berzikir, kita juga digalakkan memperbanyakkan
doa,
istighfar dan bersedekah Abu Dardaa’ r.a berkata:
“Rajin-rajinlah berpuasa sepuluh permulaan Zulhijjah
dan memperbanyakkan doa dan istigfar serta sedekah
di
dalamnya, sebab saya telah mendengar Rasulullah
saw
bersabda:
“Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan
dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa
pada hari ke-9 Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan
(keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat
dihitung oleh ahli hitung.
Diriwayatkan juga oleh Abu Hurairah r.a dari Nabi
saw
bahawa beliau bersabda:
“Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah
dikala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.
Berpuasa setiap hari daripadanya sebanding dengan
puasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap
malam daripadanya sebanding dengan solat di malam
Lailatul qadar.”
Begitulah sebahagian daripada kemuliaan-kemuliaan
dan
keutamaan sepuluh Zulhijjah. Sama-samalah kita
merebut
peluang yang dijanjikan. Mudah-mudahan dengan
keberkatan dan kemuliaan bulan tersebut kita dapat
mempertingkatkan iman, memperbaiki diri dan memiliki
akhlak yang mulia.
BERBELANJA: IKUT KEPERLUAN, BUKAN KEMAMPUAN
Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
“Saya memastikan adanya tiga bagi tiga: Bagi orang
yang sibuk dengan dunia, yang rakus kepada dunia
dan
yang bakhil dengan dunia, maka pasti dia akan
menderita kekurangan yang tidak ada cukupnya, yang
sibuk yang tidak ada lapangnya dan risau yang tidak
ada senangnya.”
Begitulah peringatan Rasulullah kepada umatnya yang
Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah. Baginda
sangat bimbang dengan si kaya yang bersifat loba
dengan harta dan tidak mahu membantu si papa, mereka
ini dilaknat oleh Allah swt. Jika mereka bersikap
demikian nescaya walaupun kaya harta namun jiwa
mereka
miskin. Sentiasa tiada merasa cukup dan puas dengan
apa yang ada. Justeru itu mereka sibuk memburu
dunia
dengan rakusnya dan bersikap bakhil dengan dunia.
Akhirnya mereka tiada menemui kebahagiaan dan
ketenangan dalam hidup. Jiwa terasa kosong dan
menderita. Dunia yang dikejar telah menipudaya
dan
mengecewakannya. Lebih malang lagi ialah mereka
yang
miskin harta dan miskin jiwa. Iaitu si miskin yang
tidak redha dengan kemiskinannya. Mereka menganggap
Tuhan tidak adil kerana membiarkan hidup mereka
melarat. Sedarkah mereka bahawa junjungan besar
juga
tergolong di dalam orang-orang yang miskin. Baginda
senang dengan cara hidup sedemikian, melalui cara
inilah akan mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Kiranya
baginda ingin kaya cukup dengan mukjizat yang Allah
kurniakan padanya, gunung Uhud boleh bertukar menjadi
emas dengan sekelip mata.
Siti Fatimah, anak kesayangan Rasulullah, diasuh
oleh
baginda hidup di dalam serba kekurangan dan mengambil
apa yang perlu saja di atas dunia ini. Dia dididik
begitu rupa supaya hatinya tidak cinta dunia dan
supaya menjadi wanita contoh kepada wanita lainnya.
Seseorang yang kukuh imannya di dada akan menjadi
orang yang kaya jiwa walaupun miskin harta.
Apabila
jiwa kaya, rumah sempit terasa luas, hidup miskin
terasa kaya sebab hatinya telah tertanam sifat
redha
dan Qanaah (memada dengan apa yang ada).
Oleh itu jangan rasa dukacita dengan kemiskinan
harta,
sebaliknya bersedihlah dengan kemiskinan jiwa.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh
Allah
ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia yang
amat
dikasihi Allah ialah para nabi, maka Allah menguji
mereka dengan kefakiran dan kemiskinan.”
Riwayat
Abdullah bin Umar
Malah baginda selalu berdoa kepada Allah agar
dimatikan di dalam golongan orang miskin yang redha
dengan kemiskinannya serta dibangkitkan di Akhirat
nanti bersama-sama orang yang miskin…. Doanya yang
bermaksud:
“Ya Allah matikanlah aku sebagai orang fakir miskin,
dan janganlah matikan aku kaya, dan kumpulkanlah
aku
di mahsyar dalam golongan orang-orang miskin pada
hari
Kiamat. Maka sesungguhnya yang amat celaka ialah
orang
yang miskin di dunia dan terseksa di akhirat.”
Seboleh-bolehnya lemparkanlah sejauh-jauhnya
angan-angan untuk memiliki rumah mewah di dunia
ini.
Seandainya kita dikurniakan rumah besar, pastilah
lebih banyak harta yang mesti dicari bagi mengisi
setiap ruang rumah. Jangan jadikan rumah kita seperti
muzium, dihiasi dengan patung-patung atau
binatang-binatang buas yang dikeraskan atau mini
bar
ataupun gambar-gambar lucah yang bergantungan di
dinding.
Rumah yang menyimpan barang-barang haram tidak akan
dijengahi oleh malaikat Rahmat. Tidak hairanlah
timbulnya berbagai-bagai persengketaan di antara
ahli
kerana seluruh isi rumah dihiasi dengan kawan-kawan
syaitan. Gantungkanlah ayat-ayat suci Al Quran
atau
pemandangan-pemandangan alam yang menyejukkan mata
memandang di samping dapat mengingatkan kepada
kebesaran Allah swt.
Kalau kita bijak berbelanja, tidak timbul masalah
kesempitan wang akibat membeli barang-barang yang
tidak perlu. Sebaik-baik cara untuk berbelanja
ialah
dengan menyenaraikan dahulu apa yang hendak dibeli
beserta anggaran harganya. Selalu tanyakan diri
setiap
kali hendak membeli sesuatu: “perlukah atau tidak
aku
membeli benda-benda ini?” Sekiranya anda rasakan
bahawa sesuatu benda itu amat penting untuk keperluan
keluarga maka barulah dibeli. Seelok-eloknya
berbincang dahulu dengan suami sebelum membeli
sesuatu
semoga keputusan yang diambil itu adalah yang terbaik
dan bukan atas dasar paksaan.
Sebaliknya tabiat yang menganggap diri anda ‘mampu’
selalunya membawa kepada pembaziran. Akhirnya mengeluh
sendiri kerana membeli benda-benda yang tidak menentu.
Kepada para isteri, sedarlah bahawa perhiasan yang
cantik-cantik itu hanya untuk tatapan suami dan
bukan
untuk ditonjolkan kepada orang ramai. Untuk berhias
di
depan suami anda tidak perlu memiliki berpuluh-puluh
pasang pakaian yang hanya dipakai sekali dua, kemudian
dibiarkan bergantungan di dalam almari. Perbelanjaan
untuk membeli alat-alat make-up juga dapat dikurangkan
jika isteri sedar bahawa make-up itu hanya digunakan
semasa berada di sisi suami. Dengan itu wang yang
hendak dibelanjakan untuk membeli alat-alat make-up
yang beratus-ratus ringgit harganya itu dapat
dijimatkan. Ingatlah, isteri yang beriman itu
perhiasan indahnya untuk suaminya sahaja dan isteri
yang beriman itu berjimat cermat di atas harta
suaminya.
Sifat suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain
menyebabkan kaum wanita berlumba-lumba untuk menyaluti
tubuh dengan barang kemas dengan sebanyak-banyaknya.
Kadang-kadang sampai penuh jari-jari dengan
cincin-cincin yang pelbagai bentuk, anting-anting
bertingkat-tingkat ditindik di telinga, rantai
dua
tiga lapis dileher dan banyak lagi. Tapi bila
berhadapan dengan suami, seurat emas pun tidak
lekat
di badan. Alasannya, susah hendak buat kerja rumah.
Bila seluruh badan sudah diberati dengan perhiasan
memanglah merimaskan untuk membuat kerja. Oleh
itu
memadailah dengan cincin sebentuk dua, rantai seurat,
gelang dua tiga urat dan sunting sepasang dua.
Di samping boleh mengelakkan berlakunya pembaziran,
suami akan bertambah sayang kerana isterinya suka
bercantik-cantik hanya untuknya. Haram hukumnya
mencantikkan diri untuk orang lain yang bukan muhrim
kita.
Selain dari itu, keperluan dapur boleh dijimatkan
dengan hanya membeli makanan yang berzat tetapi
murah.
Makanan yang seimbang tidak semestinya yang mahal.
Anda boleh menanam sendiri beberapa jenis ulam
yng
mudah tumbuh di kawasan rumah atau menanamnya di
dalam
pasu. Cara ini juga boleh mengelakkan makanan anda
diracuni bahan kimia yang membahayakan kesihatan.
Satu
sebab kenapa manusia zaman moden ini mudah dihinggapi
pelbagai penyakit yang pelik-pelik, yang tidak
pernah
dialami oleh nenek moyang kita dulu, ialah kerana
memakan makanan yang disuburkan oleh bahan kimia.
Bagi anak-anak pula, elakkan dari membelikan mereka
makanan ringan yang tidak berzat. Pakaian anak-anak
juga tidak perlu dibeli dari jenama yang mahal
sebab
anak-anak akan cepat membesar dan pakaian-pakaian
itu
tidak akan diperlukan lagi. Pilihlah buku-buku
terbaik
yang tidak begitu mahal harganya untuk bahan bacaan
anak-anak terutama buku-buku mulia. Jangan berkira
sangat kalau hendak menghantar anak-anak ke kelas
pengajian agama dengan bayaran yang tidak seberapa.
Sesungguhnya apabila anak-anak anda terdidik dengan
ilmu agama, itulah jariah ibu bapa di alam barzakh
kelak. Sebaliknya anda akan menerima saham neraka
kiranya menghantar anak-anak ke kelas muzik yang
melalaikan.
Bagi isteri-isteri yang hobinya suka memasak,
sedekahkanlah kepada mereka yang memerlukan.
Syaratnya, mesti meminta izin dari suami terlebih
dahulu. Kelebihan mereka yang suka bersedekah ada
dinyatakan di dalam hadis Rasulullah saw yang
bermaksud:
“Tidak akan berkurangan harta kerana sedekah dan
tiada
seorang yang memaafkan suatu aniaya kezaliman
melainkan Allah menambahkan kemuliaannya dan tiada
seorang yang tawadhuk (merendah diri) kerana Allah
melainkan Allah menaikkan darjatnya.” Riwayat
Abu
Hurairah.
Anda juga boleh menyumbangkan kewangan yang di luar
keperluan rumahtangga dengan cara mengeluarkan
derma
khairat kepada masjid, surau, anak-anak yatim,
janda-janda yang tidak terbela, membantu mangsa-mangsa
kebakaran atau peperangan. Setiap jariah yang baik
yang terus dimanfaatkan akan memberi saham kesenangan
di akhirat biarpun anda sudah berada di dalam kubur.
Rebutlah peluang ini demi kesejahteraan hari kemudian.
RINTIHAN HATI
Ada orang menyangka ibadah itu sekadar rukuk dan
sujud
di tikar sembahyang. Atau mengalunkan ayat-ayat
Al
Quran dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Atau
menggentel biji tasbih dengan berzikir dan bertahmid.
Atau sekadar membahagi-bahagikan harta kepada fakir
miskin.
Ibadah itu luas pengertiannya. Seluas lautan yang
tak
bertepi. Ibadah tidak terbatas pada sembahyang
sunat
berpuluh-puluh rakaat. Ia tidak terbatas pada puasa
sunat seperti puasa Nabi Daud; sehari berpuasa
sehari
berbuka. Pun tidak dikhususkan kepada membayar
zakat,
menunaikan haji dan sebagainya.
Ibadah adalah pengabdian diri kepada Allah. Dan
antara
bentuk pengabdian diri yang tidak ketara dan tidak
perlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan
rintihan hati kepada Allah. Ia merupakan ibadah
yang
besar nilainya di sisi Allah. Mudah tetapi tidak
ramai
yang mampu melakukannya.
Mengingati Allah dikira ibadah kerana ia menandakan
seorang hamba itu benar-benar berhati hamba. Hamba
yang tak punya apa-apa. Yang sewaktu datang ke
dunia,
tak membawa walau seurat benang di tubuh. Justeru
hati
sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta, sentiasa
mengharap bantuan-Nya dan sentiasa bergantung
kepadaNya. MengingatiNya menimbulkan rasa syukur
atas
segala nikmat kurniaanNya.
Namun berapa kerat di antara kita yang ingat akan
Allah. Ramai yang lalai dan lupa. Dalam sembahyang,
fikiran menerawang entah ke mana. Apatah lagi di
luar
sembahyang. Renungilah sabda kekasihNya dalam sebuah
hadis Qudsi yang bermaksud:
“Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu, Aku
juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa
kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila
engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana saja
yang
engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan Aku
mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu
kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu,
sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah
yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin
di
dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala
keperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana semua
takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau
ke
alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan
begini
sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang berbuat
baik
kepadamu.”
Memang wajar kita mengingati Allah yang telah banyak
memberi nikmat kepada kita. Allah yang sentiasa
ingat
akan kita. Yang terus saja memerhatikan kita. Yang
terus mengasihani kita. Yang terus memberi rezeki
kepada kita walaupun Dia seringkali diderhakai.
Dengan apa patut kita balas nikmat Allah yang terlalu
banyak itu. Ibarat orang yang sedang bercinta,
cukuplah asal dikenang atau diingati orang yang
dicintai. Begitu juga dengan Allah. Ingatlah Dia
kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan semestinya
di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama manusia
tetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita
sentiasa dalam ibadah. Rasulullah bersabda yang
maksudnya:
“berfikir sesaat itu lebih baik daripada
sembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak khusyuk).”
Demikian keutamaan bagi orang yang sentiasa berfikir
tentang kebesaran Allah. Akal yang berfikir akan
meruntun hati agar sentiasa ingat kepada Allah.
Apabila hati selalu mengingatiNya, terasa betapa
hampirnya Allah dengan kita. Hati akan selalu
bermunajat dengan Allah; menginsafi kelemahan diri,
lantas mengharap belas kasihan Allah kepada kita
yang
terlalu banyak berbuat dosa. Hati merintih dan
mengharap rahmat Allah yang maha luas itu. Datanglah
perasaan betapa hinanya diri yang berasal dari
setitik
air mani. Tanpa rahmatnya tinggallah kita dalam
kehinaan selama-lamanya.
Rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak punya
kuasa apa-apa untuk menghalang kudrat dan iradahNya.
Tak berupaya menepis Qadak dan QadarNya. Hanya
belas
kasihan Allah yang diharapkan dapat menjauhkan
diri
daripada segala bala bencana. Hati yang tidak pernah
ingat, apalagi merintih kepada Allah, adalah hati
seorang tuan.
Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat
ke
atas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih
walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang
ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah
tidak
mendengar rintihan hati hambaNya.
Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan
hati
si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan
ia
berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan
daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan
ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba
tidak
terputus kepada Tuhannya.
Hukama berkata: “Allah lebih suka mendengar rintihan
hamba yang berdosa (termasuk rintihan hati) daripada
seorang abid yang duduk beribadah.”
Demikian tingginya nilai rintihan hati seorang hamba
dibandingkan dengan ibadah lahir. Ibadah lahir
belum
tentu melahirkan rasa kehambaan, kerana boleh jadi
seorang yang beribadah itu berasa selamat dengan
ibadahnya.
Ingatan hati dan rintihan hati seorang insan terhadap
Tuhannya datang daripada rasa kehambaan yang tulen.
Rasa kehambaan inilah tanda seorang insan telah
mendapat nikmat iman yang tinggi nilainya. Tiada
sesuatu yang lebih berharga daripada nikmat iman.
Beruntunglah mereka yang dianugerahi nikmat ini.
hanya
hamba-hambaNya yang terpilih saja yang akan dikurniai
rasa kehambaan.
Seorang hamba yang hatinya sentiasa ingat dan merintih
kepada Allah tidak bangga dengan nikmat, tidak
gelisah
dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian, dan
tidak menderita dengan kejian. Hati sentiasa merasa
serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dalam
semua
keadaan. Inilah yang dikatakan hati yang hidup,
yang
sentiasa dalam beribadah. Apatah lagi jika ditambah
dengan banyaknya ibadah lahir seperti sembahyang,
puasa, sedekah dan sebagainya; makin tinggilah
darjat
si hamba di sisi Khaliqnya.